Image and video hosting by TinyPic

29 May 2015

Bahana bola berwarna-warni di indoor playground

Playground berbayar itu BAHAYA


Sejak semakin banyak tempat tempat permainan berbayar
( indoor playground ) like Kidzoona, Kid Zania, Kid paradise,
Kid e-World di Mall, makin pelik pelik pulak penyakit yang timbul,
pernah jugak aku dengar, di celah celah ball yg berwarna warni tu,
ada jugak binatang berbisa, serangga berbisa,
dan aku terbaca juga, ramai juga anak anak yg sakit lepas
bermain di indoor playground ini, memang lah,
kita memilih playground indoor ni sbb dlm aircond,
sejuk, anak anak selesa, tapi pernah tak kita fikir,
bahaya di sebaliknya?

aku sepanjang ada Princess ni, aku baru 3 kali tak silap
bawak budak tu main tempat tempat gini, selalu aku pergi kat
Great Eastern Mall, situ tempat dia bersih, masa umur princess setahun
baru Rm12, tapi masa baru baru ni pergi, dlm awal tahun dulu,
Rm23 tau, sbb princess dh 2 tahun. choiii mahal gila,
tu belum lg pergi E-World ekano tu, Rm50 tau!
mmg gila bapak ah harga, tapi masa tu ingat saje nk bg anak main main,
so bawak lah, tp budak tu x reti main pon,
mak pak je excited, hahaha.anak relax je,
last last anak ajak balik, lebur rm50, then tu jelah
yg kami bawak, lepas tu tak bawak dah,
baik bawak g mandi pool or laut, lagi best!

Bahaya di mana-mana


bahaya mmg akan ada dimana-mana, kan kan,
tapi mana yang tempat kita boleh elak tu, kita elak lah,
kita tawakal je, aku kdg kdg kesian dekat Princess tu,
dia nk main dekat playground kat rumah aku tak bg,
sebab kat situ, mmg BANYAK sgt nyamuk Aedes,
kalau balik dr playground, mesti kena gigit sana sini,
aku risau gak, karang tak pasal je,
last last duduk je rumah.hehehe.

tapi last week, saje bawak dia main dekat Tesco tu,
kalau di tesco ampang, selalu akan ada indoor playground tau,
so saje bawak dia pergi sana, kat sana akan ada kereta yg berlagu tu,
ada bus, ada permainan lain, tapi masa haritu, princess nak masuk dalam,
dia nak main lompat lompat, so aku pon bawak lah masuk,
yg ada kad ahli, bayar rm5 je, so aku dan husband pon
masuk sekali, anak dara aku tu lembik sikit,
kena tolak kang nangis, so mak pak kena lah escort,
hahaha.

masa masuk tu, Ya Ampun, budak budak yg main kat situ,
berlari sana sini, mcm x tentu arah, mainan dia pun byk yg dh x elok,
mcm merbahaya pulak pada anak,
yang mak mak pulak melepak kat sudut tepi playground tu,
anak ntah kemana mana dah main, aku perhatikan je,
Princess pulak, laki aku bawak dia g main,
budak tu mcm biasa, bukan nk main sgt, tak reti,
nk nk tgk budak berlari sana sini, lg lah dia xnk,
tapi gatai jugak nk ajak masuk.

tak sampai 10minit kat situ, dorg dh bosan,
laki aku main jugak lah ball dgn princess,
tak lama tu laki aku terpandang sorg budak tu,
dia jerit kat aku " eh budak tu chicken pox kan? "
lepas tu aku terus pandang budak tu,
YUP! budak tu mmg chicken pox, bintik bintik
dan mak dia mcm tepekkan bedak kat badan dia,

WEIIII ANAK CHICKEN POX,
kau BAWAK MAIN PLAYGROUND!


Ya Allah,aku tak tau nak cakap apa,
terus suami aku cakap, JOM BALIK!
aku pon laju jelah keluar, aku mmg tak kenan sgt
kalau dah mcm tu. Ya Allah, chicken pox kan boleh jangkit,
kenapa bawak anak keluar, dan mak budak tu tak takut ke
anak kau bentan ke apa?

eh ntah lah, aku mcm x boleh fikir lah! aku pelik!
aku pelik tgk mak mak zaman skrg, anak baru 6hari
boleh bawak pergi mall,
anak baru 3bulan bawak pergi down town,
anak chicken pox boleh bawak pergi playground,
aku tak faham, serius aku tak faham!


