Nasi Ayam Penyet Homemade
kepada orang yg malas, hahahaha.bukan malas mcm mana,
tapi lebih kepada mereka yang suka makanan yg simple tapi
sedap, yang penting PEDAS! hehehe.
- masak nasi, goreng ayam, buat sup simple, and sambal!
then siap!
sedikit INFO :
Ayam Penyet berasal dari Indonesia, Jawa Timur,
maksud Penyet bukan lenyek yewww,
Penyet tu maksudnya makanan selepas dimasak,
di lumat lumatkan, mcm sambal tu kan,
lepas goreng semua, kita picit dia, kita lenyek dia
kasi lumat.hehehe.gittew cerita dia.
Kehebatan Nasi Ayam Penyet terletak pada sambal dia,
kalau sambal dia sedap, yang lain lain tu ko tak pandang dah!
mesti jadi sedap juga.
Kelmarin mama mertua aku pergi makan ayam penyet,
lepas tu dia cerita kat kami, esok mama nak masak ayam penyet lah,
senang jeee! hahaha.biar betik mama ni, rasa je lepas tu terus nak buat,
hahaha.
so semalam, terjadi lah Ayam Penyet Mama,
hahaha,tapi bahannya tak complete,
tempe xde, timun xde, sup pun last minute baru buat,
hehehe.tapi SAMBAL ayat penyet mama mmg terbaek!
sedap gila wehhh! weekend ni nak repeat buat!
![]() |
Ayam Penyet Mama |
Resipi Nasi Ayam Penyet Mudah
resipi asal Nasi dia ni dari kak Azlita
korang boleh ubah ubah resipi ikut mcm mana
yang korang sempat nak buat! janji sambal tu je!
1 ekor ayam
Ayam ni potong ikut kesesuaian, biasanya ayam di potong 4 atau di potong 8
cuci ayam bersih-bersih
Ayam kemudian di rebus hingga empuk.
tambahkan kiub ayam ketika merebus ayam.
Bila dah empuk angkat ayam dan toskan
* Air rebusan ayam jangan di buang kita akan gunakan
untuk menanak nasi dan juga untuk supnya.
Bahan Perapan Ayam
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar
* Kesemua bahan ini di sangai atau di goreng dalam kuali tanpa minyak hingga harum
1 sudu besar serbuk kari ayam atau daging BABAS
1 sudu besar kunyit serbuk BABAS
1/2 sudu besar serbuk lada putih
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sedikit air untuk mengisar
1 sudu teh garam
Minyak untuk mengoreng
1/2 cawan tepung beras ~ tambahan untuk ayam yang berkeriuk rangup
1 biji telur ~ tambahan untuk ayam yang kerkeriuk rangup
Caranya
Sangai dahulu jintan manis, jintan putih dan ketumbar hingga naik harum.
Masukkan bahan yang di sangai bersama serbuk kari,
serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam.
Tambahkan sedikit air dan kisar hingga halus.
Bila dah halus, lumurkan pada ayam yang kita dah rebus tadi.
Perap ayam ini semalaman sebelum di goreng.
Bagi anda yang nak cepat 2 atau 3 jam perap pun ok!
Bahan Untuk Sup Ayam
Baki air rebusan ayam
1 bungkus sup bunjut
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ dihiris
daun sup dan daun bawang ~ di hiris
Bawang goreng ~ untuk hiasan
Baki air rebusan ayam tadi separuh kita buat
masak nasi dan separuh lagi kita buat sup
Panaskan semula atas dapur
Tambahkan serai, halia dan sup bunjut
Masak hingga didih
Perasakan dengan garam
Taburkan daun sup dan daun bawang
Bila hidangkan taburkan bawang goreng jika suka.
Jangan lupa Goreng Tauhu dan Tempe okay!
Sambal Penyet!!! power!!!
10 tangkai cili padi ~ atau lebih
10 tangkai cili merah ~ atau lebih
10 biji bawang merah ~ belah 4
3 biji bawang putih ~ hiris
2 biji tomato ~ belah 4
5 cm belacan bakar
2 sudu makan ikan bilis
3 sudu besar gula merah ~ gula ni ikut secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
Limau nipis atau limau kasturi
Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan
Dengan minyak yang sama gorengkan pula cili merah, cili padi,
bawang merah dan tomato hingga layur
Tunggu bahan ni sejuk sikit kemudian masukan dalam mesen
kisar yang kering dan kisar kan ikan bilis dan bahan yang kita dah goreng tadi.
Kisarkan sekali belacan bakar.
Panaskan semula baki minyak kita mengoreng tadi dan tumiskan
bahan yang kita dah kisar tadi hingga harum
Perasakan dengan gula merah dan sedikit garam
Angkat dan hidangkan
Bila nak makan nanti perahkan jus limau.
senang je kan?! selamat mencuba!

wah meneyelerakan!! :D
ReplyDeletesedap nihhh.umul pun suka..simple tpi menyelerakan..tempe wajib ada ok...favourie tu!..hihihi...
ReplyDeleteBetul...sambalnya kena pedas baru terangkat ehehehe...
ReplyDeletetk pernh try lg buat ayam penyet..mkn slalu jugak
ReplyDeletesemlm tgk kt fb rara..
ReplyDeletesedapnyeeee..pandai mama mertua buat..
sambal tu...nampak sedap la
ReplyDeleteyang ni saya memang dah lama nak belajar tapi belum cair lagi resepi..thank you for sharing dear.
ReplyDeleteDiet Diary: Salmon Panggang bersama Brocolli Goreng
Woahh sedap tu.. yum yum
ReplyDeleteDah copy itnggal nak buat jer hahhaa
Jamu Perapat Zaman Moden
waaa. sedapnya.
ReplyDeleteHai, assalamualaikum, thanks ye sharing resepi ni, teringin nak buat sendiri, so far entri ni membantu sangat, tapi nadia just amik resepi sambal je, yang lain tunggu bila masa free kiki..
ReplyDeletebtw, nadia pinjam resepi kat blog nadia ye.. jemput ke blog nadia nanti.
;)
Mohon share
ReplyDeleteMohon share
ReplyDelete