19 May 2015

Resipi Churros/ Kuih Belimbing Mudah

Minum petang yang sangat mudah disediakan


kalau korang mak yang terlebih RAJIN mcm aku,
korang boleh cuba sediakan Churros atau dlm bahasa melayunya
Kuih Belimbing untuk minum petang, bg aku rasanya sama
seperti lempeng, sbb asas dia hanya tepung,
cuma dia sedap kerana di goreng garing dan dicicah bersama
sama coklat, asal nama cicah dengan coklat,
sapa yang tak suka kan! hehehe.


1 1/4 cup tepung

Resipi Chorros Mudah!

Bahan-bahan ( 2-3 org )

• 1 cawan air
• 1 sudu makan gula
• 1 1/4 cawan tepung gandum ( boleh campurkan serbuk cinnamon sekiranya suka )
• 1 biji telur – size L
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 sudu makan butter

Cara-cara :

1. Didihkan air, garam, butter dan juga gula. Kecilkan api.

2. Masukkan tepung. Kacau cepat2 agar tepung tidak berketul kemudian angkat dari api (adunan akan melekat-lekat)

3. Terus masukkan telur dan kacau sebati.

4.Bulatkan adunan kepada doh kecil-kecil dan masukkan ke dalam acuan (boleh gunakan nozzle bentuk bintang dan masukkan ke dalam piping bag)

5. Tekan acuan dan biarkan doh keluar sepanjang 2-3 inci kemudian potong dengan menggunakan gunting.

6. Panaskan api dan goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

7. Taburkan gula+cinnamon atau terus saja celup ke dalam coklat cair. Nyumm !!

adunan mmg akan melekat lekat begini
masukkan ke dalam piping bag
untuk memudahkan kerja, korang PICIT dan GUNTING adunan,
sbb aduanan melekit, guna gunting sangat senang.
Churros
yummsss~

Princess suka sangat! dia ratah coklat je! hehehe
Selamat mencuba!

12 comments:

aRz MoHa said...

Owh macam pak tongkol la yer? Kalau di Penang terkenal cicah ngan kuah kacang manis

Nurul Shahira said...

Tak pernah lagi makan churros ni :)

Hamelia Hamid said...

la simple je rupanya nak buat churros ni, nk try buat la..hehe.. thanks raa...

Eny Abdullah said...

churros mmg sedap.. nak buatnya tu penat hehehhe.. nak tekan kedlam mianyak panas tu kan...

DRAMATIC UNIQ said...

hehehehee..
untung laaa Pincess.. dapat minum petang ala-ala omputih... :)

nanti akak try.. harap2 Pokchik leh telan la benda2 gini... hehehehee..

CikLily Putih said...

bawak churros ni bila jumpe k lily ek hahahaha

CikNaa said...

Allah rara.. terliur pulok haa

FiZ aka Miss Pija said...

la..senang je resepinya. bolehla try lepasni..tapi kena beli noozle la pulak.hmm

nuyui a.k.a miss YUI said...

nyum2 sdpnya kak..

meh hntr kat station 18..hihihi

mama tisya said...

1st time mkn churros time holiday kt korea dlu...xtau pn psl ni tp kt msia pn ada pastu bole wat sdiri plak dh..senang

zainab Zainabrahman said...

Mudah jer...leh buat ni.tq share resepi ni ye sis...

AZLINA AHMAD said...

Hi..hi ingat guna belimbing.sbb d pokok nun belambak belimbinh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...