29 April 2015

games pelik pelik dihari BLOGGER DAY OUT 2015

Kelab Blogger Ben Ashaari Day Out


Alhamdulillah, hari yang dinanti nanti telah tiba, maka, bersiap siap lah kami,
semua nya excited, semuanya teruja untuk berjumpa ahli ahli KBBA,
sebelum ni hanya berborak, gelak gelak, gila gila dalam whatsapps group je,
tapi Ahad ni nak berjumpa, bersua muka, berlaga laga pipi.hehe.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, semuanya berjalan dengan lancar,
semua games dan acara mengikut schedule. aku salute lah dengan pengerusi
KBBA iaitu Ben Ashaari, AJK KBDO dan semua penaja penaja yang berusaha
keras menjayakan event ini, bukan senang ye, lama merancang dan banyak kali
meeting, terima kasih, terima kasih. kami sangat Happy dan Enjoy gila gila.

KBDO ( Blogger Day Out ) bukan hanya untuk blogger ye,
bukan saje bertujuan merapatkan hubungan antara blogger,
malah mengerat kan hubungan suami isteri,
sini lah kita tengok kerjasama antara Suami dan Isteri dan anak juga,
mcm aku sendiri, Suami main game, aku jaga anak,
aku jaga anak, Suami main game, hehehe. gitu lah kekdahnya,
dan nasib lah Princess pon relax je, tak de nak mengamuk ngamuk sangat,
bising ke, panas ke, menjerit jerit ke, dia tetap lenaaaa~ hehehe

tuan tanah kedaung!
mini pavlova untuk cuci gigi 
seawal 5pagi aku dan bangun pagi tu, menyiapkan mini pavlova untuk
KBDO, dorg semua nak merasa pavlova aku, so, aku pon gigih lah bawak,
risau jugak kalau tak sedap, tapi Alhamdulillah, dorg memuji pavlova aku,
ada juga yang tak sempat nak merasa, huaaa rasa bersalah sangat,
tak pelah, lain kali buat lagi.



aku siap belikan t-shirt untuk anak dan suami, pakai sendondon,
barulah feel gittew,hehehe.kalau aku je ada t-shirt pun tak best jugak kan,
Princess bangun seawal 6am, ko rasa??? mengamuk tak budak tu? hehehe.
tgk muka nya tu, togel jeee.hehehe.aku gerak jugak dia, nak tinggalkan
dengan mak mertua aku, aku risau, kang kalau kami balik lambat,
kesian pulak kat princess, so bawak lah, lagi pun aku rasa, kalau princess tak de,
mst aku tak senang duduk, biarlah aku heret jugak budak kecik ni.hehehe


aku sampai around 8am jugak, sebab sibuk mencari Taman Tasik Cyberjaya,
hehehe.tak pernah sampai kekdahnya. sampai sampai je, dah ramai dh ahli lain,
Eida pon dan sampai, soooooo apa lagi! Lemme Selfie First lah! hehe.
then kemudia Helena sampai, kami sampai kena register dulu,
then ambil reben yang menentukan Ahli kumpulan mana.

yang paling best nya, aku, Eida, Helena, Julia, Eina, kak Anil,
semua satu kump, mmg gila lah, mmg gelak saje lah.
aku ni naik kering tekak gelak, sakit tekak jerit jerit.hahaha.
sampai harini kalau ingat balik kejadian, mst senyum senyum tauu!
Acara dimula kan dengan Bacaan Doa, dan ucapan dari wakil Pengerusi dan
Penaja, and thennnnn! acara Senamrobik pun bermulaaaa,
di ketuai oleh Fatin Bella, kami kami ni konon akan berada di belakang aten,
tapi di sebabkan malu melampau, kami duk bawah je,
anak aku je excited nak naik pentas.dia mmg suka pentas.hahaha.
best gila senamrobik, berpoloh poloh, aten mmg pandai lah lead.
Syabas bete!

seluar sedondon.ada entry pasal ni.nanti baca ok! hehe

penerangan dr Net
Pemainan Pelik Pelik

1st acara kami ialah Golf, kenapa aku cakap games kami pelik pelik?
sebabnya, games yang kami main ni, bukannya normal,
tapi Ben telah ubah games kami menjadi lain dari yang lain,
Seperti game Golf tu, kami bukan yang pukul sampai masuk lubang,
tapi pukul ikut jarak bendera, dorg dah setkan jarak bendera,
so kena pukul ikut jarak tu.korang tau! kami ni jerit je lebih,
sbb ramai gila yg pukul angin, hahahahaha.kalau si Ujang! langsung tak kena!
hahahaha.aku pun ada jugak pukul sekali, PON tak kena.hahaha
susah ye main golf, bukan senang! laki aku tu, lepas dh habis game
baru dasat pukul bola.hahahaha.tabik lah dengan Tiger Wood.

