30 April 2015

Ilmu dan Tanggungjawap

harini hati rasa sayu, ntah lah kenapa, seperti tangkai hati dijentik halus,
ada kesalahan yang aku buat semalam, rasa bersalah, aku nekad,
aku takkan buat lagi mcm tu, lepas ni, aku akan jadi lebih jujur dengan
kerja hakiki, membawak ke harini sayu hati tu tak hilang.
aku tak suka rasa tu, kadang kadang aku tak faham,
kenapa aku perlu memikirkan hal remeh temeh,
kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain,
just " ahhh lantak lah ko " hah gituuu,
aku tak boleh.tak tau lah kenapa.apa masalahnya.

ye betul, mungkin aku perlu berehat,
jiwa dan otak dah meracau racau dah ni,
minggu depan last aku ambil order pavlova,
lepas tu nak berehat.aku rindukan Princess,
aku rasa aku dah abaikan dia,
dia pun asyik tantrum je skrg,
kurang kasih sayang aku agaknya,
maafkan ibu anak, ibu terlalu ghairah dengan duniawi
Ya Allah.

"Dari riwayat an-Nasa'i ra dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda yang maksudnya " Selalulah bagimu mengingati akan sesuatu yang melenyapkan nikmat-nikmat " iaitu Kematian. "

semoga dipermudahkan segala.selamat bercuti semua.


4 comments:

Alyza Fisol said...

rara, sama la kita...susah utk melupakan sesuatu and terlalu pikir..rasanya kita perlu rehatkan badan dan minda...jom la same2 rehat..

http://www.lyzafisol.com/

DRAMATIC UNIQ said...

alaaaa.. namoo la sedih-sedih..
chill.. chill...!! hehehehehee...

begitu lah kehidupan.. ada masa happy, ada masa sayu.. ada masa terlupa.. ada masa tersedar.. :)

selamat bercuti..
semangat baru next week.. yeaayyy...!!

anajingga said...

semoga dipermudahkan Rara :) bawa berehat kay

Diana Rashid said...

Buat apa2 pun kena berpada2 Ra..lagi2 bila kita ada tugas hakiki yang lain..kita nak ikut rentak orang tak boleh la..ikut kan memang semua benda yang orang buat kita pun nak buat tapi kita tak sedar kita kejar banyak benda,ada banyak jugak yang kita terlepas..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...