27 April 2015

Princess with her imaginary friends

video
Anak korang ada imaginary friend tak? Imaginary friend tu macam kawan khayalan dia. Princess aku perasan, dari dulu dia ada imaginary friends, masa umur dia setahun, dia selalu pergi kat pintu bilik dalam bilik mummy dia, pintu tu untuk keluar ke beranda, dia akan pergi jenguk bawah lubang pintu tu, dan dia akan ketuk pintu panggil nama kawan dia tu.tp aku lupa dah nama dia. Tapi dia mmg akan panggil. Meningkat usia dia, dia terus dengan peel dia, tapi aku buat tak tau je, aku fikir maybe sbb dia xde kawan, so dia mmg main mcm tu kat rumah.

Dia kadang kadang tunjuk kt syiling rumah, syiling bilik, dia kata, " ibu, tengok tu, tengok " aku kata mana ada apa apa. Dia gigih suruh tengok juga.seram akuuuuu! Kalau dengan mak mertua aku pun sama, dia suruh tgk siling rumah, tunjuk tunjuk.haih!

di pendekkan cerita, semalam lepas asar, kami menyembang, duduk lah mengadap dia, layan dia menyembang, tetiba je dia cakap, " ibu, TU ADIK " aku tanya adik mana? Tuuu adik tuuuuu dia tunjuk belah kanan dia.huaaaa takut aku.dia siap suruh cium adik tu, " ibu, cium adik, cium lah " pas tu dia cium adik dia, muahhh.hahaha. Lepas tu dia marah, " kakak nak syembang dgn ibu ni " haha.apalah yg adik buat agaknya.hihi.

Princess skrg mmg bahasakan diri dia kakak, dia marah kalau org panggil dia IMAN, princess, sophea, dia nak orang panggil dia kakak! Sampai ibu kat taska dia pun kena marah, ibu dia tanya " awak mengandung ke " hahahaha gelak je aku, mana ada aku preggy.hehehe.Pening aku.

Aku tak tau sama ada dia betul betul nak adik, atau sbb dia mmg ada kawan khayalan dia tu.aku masih tak faham.tp as long as dia tak pelik sangat, aku rasa mcm okay je kot kan? aku tak nak take it serious sgt.sbb kang mcm mcm pulak, aku anggap je dia macam saje suka suka, sbb princess ni mmg senang meniru orang tua, sbb sedangkan bila tengok program mangkuk tingkat ili tu pum dia boleh tiru style masak ili, apatah lagi kalau yang lain kan.hehehe.

hmm anak korang mcm ni tak?

11 comments:

aswa leyla said...

kalau tgk baby pon takot jugak kak rara. Kadng2 dye main sorg3, tgk syiling gelak mngekek. Padahal xde org agah pon dye. Haishhh. Kalau mlm2 naik seram jugak.

idzwa kamaruddin said...

err u darling jgn biar kan....nanti i pm u ok!

SweetLikeWhat said...

bab tunjuk kat siling tu seram ra..haha..die nak berkawan tu..tu yang die reka2 ade kawan tu

Inani Hazwani said...

Hahaha. amboii siap marah kalau tak panggil kakak

Papaglamz said...

Anak xde lgi. Sbb msih kecik. Tapi ad anak sdara tu. Mmg suka berlakon sensorang. Nnt ckap sensorang.

Mar Mansor said...

iyekot kawan imaginasi dia..dia takde kawan ke rara?
so far anak saya takde kawan imaginasi..kalau dia nak main, dia mesti ajak saya main..kalo tak dia cakap dengan anak patung dia je

ieza ashaari said...

Seram plak baca. Tapi ada je kawan aku gitu. Dia memang ada 'kawan'. Dia je nampak, dia je boleh borak.

mrs kayrul said...

seramnya...kawan khayalan ke kumkum tue?..sesuatu sangat la...rara cepat kasi incess adik..hehehe

Akif Imtiyaz said...

Dulu ank sulung kak lya pon gtu gak rara..selalu ckp dpn cermin sebut ada kawan ada kawan.tp bila dah besar hilang gtu jer ..

Diana Rashid said...

maisara dulu sampai umur 6 tahun..sabar je la..bulu roma asyik berdiri je..hahaah...tapi sekarang tak de dah..cuma sekarang dia suka bercakap sorang2 je..bukan berbual dengan orang cuma dia bercakap(tiru) dialogg dalam katon yang dia tengok..Mikhail tak de kawan imaginasi..agaknya anak perempuan la kerap alami benda ni..perempuan kan suka berangan..tapi kan akak dulu sampai sekolah menangah tau..:p

MisZ FyZa said...

Xpernah ade pengalaman..sbb nayli xde imaginary friend..tp mmg ade bdk yg mcm 2..cume kalu blh jgn layan sgt bl die cete pasal imaginary friend die 2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...