21 April 2015

WAJIB BACA : Tabiat biasa yang boleh MENCEMAR makanan!

Satu fakta yang harus diambil berat adalah kuman seperti Salmonella hanya perlu berada pada 15 hingga 20 sel sahaja dalam makanan kurang masak untuk jadi penyebab keracunan. Manakala jika secubit makanan dicemari toksin botulinum masuk ke dalam perut, ia sudah cukup untuk buat manusia lumpuh atau mati.

Di bawah kami senaraikan tabiat yang mungkin biasa kita lakukan sehari-hari tapi sebenarnya merupakan satu KESALAHAN kerana ia boleh mencemar makanan bakal dijamah seterusnya membuat diri sendiri mahupun keluarga tersayang jatuh sakit!

Kesalahan #1: Merasa makanan sama ada ia masih boleh dimakan ataupun tidak.

Mengapa: Jangan fikir rasa yang tak terlalu berubah bermakna tiada bakteria yang sudah pasti anda tak mampu lihat guna mata kasar. Walau cuma secubit, makanan yang dijangkiti bakteria boleh membuat anda jatuh sakit.

Penyelesaian: Buang makanan yang disyaki tak lagi elok sebelum bakteria membiak padanya.

*Pastikan anda tahu carta tempoh hayat makanan termasuk yang disimpan dalam peti sejuk.

Kesalahan #2: Meletak daging yang sudah dimasak berhampiran daging mentah (dilakukan ketika barbeku misalnya).

Mengapa: Kuman yang terdapat pada daging mentah dengan mudah berpindah kepada daging yang sudah sedia untuk dimakan.

Penyelesaian: Sentiasa gunakan pinggan asing untuk meletak daging mentah dengan yang sudah masak, begitu juga halnya dengan telur dan makanan laut.

Kesalahan #3: Membiarkan makanan mencair pada suhu bilik.

Mengapa: Kuman berbahaya boleh membiak dengan mudah dan cepat pada suhu bilik.

Penyelesaian: Cairkan makanan dengan mengubahsuai suhu peti sejuk, menggunakan air sejuk atau gelombang ketuhar.

Kesalahan #4: Mencuci daging.

Mengapa: Mencuci daging mentah boleh menyebarkan bakteria pada sinki, permukaan kaunter dan dapur.

Penyelesaian: Jangan cuci daging dan telur.

Kesalahan #5: Membiarkan makanan terdedah pada suhu bilik sebelum memasukkannya ke dalam peti sejuk.

Mengapa: Bakteria yang boleh menyebabkan keracunan boleh membiak dalam masa dua jam kecuali ia segera disimpan dalam peti sejuk.

Penyelesaian: Jangan biar makanan lebih dari dua jam sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk (atau sejam jika cuaca hari itu melebihi 32ÂșC).

Kesalahan #6: Memakan doh belum dimasak atau lain-lain makanan yang menggunakan telur mentah sebagai bahan.

Mengapa: Telur mentah mungkin mengandungi Salmonella atau bakteria berbahaya lain.

Penyelesaian: Pastikan telur dimasak. Elak makanan mengandungi telur mentah atau kurang masak.

Kesalahan #7: Membiarkan perapan daging atau makanan laut di luar peti sejuk.

Mengapa: Bakteria berbahaya pada daging atau makanan laut boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik.

Penyelesaian: Pastikan makanan yang diperap disimpan dalam peti sejuk.

Kesalahan #8: Mencampur daging (atau makanan laut) sudah diperap pada makanan sedang dimasak.

Mengapa: Kuman pada daging atau makanan laut yang mentah boleh tersebar pada masakan.

Penyelesaian: Daging yang diperap hanya boleh dicampur dalam masakan jika ia dipanaskan dengan air mendidih terlebih dahulu.

Kesalahan #9: Daging, makanan laut dan telur tidak cukup masak.

Mengapa: Walau sudah dimasak makanan masih tidak selamat dinikmati jika suhu ketika memasak tidak cukup tinggi untuk membunuh kuman yang ada padanya.

Penyelesaian: Masak pada suhu betul atau gunakan termometer makanan untuk memastikannya.

Kesalahan #10: Tidak mencuci tangan dengan sempurna.

Mengapa: Kuman pada tangan boleh mencemar makanan yang dinikmati anda dan orang lain.

Penyelesaian: Cuci tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan. Jika tidak pasti tangan sudah benar-benar bersih, cuci sekurang-kurangnya 20 saat guna sabun, di bawah air mengalir.

Perapan di dalam plastik zip
Jangan biarkan perapan daging atau makanan laut di luar peti sejuk
kerana bakteria berbahaya boleh membiak dengan cepat pada suhu bilik.

11 comments:

Inani Hazwani said...

kadang kadang tak sedar buat semuaa tu. huhu

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kesalahan 4 tu buat akak keliru safura.. " mencuci daging" jalan penyelesaian jgn cuci telor Dan daging.. jadi tak boleh cuci.. Kalau mcm tu lagi byk bakteria..

shamiera osment said...

good sharing rara...

Eny Abdullah said...

kdg kdg tk sedarkan rara.. terima kasih bg tips ni...

Innanie Ariffin said...

its a good info kak! thanks for sharing :)

idzwa kamaruddin said...

tak boleh basuh telur?

safurara said...

kak hayati , kak idzwa - maksudnya, JANGAN basuh telur dan saging bersama sama, sbb telur tu kan ada najis najis ayam kan? so bila kita basuh bersama sama daging, nanti najis tu, bakteria akn pegi ke daging.paham ke ni? hehehe.

Mirabeads azi said...

good info

ieza ashaari said...

Cuak plak bila baca ni. Huhu. Mcm byk buat salah. Tq ra sharing ni.

Cikgu Norazimah said...

wah ! byk rupanya kita salah..huhu

ummi aqilah (LM) said...

Bab mencairkan makanan tu mmg kena ambik perhatian sket. Akak kdg tu mls nk on microwave selalu je cairkan pg utk masak pkl 10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...