02 April 2015

PERLU kah seorang isteri BERDIKARI

kalau nak cakap tentang berdikari, aku rasa aku dah boleh jadi tokoh.
hahahaha.sampai kan Princess tu, mmg berdikari sungguh,
semua benda nk buat sendiri, sejak aku kahwin, sampai lah
mengandung, sampai lah umur Princess 2 tahun, kami PJJ,
Perkawinan Jarak Jauh, setakat pergi checkup sendiri,
memboyot boyot bawak perut, bawak anak pergi klinik sendiri,
pergi beli susu anak sendiri, aku dah biasa, bukan nak membangga diri,
tapi nak buat mcm mana, suami aku jauh, kena lah pandai pandai buat sendiri.
Nasib lah aku ada mak mertua, and adik adik, adik ipar yang
banyak membantu aku, mak mertua aku lah yang paling banyak tolong aku,
jagakan anak, tengokkan anak, mandikan, manjakan anak aku.
sedih jugak, tapi nak buat mcm mana kan.itu lah sebabnya,
aku takut sangat kalau aku demam, kalau demam, mak mertua aku
kena tolong jaga anak aku, aku mmg mintak jauhkan sakit dan demam dari aku,
sbb aku kalau demam, mmg akan melepek je.

sampai lah umur Princess 2 tahun, papa princess decide untuk kerja di KL,
walaupun belum dapat kerja yang tetap, tapi aku bersyukur,
sbb suami aku dah berada di sisi kami, dah tak perlu risaukan suami
aku yang ride malam malam, dr KL ke Manjung Perak,
sampai Manjung dalam jam 3am, 4 am, ko banyangkan lah,
hati isteri mana yang tak risau, aku kadang kadang menangis
menunggu suami aku sampai, berdoa banyak banyak,
lindungilah suami aku dr benda yang tak baik.
bila dapat call dari suami, " eb, sayang dah sampai "
aku rasa lega sangat, baru lah boleh lelapkan mata.

kira tahun ni, suami aku fully berada dengan kami lah,
sampai kan aku tak sabar nk tunggu puasa nanti,
bulan Ramadhan nanti mesti best sbb suami aku ada,
boleh pergi bazar sama sama, bangun sahur sama sama,
Allahuakbar, indahnya rasa.

tapi yang tak best bila dekat ni, asik lah nak bercakar.
hahahaha.ada je tak kena.tapi bercakar kejap je,
kami ni jenis cepat cool, 30minit tak cakap,
dah gelisah.hehehe.saje saje je buat buat terlanggar langgar,
nak kasi ada idea untuk tegur balik,
lepas tu salam salam, mintak maaf, HUG hug sket,
ok lah balik.hehehe.

tapi bila dah dekat ni, aku jadi manja sikit,
semua benda nak mintak tolong suami, hahaha
then bila suami sakit ke, demam ke, mula lah rasa stress,
sbb semua benda kena buat sendiri, mcm skrg,
suami aku tengah demam, kena lah pos barang sendiri,
ambil barang kat pos laju sendiri, pergi kedai bakery sendiri,
semua lah sendiri, hehehe.kena berdikari balik.
aku actually tak kisah pun berdikari, sbb mcm dh terbiasa,
tu sebab kadang kadang, suami aku tak kisah pun lepas aku kemana mana,
sbb dia tahu aku boleh buat sendiri.hehehe.

bagi aku, kita sebagai isteri, kena lah berdikari jugak,
yang tak pandai bawak kereta tu, sila lah belajar bawak kereta,
( ada ke perempuan yang x reti bawak kereta skrg ni? )
kalau tak reti, boleh belajar dengan papa aku,
Zahari, 012-5987778 papa aku mengajar memandu,
tapi area Ipoh lah.hehehe. lesen kereta sangat penting,
andai apa apa jadi, korang boleh drive, then belajar lah benda benda yang asas,
kalau tak tahu, boleh google, kalau tak tahu google,
boleh tanya aku.hahaha.

tapi aku rasa, skrg mmg semua perempuan dah berdikari kan,
semua boleh gerak sendiri, kita jangan lah 100% harapkan suami,
kesian jugak kat dorg, dan bagus juga untuk diri kita.
dan suami pulak, kalau dah tau isteri tu pandai berdikari,
jangan pulak ambil kesempatan, paham kan kesempatan apa,
jangan lah semua benda nak suruh isteri buat sendiri,
aku cakap ni incase kalau ada emergency,
paham dokkk???

sama sama lah kita bantu membantu, zaman skrg ni,
bukan zaman isteri duk rumah, suami kerja,
zaman skrg sama sama kerja, isteri work from home,
bapaknya kerja di kantor.hahaha.sama sama kerja.
ramai je kwn kwn aku yg suri rumah, yg buat kerja dari rumah.
dorg lagik masyuk tauuu~ hehehe.
ikut lah mana mana yang kita selesa kan.
aku pun baru nak build hidup. slow slow lah,
sbb kita bukan datang dari family yang kaya,
aku sendiri datang dari family yang sederhana,
nak apa apa kena usaha sendiri, tak de benda yang dtg bergolek,
okay?! hehehe.saving masa depan mst kena ada,
target tiap tiap tahun mesti ada.jangan kita cuma seronok tgk
kehidupan orang lain, kita jugak boleh happy dengan life kita.
hujung tahun ni korang nak pergi mana? hehehe

hmmmsekian bebelan saya, ntah apa apa entry harini,
saje nak borak borak dengan korang.hehehe.
ok bai!


5 comments:

puanbee said...

setuju 😅😅😅

Roziah Muhammad @ Cie said...

Sy nih dah masuk tahun ke2 duduk jauh dengan husband. Memang berdikari la semua benda buat sendiri. Mujur duduk dengan family so banyak la family tolong. Nih entah bila pulak dapat duduk sekali. Sedih :'(

DRAMATIC UNIQ said...

hehehehehee..
sempat promote no.hp papa... :)

tapi memang betul Fura.. zaman sekarang isteri kena jadi SuperWife... berdikari... dan berani...!!huhuhuhuu.. kalau semua nak harap pada suami memang kesian lah kan...

tapi berdikari, berdikari juga.. jangan bebas lepas pula.. ada isteri yang bila diberi kebebasan mula la tak ingat anak suami dan rumahtangga.. ke sana-ke sini tak ingat balik rumah.. haiiihhh...!!

pandai-pandai la balance ekk... :)

syirayu said...

Seronok dengar rara membebel, betul jgk ape yg rara bebelkn nie hihi...

Azlinda Azman said...

Mesti best kan ra...asben ada d sis. Syukur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...