Image and video hosting by TinyPic

11 May 2015

7 Artis Hebat Dibawah GSR Malaysia

Majlis Menandatangani MOU Artis Dibawah Naungan GSR Malaysia


Apabila berpeluang menjadi Media Blogger,
mmg satu benda yang takkan aku lepaskan,
mencari pengalaman, mcm mana mereka artis-artis memulakan
kerjaya mereka dan terus terus berjaya.

29 April 2015 yang lalu, aku bersama rakan blogger yang lain,
berpeluang bersama sama untuk menjadi " saksi "
7 artis yang ingin mencipta nama dipersada seni menandatangani
MOU dan bernaung di bawah GSR Malaysia.

Majlis diadakan di Bridge Bar, G-Tower Hotel KL,
Majlis diraikan bersama-sama hujan yang lebat,
tanda berkat tu, hehehe dan dimulakan dengan doa.

Artis GSR
jelitawan, humble, peramah

Info tentang GSR - Global Station Resources Sdn Bhd

yang diterajui oleh Zulfitri Zhu Feng Tao sebagai
Ketua Pegawai Eksekutif dan Amilathon Jamaluddin
sebagai Pengarah Operasi Global Station Resources Sdn Bhd.
Global Station Resources Sdn Bhd telah melebarkan sayapnya
dengan berkolaborasi bersama stesen televisyen tempatan seperti
RTM, Media Prima, Astro, TV- Alhijrah, TV Pengguna dan Bernama.
Melalui perkhidmatan produksi, beberapa artis 'in house'
telah dipilih untuk bernaung dibawah GSR Production.
Mereka kini giat mengembangkan bakat dan mencipta
nama di dalam industri lakonan tanah air.

selfie sedas!
Majlis menandatangani MOU GSR Malaysia

Selepas makan makan, minum minum, borak borak,
ramas ramas meseraaaa, Majlis pun bermula,
7 Artis telah selamat bersama sama GSR Malaysia,
dan kami berpeluang bertanya soalan soalan maut
dekat 7 artis ni, hehehe.mmg lawak gila, dan mereka pon sporting,
diharap, bila dah berjaya nanti pun, akan kekal sporting mcm ni yek.
hehehe.jom berkenalan dengan 7 Artis GSR ni nak tak?

Artis Artis GSR Malaysia

Azrel Ismail, dia kata dia Sepupu Remy Ishak.
hahaha.muka mmg ada iras iras dah, peramah gila!
dia yang datang tegur kami.Azrel akan muncul
dalam drama Fajar di Bukhara. All da best Azrel!

Elya Miera, bila aku tanya dia, eh saya pernah tgk
movie Ratu tu dulu, hehehe, lepas tu dia kata, eh tu jangan tengok,
maluuu.hehehe. aku rasa ok je, masa tu Elya mula mula berlakon
rasanya, dia kata dia tak suka makeup, kalau nak
tengok muka belacan dia, boleh follow IG @elyamiera
dia kata muka dia kalau x makeup mcm belacan,
hehehe.belacan ke? lawaaa jeeee!

Ikram Rashid - Happy go lucky jugak,
good looking! lakonan pertama dia dengan RTM tau,
jgn taktau! hehehe, good luck Ikram!

Kamal Rezuan, kalau pernah tengok Drama Malatops
Kerana Terpaksa Aku Relakan, mesti kenal Kamal!
kan kan.

Lia Asmizza, PALINGGGGGG HUMBLE,
dan pemalu, tak sombong sbb dia yang say hai and salam kami,
alahaiii~ jangan pandang Lia sebelah mata hokkay!
Lia kalau tak jadi pelakon, dia kata akan sambung master
dln Forensik. good luck Lia!

Liza Semion, suara dia tak payah cakap,
dia mmg Radio Announcer, mmg jiwa dalam Seni sangat mendalam,
suka dengar suara Liza, good luck Liza, pak lawak sgt org Sabah ni.
boleh bah kalau kau! hehehe

Syafiqq Sahli, Asam Pedas untuk dia, aduhhh laparrrr,
okay kan Syafiq! good luck Syafiqq, lepas ni tak boleh duduk diam,
kena kerja lebih masa ye.hehe.


Apa-apa pun, GOOD LUCK untuk ke-tujuh tujuh artis GSR,
sbb katanya Projek untuk mereka akan sambung menyambung,
takkan putus, moga murah rezeki selalu, berlakon elok elok tau,
feel feeeeellllllll, hehehe, tu wajib! ewahhh~ memandai je aku,
aku bg pendapat ni, kalau artis tu berlakon dengan penuh feel,
kita sebagai penonton ni seronok tengok,
kalau x feel, main main je, so nak teruskan tengok Drama pun
tak best, so tutup TV, hehehe. Kami ni peminat tegar
Drama Melayu tau.hehehe.

Pelancaran Lagu Raya NUR AIDILFITRI

di Majlis yang sama, mereka turut melancarkan satu single lagu Raya
iaitu - Nur Aidilfitri - Pulanglah Di Hari Raya, lagu yang dicipta oleh
Cat Farish dan dinyanyikan oleh Azrel Ismail, Syaffiq Sahli,
Tiga Swagger dan Hanarose. Lagu raya bukan lagu biasa,
lagu Raya ada RAPPING tau! ehehehe. bagi aku,
ok lah! balik raya nanti takde lah mengantuk,
aku nk buat ringtone nanti, jangan jeles hokkay!
hahahaha.
tiga swagger


nak dengar lagu Raya tu,
nanti aku upload hokkay! hehehe.

and last but not least! aku lah artis ke LAPAN 
GSR Production.hahahahaha.layak ke tidokkk?

GOOD LUCK SEMUA!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com