05 May 2015

Nasi Kukus Ayam Berempah Sedap dan Murah

Azul Authentic Nasi Kukus

Aku dan makan memang takkan dapat dipisahkan,
asal nama food review, aku mesti akan muncul,
sebab apa? kami laki bini mmg suka mencuba kedai makan,
tak kira kedai tu ramai orang ke, takde orang ke, kedai baru ke,
kedai lama ke, mesti nak singgah merasa, lepas tu baru judge untuk
repeat or just lupakan kedai tu.hehehe.

Tapi, lepas mencuba Nasi Kukus dari Azul Authentic,
mmg korang takkan lupa, sama dengan TAG LINE dia,
" TAK PEKENA SASAU, DAH KENA MENGIGAU "
korang jangan ingat tak jumpa girlfriend je sasau,
tak jumpa Nasi kukus Azul pun boleh sasau tau! hehehehe

Menu di Azul Nasi Kukus
antara hidangan Istimewa di Azul Authentic Nasi Kukus

Nasi Kukus Sedap di Selayang

Azul Authentic Nasi Kukus yang sedap ni terletak di Selayang,
atau dengan info lebih tepat lagi, kedai Azul Authetic Nasi Kukus ni
terletak betul betul berdepan dengan Kampus Perubatan UITM di Selayang.
memang betul betul berdepanan tau.tak payah susah susah,
kalau korang nak Waze, boleh taip UITM Kampus Selayang.
datang dengan perut yang kosong ye, hehehe.
Nasi Kukus Ikan Keli
Nasi Kukus dengan Ikan Keli
Nasi Kukus Daging Kerutuk
Nasi Kukus Daging Kerutuk
Ayam Berempah
Ayam Berempah Azul Authentic
aku sempat je terjah terjah dapur Kedai ni, siap terjah dlm termos dia lg,
nampak ayam dia yang menyelerakan tu, whoaaaa! mmg nampak sedap,
si Ida sambil makan, tak habis habis memuji sambal dia, gulai and ayam dia
yang sangat sedap! kalau korang jenis bosan dengan ayam, boleh try
Nasi Kukus Daging Kerutuk atau Nasi Kukus bersama Ikan Keli berempah,
banyak variety tau, bukan ayam saje.

Makanan di Azul Authentic Nasi Kukus ni lebih kepada Konsep
Selera Pantai Timur Kelantan, dan Rempah rahsia dia,
mmg diIMPORT KHAS dari BUMI Kota Bahru Kelantan,
bukan dari KL ye, jauh tau dia datang, naik Kapal Terobang,
hehehehe.

Aku tau, bape ramai orang Kelantan kat KL ni kan?
so kalau rindu rindu, boleh lah datang ni, Wajib datang.

pengukus! Wajib ADA!

Menu Lain Selain Nasi Kukus

bagi yang rasa rasa macam, eh tak nak lah makan Nasi Kukus,
so boleh cuba Mee Kari dia, aku makan mee kari,
satu je perkataan yang aku nak cakap tentang mee kari ni,
SEDAP! hehehe, kuah dia mmg menepati ciri ciri mee kari idaman,
mee kari kuahnya TAK pekat tau, kuah dia mmg cair cair tapi
lemak dan Karinya terasa, Yes, u got it! ada fish ball, ada tauhu kering,
ada telur, ada fishcake ada kerang, mmg mewah betul dalam mangkuk tu.

Makan mee kari, bersulam dengan Air Kelapa,
nikmatnya? paham paham jelah, panas panas ni,
kena air kelapa.mmg best lah.aku ni, bagi 2 biji air kelapa pun
boleh sedut.hehehe.




selain Mee Kari, Rojak Buah pun hade,
rojak dengan pelbagai buah, bukan hanya ada timun and jambu je,
hehehe.Rojak buah aku rasa ngam dengan A&W Float kot,
or Coconut Shake pon sesuai kan.hehehe.tak payah pegi Melaka dah,
Azul Authentic Nasi Kukus pun ada Coconut Shake.



Konsep Kedai Azul Authentic Nasi Kukus ni adalah Minimalis
dan Simple, dan pada aku, kedai ni sangat santai,
korang boleh berjalan jalan, sebab kedai berkonsepkan " layan diri "
jangan terasa pulak orang tak ambil order, hehehe, korang boleh ke depan,
boleh bagi tahu nak menu apa, boleh pilih pilih ayam nak bahagian mana,
boleh mintak kuah lebih ke, sambal banjir ke, or keropok lebih ke,
hah gittew~ hehehe.

