27 May 2015

YEOS Beramal bersama bintang dan MENANG 300,000 duit raya!

Beramal di Bulan Ramadhan


Alhamdulillah, pejam celik pejam celik,
kita dah berada di penghujung bulan islam iaitu bulan Syaaban,
dan tak lama lagi, lebih kurang 3 minggu lagi,
kita semua, seluruh umat islam akan menyambut
bulan Ramadhan, bulan yang di tunggu tunggu dan
bulan yang kita ingin rebut dan kumpul pahala dan beramal.

Jangan kata kita, tapi Yeos jugak ingin mengambil kesempatan ini,
untuk memanfaatkan bulan Ramadhan yang mulia, dengan
mengajak kita dan bintang bintang terkenal tanah air
untuk membuat kebajikan dan paling best is!
MENANG DUIT RAYA yang jumlahnya mencecah
RM300,000 wooohooooooooooooooooo~


“Yeo’s melancarkan sebuah program mesra Ramadhan, iaitu Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya bagi menggalakkan amalan baik yang berterusan. Jika sebelum ini minuman Yeo’s telah menjadi santapan ketika berbuka, kali ini minuman berbuka tersebut bakal menjadi nilai derma kepada golongan memerlukan,” kata Ong Chay Seng, Ketua Operasi Yeo’s.


Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya

Pada 25hb Mei yang lalu, aku telah berkesempatan bersama dengan blogger
lain, bersama sama di Majlis Pelancaran Program Sinari Kemuliaan Ramadhan
Bersama Yeo’s : Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya.
Yeos juga melantik Duta Duta bagi mewakili setiap perisa air Yeos,
dengan adanya artis artis ni sebagai Duta, maka kita sebagai peminat,
mesti akan menyokong artis yang kita suka kan, so dengan cara mcm ni,
kita akan lebih bersemangat dalam menjaya kan misi ini.


Duta Yeos 2015
Staikah Suhaime, Akin, Ajak, Nad Zainal, Heliza Helmi, Ag Hotfm

Penyertaan Melalui We Chat

kita ni kalau sebab nak menang tu, kalau hadiah lumayan,
mesti ramai yang nak join kan, so! YEOS memberi peluang pada kita
semua untuk memenangi duit raya sehingga RM300,000 tauuu!
hahahaha.gila kan! cuma kena ada We Chat je! korang mesti ada we chat kan!
takde mmg tipu lettew~

Cara Menyertai :

Cara menyertai peraduan yeos
step step!

Kempen Sinari Kemuliaan Ramadan Bersama Yeo’s

Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya ini akan berlangsung
dari 25 Mei sehingga 5 Julai 2015. Terdapat banyak lagi
Duit Raya lumayan yang boleh direbut oleh para peserta.
Pemenang bertuah akan berpeluang memenangi Hadiah Utama dengan
sejumlah RM30,000. Hadiah ke-2 juga menarik dengan sejumlah RM15,000.
Pemenang ke-3 pula akan membawa pulang wang tunai RM10,000.
Di samping itu, para peserta turut boleh merebut 42
Hadiah Harian yang ditawarkan iaitu duit raya berjumlah
RM3,000 untuk setiap pemenang. Dalam masa yang sama,
10 pemenang bertuah juga boleh mengaut sebanyak
RM300 yang ditawarkan sepanjang 42 hari itu.

Jumlah sumbangan yang dapat didermakan oleh
bintang-bintang bergantung pada sokongan semua lapisan masyarakat kita.
Setiap satu unit minuman Yeo’s mewakili satu nilai derma yang diperolehi.
Dengan penerimaan rekod WeChat sebanyak 50,000 derma mata,
pasukan bintang tersebut akan dapat mengumpul RM3,000
lalu disalurkan kepada rumah kebajikan yang diwakili masing-masing.
100,000 nilai mata akan mengumpul RM5,000 dan 250,000
nilai derma akan mendapat RM10,000. Ingin memberi lebih lagi,
Yeo’s akan menambah RM10,000 kepada produk diwakili pasukan
bintang yang berjaya mencatat jumlah nilai derma yang paling tinggi.
Jadi, kumpulan bintang manakah yang akan mengungguli di tangga pertama?

Pasukan Bintang
Bintang
Produk Yang
Diwakili
Senarai Rumah Yang Diwakili

1


Akim Ahmad
Yeo's Yeogurt
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ
Atikah Suhaime
Yeo's Yeogurt
Teratak Nur Barakah, Shah Alam

2
Nad Zainal
Yeo's Krisantimum
Pertubuhan Nur Kasih, Klang
Ajak Shiro
Yeo's Teh Kundur
Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiah, Klang

3
AG
Yeo's Laici
Rumah Aman, Sungai Buloh
Heliza Helmi
Yeo's Soya
Rumah Opah Hasnah, Klang

Sumbangan yang terkumpul akan diserahkan ketika lawatan ke
rumah-rumah kebajikan ketika Kem Ramadhan Yeo’s yang
bakal berlangsung pada 11 Julai 2015 di Shah Alam.
Kem Ramadhan Yeo’s ini hanya terbuka kepada 300 orang.

aktiviti “Jumpa & Salam”


Tempat
Tarikh
Masa
MYDIN Mall USJ, Subang Jaya
30-Mei-15
2.00pm - 4.00pm
MYDIN Mall Gong Badak, Terengganu
6-Jun-15
2.00pm - 4.00pm
MYDIN Mall Parit Buntar, Perak
7-Jun-15
2.30pm - 4.30pm
MYDIN Mall MiTC, Melaka
13-Jun-15
2.30pm - 4.30pm

Marilah beramal bersama Akim Ahmad, Atikah Suhaime, Ajak Shiro,
Nad Zainal, Heliza Helmi dan AG, ramadhan ini.
Untuk mengetahui cara penyertaan,
layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my dan
menghubungi talian di 1300-80-2828.



SEMOGA BERJAYA!

3 comments:

saye niza said...

Ala..awat yang parit buntaq tu next week...nape bukan this week.next week tak balik sanaaa. nak jugak tangkap gambar ngan retisss hahaha.

mOoN IzzaN said...

omoooo.. akim penyeri yeo's...

#ehh

DRAMATIC UNIQ said...

arrggghhh...!! jelezz nya Rara selfie dengan Akim Ahmad....!! :p

"...jauh terbawa lukisan hatimu.. walau pelangi hiasan terindah..."

hehehehehe... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...