Playground berbayar itu BAHAYA
Sejak semakin banyak tempat tempat permainan berbayar
( indoor playground ) like Kidzoona, Kid Zania, Kid paradise,
Kid e-World di Mall, makin pelik pelik pulak penyakit yang timbul,
pernah jugak aku dengar, di celah celah ball yg berwarna warni tu,
ada jugak binatang berbisa, serangga berbisa,
dan aku terbaca juga, ramai juga anak anak yg sakit lepas
bermain di indoor playground ini, memang lah,
kita memilih playground indoor ni sbb dlm aircond,
sejuk, anak anak selesa, tapi pernah tak kita fikir,
bahaya di sebaliknya?
aku sepanjang ada Princess ni, aku baru 3 kali tak silap
bawak budak tu main tempat tempat gini, selalu aku pergi kat
Great Eastern Mall, situ tempat dia bersih, masa umur princess setahun
baru Rm12, tapi masa baru baru ni pergi, dlm awal tahun dulu,
Rm23 tau, sbb princess dh 2 tahun. choiii mahal gila,
tu belum lg pergi E-World ekano tu, Rm50 tau!
mmg gila bapak ah harga, tapi masa tu ingat saje nk bg anak main main,
so bawak lah, tp budak tu x reti main pon,
mak pak je excited, hahaha.anak relax je,
last last anak ajak balik, lebur rm50, then tu jelah
yg kami bawak, lepas tu tak bawak dah,
baik bawak g mandi pool or laut, lagi best!
Bahaya di mana-mana
bahaya mmg akan ada dimana-mana, kan kan,
tapi mana yang tempat kita boleh elak tu, kita elak lah,
kita tawakal je, aku kdg kdg kesian dekat Princess tu,
dia nk main dekat playground kat rumah aku tak bg,
sebab kat situ, mmg BANYAK sgt nyamuk Aedes,
kalau balik dr playground, mesti kena gigit sana sini,
aku risau gak, karang tak pasal je,
last last duduk je rumah.hehehe.
tapi last week, saje bawak dia main dekat Tesco tu,
kalau di tesco ampang, selalu akan ada indoor playground tau,
so saje bawak dia pergi sana, kat sana akan ada kereta yg berlagu tu,
ada bus, ada permainan lain, tapi masa haritu, princess nak masuk dalam,
dia nak main lompat lompat, so aku pon bawak lah masuk,
yg ada kad ahli, bayar rm5 je, so aku dan husband pon
masuk sekali, anak dara aku tu lembik sikit,
kena tolak kang nangis, so mak pak kena lah escort,
hahaha.
masa masuk tu, Ya Ampun, budak budak yg main kat situ,
berlari sana sini, mcm x tentu arah, mainan dia pun byk yg dh x elok,
mcm merbahaya pulak pada anak,
yang mak mak pulak melepak kat sudut tepi playground tu,
anak ntah kemana mana dah main, aku perhatikan je,
Princess pulak, laki aku bawak dia g main,
budak tu mcm biasa, bukan nk main sgt, tak reti,
nk nk tgk budak berlari sana sini, lg lah dia xnk,
tapi gatai jugak nk ajak masuk.
tak sampai 10minit kat situ, dorg dh bosan,
laki aku main jugak lah ball dgn princess,
tak lama tu laki aku terpandang sorg budak tu,
dia jerit kat aku
" eh budak tu chicken pox kan? "
lepas tu aku terus pandang budak tu,
YUP! budak tu mmg chicken pox, bintik bintik
dan mak dia mcm tepekkan bedak kat badan dia,
WEIIII ANAK CHICKEN POX,
kau BAWAK MAIN PLAYGROUND!
Ya Allah,aku tak tau nak cakap apa,
terus suami aku cakap, JOM BALIK!
aku pon laju jelah keluar, aku mmg tak kenan sgt
kalau dah mcm tu. Ya Allah, chicken pox kan boleh jangkit,
kenapa bawak anak keluar, dan mak budak tu tak takut ke
anak kau bentan ke apa?
eh ntah lah, aku mcm x boleh fikir lah! aku pelik!
aku pelik tgk mak mak zaman skrg, anak baru 6hari
boleh bawak pergi mall,
anak baru 3bulan bawak pergi down town,
anak chicken pox boleh bawak pergi playground,
aku tak faham, serius aku tak faham!
Bahaya kepada anak orang lain
benda benda mcm ni, sila jgn selfish,
benda tu berjangkit, dan akan menyusahkan org lain,
tolong lah! beringat lah sikit, jgn lah mcm ni.
dan kesian jugak lah pada anak kita,
anak tu tak tahu apa apa.
Virus Measles
kes adik Sha Aleesya ni aku jumpa di FB td,
mak adik Sha kata, doc sahkan anak dia kena Virus Measels,
( Measles ) hehehe, mana mana lah, lebih kurang je nama,
tapi ikut apa yg aku google, Virus Measles ( campak ),
Campak akan naik bintik bintik merah tu,
dia x bahaya sgt actually, cuma demam dan adalah simptom lain,
walaupun x bersentuhan, tapi campak boleh merebak melalui udara,
walaupun tak merbahaya! tapi bila tak memasal kena kat anak kita,
kdg kdg sedih jugak kan! tu sbb aku marah bila mak mak
org lain yang TETAP bawak anak mereka keluar
even dah tau anak tu demam campak lah, chicken pox lah,
aku jadi like, errrrr duduk rumah je tak boleh ke?
vaccine MMR yg kita cucuk utk anak, actually utk elakkan
campak jugak sebenarnya, kalau tak ambil,
anak akan lagi cepat dan senang kena Virus ni,
hmmm, biasalah, isu vaccine takkan habis sampai
bila bila.ye dak.hehehe.
tapi adik Sha dah semakin pulih, Alhamdulillah.
dan aku tetap nak ingat kan diri sendiri,
dan mak mak yg lain, sama sama lah kita,
kalau anak sakit, jangan lah bawak pergi mall,
sbb virus tu akan melekat pada ball,
pada mainan mainan, dan membahayakan budak lain,
ko ingat pekerja Indoor playground tu nak ke lap
or cuci 1 1 ball tu? bertuah lahhh! takde nya!
so kita lah kena jaga jaga, kita lebih tahu tahap kekuatan
anak kita kan?
Penyakit dari Indoor Playground
dan penyakit dari indoor playground ni boleh jadi mcm mcm,
selagi kita boleh elak, kita elak lah, kalau mcm indoor playground
tu pelik ke, tak bersih ke, jangan lah masuk,
hurrrmm, jadi mak ayah ni tak senang rupanya kan,
kdg kdg benda yang tak di jangka itu lah yang akan berlaku
sekelip mata.takut sangat.
semoga anak anak kita sihat sihat belaka ye,
sekian~
( entry ini adalah pendapat dan luahan hati saya,
maaf jika ada yang tidak setuju.or tersalah kata,
jika salah tolong tunjukkan )
Ikhlas dari - mak anak satu