Bahaya kepada anak orang lain


benda benda mcm ni, sila jgn selfish,
benda tu berjangkit, dan akan menyusahkan org lain,
tolong lah! beringat lah sikit, jgn lah mcm ni.
dan kesian jugak lah pada anak kita,
anak tu tak tahu apa apa.



Virus Measles


kes adik Sha Aleesya ni aku jumpa di FB td,
mak adik Sha kata, doc sahkan anak dia kena Virus Measels,
( Measles ) hehehe, mana mana lah, lebih kurang je nama,
tapi ikut apa yg aku google, Virus Measles ( campak ),
Campak akan naik bintik bintik merah tu,
dia x bahaya sgt actually, cuma demam dan adalah simptom lain,
walaupun x bersentuhan, tapi campak boleh merebak melalui udara,
walaupun tak merbahaya! tapi bila tak memasal kena kat anak kita,
kdg kdg sedih jugak kan! tu sbb aku marah bila mak mak
org lain yang TETAP bawak anak mereka keluar
even dah tau anak tu demam campak lah, chicken pox lah,
aku jadi like, errrrr duduk rumah je tak boleh ke?

vaccine MMR yg kita cucuk utk anak, actually utk elakkan
campak jugak sebenarnya, kalau tak ambil,
anak akan lagi cepat dan senang kena Virus ni,
hmmm, biasalah, isu vaccine takkan habis sampai
bila bila.ye dak.hehehe.

tapi adik Sha dah semakin pulih, Alhamdulillah.
dan aku tetap nak ingat kan diri sendiri,
dan mak mak yg lain, sama sama lah kita,
kalau anak sakit, jangan lah bawak pergi mall,
sbb virus tu akan melekat pada ball,
pada mainan mainan, dan membahayakan budak lain,

ko ingat pekerja Indoor playground tu nak ke lap
or cuci 1 1 ball tu? bertuah lahhh! takde nya!
so kita lah kena jaga jaga, kita lebih tahu tahap kekuatan
anak kita kan?

Penyakit dari Indoor Playground

dan penyakit dari indoor playground ni boleh jadi mcm mcm,
selagi kita boleh elak, kita elak lah, kalau mcm indoor playground
tu pelik ke, tak bersih ke, jangan lah masuk,
hurrrmm, jadi mak ayah ni tak senang rupanya kan,
kdg kdg benda yang tak di jangka itu lah yang akan berlaku
sekelip mata.takut sangat.

semoga anak anak kita sihat sihat belaka ye,
sekian~

( entry ini adalah pendapat dan luahan hati saya,
maaf jika ada yang tidak setuju.or tersalah kata,
jika salah tolong tunjukkan )

Ikhlas dari - mak anak satu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. alahai kesian yg terjangkit tu yer,,,macam2 ragam parents sekarang pon

    ReplyDelete
  2. sakit hati kn ra tgk spesis mak pak yg xde kesedaran sivik ni..public responsibilities ni common sense je kot...takkan tu pun nk ajar! kita pnh jmpe org bwk anak ciken pox kt kedai mkn...mati selera! wpn zafirah dh pnh kena ciken pox ms tu tp still...x kesian ke kt ank tu hoii...kang tegur kata kita baru anak sorg apa tau..dia anak dh berderettttt...choii..nyampah!

    ReplyDelete
  3. Mikhail ni akak tak pernah bawak lagi tempat gitu disebab kan dia suka bertumbuk dengan orang..maisara dulu 2,3 kali jugak bawak...

    Tapi betul la...tempat ramai budak2 ni memang kalau boleh elak kan la pergi kalau setakat nak suka2..akak ni sejak maisara start sekolah tadika terus elak kan pergi tempat ramai orang lagi2 yg ada budak2..orang nak datang pun akak suruh call dulu ,tanya anak dia selsema ke tidak..heheheh

    ReplyDelete
  4. nice sharing...tq

    penah bw anak skali nk main2 kt indoor playground cmtu tp anak ni jenis penakut...adehhhh...so lebur je byr sbb msuk x smpai 5 min ank dh menangis xnk main smua tu

    huhuhu...bab bw anak yg kcik2 tu penah ckp kt kwn gak.br 2 minggu dlm pantang czer boleh dia bw baby dia g mall sbb nk beli bj ry.sy ckp abah diorg kn ada lgpon 2 anak2 dia yg lain dh besar...dh form 3 & 4 pon time tu.boleh pilih bj sndiri tp dia bw gak.Kwn ckp x jd apa2 pon.susah ckp dgn org tua2 yg ketegaq ni

    ReplyDelete
  5. Tq sis utk pandangan y penuh membuka mata saya juga...kdg2 pnh jugak bw indoors dan mmg xterfikir pon nk wash hand diorang....lalai nya saya sbg ibu bapa..lps ni kena lebih hati2..