SILA PERCAYA dengan harga di bunting tu,
mmg murah kan? mana nak dapat harga yang begitu,
dengan makanan yg sedap, dan mengenyangkan.
bagi mereka yang mementingkan makanan yang sihat,
Azul Authentic Nasi Kukus sangat peka dengan penggunaan MSG,
MSG hanya digunakan dengan kadar yang minima,
itu pun pada sesetengah menu sahaja, bagus sangat tokei kedai,
sbb prihatin.

Harga Nasi Kukus RM6
Coconut Shake RM3.50
Mee Kari Kerang RM6







Menerima Tempahan Kek dan Pastry

masa aku sampai je kedai, mata aku tertumpu pada kek tepi belah
tepi meja, dalam hati aku, kek ni boleh makan tak, sbb aku nk makan kek!
hahahahaha.kek tu nampak sangat tempting wehhhh! buah dia,
haih, meleleh ayaq lioq! mencik! tapi malu malu meow,
kena lah layan menu lain dulu,
kemudia baru lah merasa kek kek tu,

Kek tu, yang ada buah tu, mmg gila sedap,
aku tak tipu tau! seyes mmg sedap, aku mmg tak naik
penimbang lahhh, risau nanti menangis,hahaha.
rupanya, puan Adda merupakan Pastry Chef,
mmg makanan dia lah kek kek ni,
malunya akuuuu dengan dia, rasa nak berguru pulak dengan dia,
eh tetiba! hehehe.

Puan Adda menerima tempahan tau,
kalau nak tempah,
boleh terjah : Nin9landers or Everyone kan tart
sila jilat screen.hehehe.

ko tengok si Ida Baharum, dia suruh aku amik kek tu,
pastu dia makan semua.hahahaha.eh ida, haiii! hehehe.




Bukti yang Puan Adda dan En Azul telah menghadiri kelas kelas masakan
dan pastry, tengok lah Chef apa tu, bukan calang calang ye,
nak memasak, kadang kadang mmg kena berguru,
walau hebat mana pun, kadang kadang sijil tu penting untuk
pelanggan yakin dengan kita.betul tak puan Adda.hehe.
tapi mmg salute pada En Zul dan Puan Adda ni.
masakan mmg terbaik!
tokei kedai, Puan Adda.
ni lah Puan Adda, tokei kedai, cantik kan tokei,
aku masa pertama kali tengok Puan Adda,
aku cakap, eh tak macam tokei pun, cantiknya.hehehe.
kalau aku jadi tokei, mesti muka dah mcm hape dah.
hehehe.Good luck Puan Adda, semoga perniagaan lebih lancar
dan dimurahkan lagi rezeki.nanti kami datang lagi ye.
nak kek! hehehe

untuk yang nak terjah Azul Authentic Nasi Kukus,
ni alamatnya :

Azul Authentic Nasi Kukus
No.47 jalan ps8 prima selayang km15 jalan rawang 68100 bt caves

Masa Operasi 10am hingga 6pm
Dibuka setiap Isnin hingga Sabtu

Lokasi berhampiran dgn UITM Medical Faculty Selayang dan
bersebelahan dgn dewan Ideal Convention Centre

Kidmat delivery juga ada disediakan utk sebarang pertanyaan boleh hubungi
019 633 9005| 018 369 8456

Tiada charge gst

"tak pekena sasau kena mengigau"



14 comments:

Anonymous said...

foto makanan yang terbaik.

harus cuba

-FR

Inani Hazwani said...

Kak rara buat orang kecur air liur. Haishh :p

fazilzura said...

FUHHHHHHHHHHHHh sibbaik jauh , kalau x mau hari2 pekena ...

kek choc tu adehhhh , bikin jilat screen pc

Amy J said...

tempat dia macam biasa je, tapi makanan dia wow! tergoda betul tengoknya ha...

Mohamad Khairil said...

wow.. sedapnya ... tengok dalam gambar pun dah meleleh air liur... :D

dalila said...

amboii rara..spi kedapur diterjah..patut la gmbr lain dr yg lain..spi gmbr ayam dlm termos pun ade..hahaha

ziana eunos said...

sedapnyee, rindu nk mkn nasi kukus ni ^_^

saya singga sinii

khaty aiman said...

ya Ampunnn..makanan..lapar terus

Julia Johari said...

Seronok jumpa geng food review kan rara...semua sporting...nasi kukus mmg sedap...cantik rara

eima said...

suka baca food reveiw ko ni ..... besh ..buat aku nk pi cr gak kedai ni ....

Siti Aisya Ibrahim said...

lawak jugak tagline dia tuh....takutnya sasau...hahahahha

salam singgah dari aisya EFg.... done follow kak rara :D

jindrisska.blogspot.com

ewento marcello said...

lapar terus pagi2 ni

Eny Abdullah said...

mak oii sedapnyaaa... meleleh air liur tgk mee kari tu

mas saari said...

syoknya kalau dapat pekena ni..dah lah harga murah².. nanti nak try pi lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...