Ju gelak saje.hahaha



Lepas acara golfing, tiba pulak acara badminton,
Games badminton pon pelik tahu!!!!
Abg Ben buat gila, ada ke suruh main 1 game sampai 12 orang,
1 team 6 orang masuk gelanggang,
dan dengan menggunakan 1 raket saje. ko rasa?????
kami mulanya melatah lah, mana boleh mana boleh,
bising bising, last last bila dah main, seronok weiii!
tapi gelak saje lah.hahahaha.yang penting kami team BIRU menang,
oh lupa nk cakap, aku team biru.hehehe.
abg Ben nak kan " kerjasama " dalam berkumpulan,
kerjasama amat penting, dan bila berkerjasama, baru lah kumpulan
akan kuat, so CK menyusun lah strategi mcm mana nk pukul bola,
bila bola sampai, kena cepat cepat past raket kat kawan sebelah,
sorg kedepan, kebelakang, mcm mcm lah,
UJANG siap pukul bola dengan tangan.hahahaha.adoii
letih gelakkan orang.aku ni sampai haus.hehehe

sempat saje di mana mana.hehehe
ida dah kenapa?
hubsy and abg lan and abg Ben, hubs aku punya happy, sampai dia kata,
sayang nak jadi Blogger lah.hahahaha.ponn bolehhh~ 
Gambar Dimana Mana
tengok laki aku, hahaha.



selepas acara Bandminton, kami terus ke acara seterusnya,
Go Kart! aku tak pergi pun main go cart, sebabnya,
anak anak dan kepanasan dan kelaparan, so aku just stay di lobi,
dan biar suami aku yang main Go cart! di Kelab Komuniti Cyberjaya ni,
mcm mcm tempat ada, apa yang kami main ni, semua dalam ni je,
jarak dia tak jauh tau, semua dekat dekat je, kolam mandi, playground
semua ada jugak, bukan untuk mak mak and bapak bapak je, anak anak
punya entertainment pun ada.di lobi pun sangat selesa, ada sofa untuk kita
lepak lepak.anak anak boleh main berlari larian kesana sini.

aku dengar cerita, Go Cart dia best gila, laki aku pun borak pasal Go Cart jelah,
seronok sangat katanyaaaa! puas hati, layan lap, sampai di drift nya kereta tu,
sabar jelah aku! cuaca cantik gila kan!

tekun dengar arahan

Lepas penat, panas, kelaparan, kami disajikan dengan makanan yg super ohsem,
nasi putih dan lauk pauk bertemakan masakan kampung, perghhh~
siap ada cekodok kauuu! Tapai pon hadooo! itu nanti aku review lain ok.


suka pun suka jugak, main main juga, Solat jangan dilupakan, hehe,
Taman Tasik Cyberjaya ni, menyediakan surau yang selesa, untuk lelak
dan wanita, bagi aku mmg selesa lah, surau pun bersih, untuk berehat
rehat pun sangat sesuai, Princess lepas je lunch, trus lelap, hehehe.
aku baringkan dia kat surau dulu.

2.30pm, acara bersambung lagi, Princess pun sambung tidur, hehe,
aku letakkan je dia atas meja, dia punlayan tidur balik,
bom meletup ke, orang menjerit ke, hape ke, dia heran apa,
tidur je, sebijik perangai aku.hahahaha.bagus, tak menyusahkan orang.
sewaktu acara Paintball bermula, awan dah hitam, hujan mcm nak turun,
sampai je games nak mula, hujan lebatttt! Tapi, dorg heran apa,
semangat lagi nak main ada lah, team suami aku first,
dan suami aku org pertama kena tembak.hehehe.
cover anak buah katanya.yolah tu. But 2nd games, team
suami aku menang, mana tak nya, dia perginya tembak kapten
lawan, kesian Helena, Lebam di pipi.soryyy Helenaaaa.

semangat!



Paintball juga memerlukan semangat satu pasukan, sebab kalau tak berkerjasama,
cepat lah kumpulan korang akan kalah, mcm 1st games, mmg cepat sangat habis,
2nd games dorg main, berejam nk habis, masing masing dah tau strategi kan?
hehehe.

Yeogurt Asli pilihan hati

pose bersama tokei D Laila Suppower! Kalah retis kak laila ni.

we are Blue Team!
Acara Paintball berakhir dengan Jayanya, walaupun dengan hujan lebat,
tapi semua berjalan lancar, masing masing sangat enjoyyy!
Hari Blogger Day Out KBBA 2015 berakhir dengan penyampaian
hadiah saguhati, dan cabutan bertuah untuk semua, aku mcm biasa lah,
bukan insan yang bertuah, hehehe.so tak dapat apa pun,
dapat enjoy, happy, friendship, gelak ketawa, semua lah!
cukup untuk aku, malam tu, masing masing tidur ternganga mulut.
kihkihkih.

thanks again buat Pengerusi, penaja, dan Ajk KBDO 2015,
tazabar untuk next team building! yeay!

AYAT PALING WIN :
MEMANG DASAR BLOGGER,
KAKI SELFIE! hahahaha
with Irra, Cikgu Besar EFG!

Penaja Penaja :

www.yeos.com
www.cosmoderm.com.my
www.crazycrunchy.com/pengedar
www.natalia.my
www.stampnprint.blogspot.com
www.cyberview.com


and last but not least! Hidup KBBA! eh.hehehe bai.


8 comments:

Inani Hazwani said...

meriahnyaaa :D

Zaidalifah Hussin said...

wahhh seronokkan kat Kelab Komuniti tu macam-macam hado game indoor & outdoor hado...

bonde main futsal kat situ ler.. :)

Amanda Suria said...

Wah seronoknya...akak mmg x dan la nk join kalau di beri peluang

yoorin melacolea said...

seronok sangat!

yoorin melacolea said...

seronok sangat!

DRAMATIC UNIQ said...

wahhh.. memang cemburu tau tgk korang meriah-meriah kat sana....!!

hahahahaha... :)

dah la sponsor bagi barang best2...!! eeeeeee...jealous...!! :p

dalila said...

wahhh..siyokkknye..mcm2 game adoo..mau tak gelak sakan..klu nk wat family day ofis pun mcm best je kan kt cni..nk try tanye la..tq rara for info..nk gi terjah fb tu jap..

mshazadoes said...

princess pun join sekali eh :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...