Image and video hosting by TinyPic

01 April 2015

Menyediakan Spageti hanya 5 minit dengan Kimball Sos Spegeti Asia


IG hashtag #KimballMY #Sosspagetiasia #asianpastasauce

Pada 26 Mac 2015 yang lalu, aku telah berpeluang bersama sama dengan
blogger blogger dan media lain untuk Pelancaran SOS PASTA ASIA PERTAMA
dari KIMBALL.dari seawal 70an Kimball telah mengeluarkan sos tomato, 
selepas itu sos cili, dan kemudian Kimball Base Spaghetti sauce iaitu
Sos cendawan, Sos Tradisional dan Sos selasih dan bawang putih, dan sehingga 
tahun ini, Kimball sekali lagi membuat satu Inovasi baharu yang menggabungkan
elemen timur dan barat dalam keluarannya untuk Sos Spageti Asia.

terdapat 3 perasa untuk Kimball Sos Spegeti Asia ni,
iaitu, TOMYAM, RENDANG dan KARI.
mana yang sedap??? mari lah kita cuba! hehehe.

Spageti Tomyam

untuk Spageti Tomyam yang lagi umpsss! nanti rara sertakan resipi kemudian ye.
pasti korang semua suka! dijamin! hehehe.

dengan menggunakan Kimball Sos Spegeti Asia ni, aku rasa, hari hari kita akan lebih mudah.
bagi kita ibuu yang berkerjaya ni, balik kerja dah penat kan, so nak memotong motong
nak masak benda yang heavy tapi kenyang mst makan masa kan,
so, dengan Kimball Sos Spegeti Asia kita just potong bawang, 
dan sedikit ayam, udang or daging, then tumis, then boleh makan,
SIAP dan mengenyangkan perut anak dan suami!
boleh jimat masa! boleh tidur awal! hahahaha.



sewaktu hari pelancaran Kimball Sos Spegeti Asia, Yasmi hani dan Dr. Ezani Monoto
juga hadir untuk acara " great pasta cook-off " Yasmi Hani telah mencabar Dr. Ezani
untuk memasak spageti.Yasmin Hani menggunakan cara konvensional dan remeh 
sehingga terpaksa meminta bantuan penonton, tetapi Dr.Ezani, hanya dengan
Kimball Sos Spegeti Asia dapat menyiapkan spageti hanya dengan 3 langkah
sahaja, mmg cepat sangat lah! so confirm confirm lah Dr. Ezani yang menang kan!

tapi Yasmin Hani adalah sangat sempoi dan sangat kelakar,
hahaha.kami tak sudah sudah gelakkan dia.humble sangat!
Dr.Ezani pon murah dengan senyuman.mmg havoc sangat
sewaktu majlis pelancaran Kimball Sos Spegeti Asia haritu.


with Yasmin Hani
with Dr. Ezani

Spageti Rendang

Media Blogger Junior

Princess pun aku angkut masa hari pelancaran tu,
hehehe.nak kata dia behave tak jugak, sbb dia sibuk nak suruh aku
ambil spageti tu.dah tak sabar sgt nak makan kot.hahaha.
menjerit jerit cakap nak " behun " hahahaha.adoiii,
nasib lah aunty Yaya nak melayan dia, tolong ambilkan
" behun " dia tu, ko tau dia punya suka Spageti Rendang tu,
dia habiskan 4 mangkuk tauuu! hahahaha.sabar jelah anak.
bagus! lepas ni boleh bawak pergi event lg.hehehe.




Kimball Sos Spegeti Asia ini direka khas untuk kita lah, ibu ibu yang selalu kekurangan idea
untuk memasak, asyik asyik lah gulai lemak ayam, kurma ayam, sup sayur,
so dengan ada nya Kimball Sos Spegeti Asia, korg boleh lah variasikan
dinner or lunch korang, tak pun boleh juga masak untuk breakfast.
memasak hanya 5 minit, masa yang lebih, boleh lah buat basuh baju,
mengemas rumah, rehat rehat tonton hindustan, ye dokkkk.
hahaha.mak mak sangatttt!!!

Kimball Sos Spegeti Asia adalah HALAL dan lagi satu,
lepas dah bukak sebotol, letak dalam peti,
ia boleh bertahan sehingga 5 hari.

Harga bagi Kimball Sos Spegeti Asia adalah RM4.95 sahaja,
untuk sebotol yang 350gram.

dan Spaghetti 400g hanya RM3.20 so hanya dengan Rm8
korang dapat satu jenis spageti yang sedap, mudah dan mengeyangkan.
tak sampai rm10 pon woiii! hehehe. kalau makan kat luar,
dah sah sah rabak rm100, masak sendiri, rm10 pon tak sampai.
masak sendiri lagi bagus, air tangan ibu kekdahnya!

Family Kelab Blogger Ben Ashaari

SO! apa tunggu lagi! cepat lah cuba! we vote for RENDANG! hehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. eeeeeeeeee....!!
    best nya dapat bergambar dgn Dr.Ezani MasterChef....!! hehehehehe... jeless okeehhh... :p

    bagus la kamu review... terliur Mokchik.. ptg ni nak gi beli arr.. yg perisa Rendang tu sedap tak...? ermmm.. yumm..yummm... :)

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com