29 May 2015

Design rumah IMPIAN semua WANITA

Design rumah terkini


kami tgh survey design rumah untuk renovation nanti,
bila lalu je kawasan rumah orang, nak nak yang baru lepas reno,
mesti kami akan teruja, kejap kejap, " sayang design ni lawa "
jap jap kang laki aku pulak, " eb syg, design ni cantik "
hahaha, kami terteleng teleng kepala bila tengok design rumah orang,
sampai pening nak pilih nak yang mcm mana.
tapi konsep yang kami laki bini paling nak ialah
PAGAR KACA, kan skrg trend trend pagar kaca,
bila tengok rumah yg berdindingkan kaca tu,
rasa mcm mewah sangat! aku pulak terfikir,
kalau budak baling batu, x pecah ke! hahaha.
of course lah x pecah kan!

kami laki bini memilih konsep ala ala rumah hotel,
bila masuk rumah, rasa mcm tgh sewa hotel,
menginap dlm bilik hotel, suasana tenang, cozy,
sedap mata memandang dan minimalis,
tak nak serabut serabut, kalau boleh nak sebiji
je kerusi, hahahaha.kalau org datang rumah,
bersila lah kat luar.

tadi nampak TheVocket post entry
Rumah lama yang mendapat sentuhan kontemperori
bila aku bukak, Ya Allah! this is the design,
ini lah yang kami mahu, ini lah ini lah!!!!
cantik nyaaa, rumah impian, sebijik mcm ni!
aku trus save all picture and nanti nk tunjuk
kat husband, hahaha ( tetiba husband sbb terpengaruh cite
Dia isteri luar biasa ) hahahaha.

jom ah layan pic, korg mesti teruja gak!!!

rumah design kontemporari

rumah dinding kaca

23 Terrace terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) yang terkenal sebagai sebuah kawasan kelas pertengahan atas pinggir bandar Kuala Lumpur. Rumahyang dibina dalam tahun 80-an ini diubahsuai dari sebuah rumah teres setingkat menjadi sebuah rumah teres dua tingkat yang diatur semula senibinanya dengan sentuhan moden kontemporari dan minimalis.

Bahagian depan muka rumah teres ini memiliki bukaan yang luas, dengan berdindingkan kaca balustrade dan pintu kayu. Ia turut dipasang pintu jeriji keselamatan minimalis dan pintu pagar. Pada waktu senja, rumah berubah menjadi lentera yang menebarkan bayang-bayang realistik di anjung simen di depan rumah ini.

Ini bahagian dalaman rumah 23 Terrace. Apabila dibuka pintu utama, keseluruhan ruang bawah seperti ruang tamu, tangga, ruang makan dan dapur jelas kelihatan. Semua dinding tengah yang asal diruntuhkan bagi menghasilkan bukaan luas dan lapang.

Unik tangga rumah ini apabila ia ke arah 2 hala yang berbeza. Masih mengekalkan ciri minimalis, rekaan tangga ini juga seperti kelihatan tergantung dengan batang-batang besi halus memegang struktur tangga. Dinding batu merah dan siling seperti tidak dikemaskan sempurna pula beri rasa rustic, iaitu dibina dengan cara yang jelas dan mudah.

Dapur pula mengunjur lurus ke bahagian belakang rumah dengan menjadikan kaunter bar sebagai sempadan antara dapur dan ruang makan. Bahagian lorong yang diletakkan 2 buah peti sejuk pula memisahkan ruang dapur kering dan dapur basah.

Bilik tidur utama terletak di bahagian atas rumah ini. Ia memiliki bilik air berdindingkan kaca lutsinar. Bilik ini dilengkapi katil bersaiz queen dan unitentertainment yang diletakkan bersebelahan pintu kaca balkoni.

Bahagian balkoni pula, kelihatan dua buah kerusi rehat di hadapan pagar kaca lutsinar. Walaupun ia bersifat terbuka, dua dinding batu lepa merah yang tinggi di kiri dan kanan beri rasa privasi kepada tuan rumah.

Pengubahsuaian kreatif ini dilakukan oleh syarikat arkitek milik Ar. Dr. Tan Loke Mun. Beliau merupakan salah seorang arkitek yang pernah terlibat dalam mempamerkan idea dan hasil kerja terbaik di International Architecture Exhibition-La Biennale di Venice, Itali pada November 2014. Ia merupakan satu pameran paling berprestij bagi bidang seni bina - sumber The Vocket



tangga unik



konsep rumah moden Kontemporari


amacam dah tengok? ok tak? hebat kan?!!!
tangga tu! aku suka konsep tangga! dan balkoni dia,
aku jd like, errrrr, cantiknyaaaa, best nyaaaa, ntah berapa lah kos ni,
sooo kalau dah suka, marilah kita menabung, marilah laksanakan imipian,
huaaaaaa! bai! selamat berangan! 


12 comments:

Maisarah Humaira said...

cantik dan kemas rumah ni..pandai org ni

saye niza said...

aku pun dah tengok rumah ni, mmg cantik cuma aku terfikir pasal dia clearkan dinding kat bwh tu, kalau buang tiang tak renovate beam,curiga gak aku huhu. Btw, cara ko alert rumah orang laki bini on the road tu sama la aku ngan 'husband' alert signboard jual rumah tepi jalan & projek rumah baru ni,sampai kt tmpt bukan target pun jadi alert dah haha.

adianiez AIDA said...

sgt suka!
lain dari yg lain...
kreatif...

ahkak gojes said...

cantik rumah tu...mana2 wanita memang teringinkan design umah impian mereka...begitu jugak KG...

sayidah napisah said...

perghh moden gilaa haha. tapi lawa sbb nampk kemas,tersusun dan tak semak. :)

Nazlee Ismail PCL said...

perghh..gila lawa design rumah impian rara laki bini :) semoga jadi kenyataan.

always sayam sayam eh..good .

yanie yusuf said...

pergg cantik nya rumah...

mama tisya said...

cantik tp rege pn cantik..umh skarang makin mahal

Mrs Yatie said...

i love it too rara. kalau dapat beli rumah sendiri kan lagi best dan best ;)
PG suka beranda rumah ni. update blog pun senang hati kan. hahaha.

Khairil Haffuan said...

Anggaran berapa ya kos ni siapa bleh bg jawapan😊

Khairil Haffuan said...

Siapa boleh bagi tau harga untuk ubah suai rumah tu ye?😊

Anonymous said...

Bagus2 ya gambar rumah nya :o

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...