    ReplyDelete
  6. thanks rara for sharing your thoughts, yup ada kebenarannya...dan at least rara buatkan akak terfikir tentang perkara ini... hu hu hu... Ash ada pergi dalam 2-3 kali macam tu, now jadi fikir 2 kali pula dah...

    ReplyDelete
  7. Selamber giler mak budak tu.. kesian kat budak tu satu, kesian kat anak2 orang lain pun satu.. tak fikir panjang..

    ReplyDelete
  8. haih,ini macam punya org pun ada..xsensitif..hm...

    ReplyDelete
  9. Ni sbb selfish laaa...tak pikir org lain satu hal...kesian ke ank dia pon iya jugak...kesian budak chicken pox tu dapat mak cenggitu.

    ReplyDelete
  10. Ada satu point Puan tertinggal. Kanak-kanak yang menerima live vaccine juga boleh menyebarkan virus measles sebaik sahaja selepas vaksinasi. Jadi sangat penting untuk ibubapa yang mempunyai anak2 yang baru sahaja selepas disuntik MMR untuk tidak membawa mereka ke tempat-tempat macam ni juga. Puan boleh check kajian saintifik yang dah banyak dilakukan berkenaan apa yang dinamakan sebagai vaccine shedding :
    Analysis of urine specimens by using reverse transcriptase-PCR was evaluated as a rapid assay to identify individuals infected with measles virus. For the study, daily urine samples were obtained from either 15-month-old children or young adults following measles immunization. Overall, measles virus RNA was detected in 10 of 12 children during the 2-week sampling period. In some cases, measles virus RNA was detected as early as 1 day or as late as 14 days after vaccination. Measles virus RNA was also detected in the urine samples from all four of the young adults between 1 and 13 days after vaccination.
    http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC228449/

    Boleh baca lebih lanjut tentang topik ni di sini
    http://healthimpactnews.com/2015/dr-suzanne-humphries-m-d-vaccine-strain-of-measles-virus-found-in-measles-outbreaks/

    ReplyDelete
  11. Terima kasih - INI PROBIOTIK!

    ReplyDelete
  12. nasib tak penah bwk anak² pi indoor playground ni.. sbb rasa mcm tak bersih jer..

    ReplyDelete
  13. Betul tu ra. aku pun jarang bawak bebudak ni pi public playground xkira la indoor ke outdoor. Swimming pool jarang. At least kena tunggu lepas setahun ok sket. bawah setahun bagi aku masih fragile. safir memang aku kuarantin drpd swimming pool. Saif je aku letgo sebab da lebih 2 tahun dia da kuat sket. Itupun lepas pegi swim mesti akan demam or at least selsema.

    ReplyDelete
  14. Mmg xblh hadam mak pak jenis selfish camni..huhu..anak xsihat pun dia bwknya kat public

    ReplyDelete
  15. Elok kena chicken pox masa kanak kanak lagi kerana kalau kena masa dewasa contohnya ketika mengandung komplikasi nya pelbagai bahaya pada bayi. Dan jika tekena chicken pox bila umur 30 thn keatas virus akan kekal dlm darah dan ketika kita tua dan lemah ia akan menjelma sebagai Shingles yg amat sakit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,ms kanak2 la elok kn c.pox..well nmpk mcm mak dia ni terlmpau over protected ank dia..ank akn jd lembek kalo terlampau over sgt,biasa la ank kalo sakit tu..dah namanya manusia mmg akn kn sakit demam

      Delete
  16. Memang tak bg ank bercampur main kt tmpat tertutup camtu... Kalau nak main pun kat playgroud yg terbuka dan tak ramai org.. Kalau ramai mmg tak pergi... Ya... Bahaya ada di mana2... Lebih baik elak dr berubat kan..

    ReplyDelete
  17. wah bagusnya entry nii kak rara.membuatkan kita semua fikir 2,3 kali sebelum bawa budak2 pergi main bola2 tu.

    ReplyDelete
  18. bagus entry ni. Tapi apsal la makpak budak ciken pox tu giTu ye. Ke die xpnah kne ciken pox. Sbb tu die xtau.

    ReplyDelete
  19. rara,mohon share ye di fb,sbg reminder utk kawan2 yg lain juga..tq so much!:)

    ReplyDelete
  20. khaty dengan anak2 still stay kat kg,jarang pegi tempat macam tue..

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com