11 May 2015

Perangi PELIK aku - bukan OCD

Apa itu OCD?


OCD atau Obsessive Compulsive Disorder, untuk lebih paham dengan senang,
manusia yang terlalu PEMBERSIH, lebih 2 juta orang mengidap OCD ni,
ianya akan bermula dari Remaja, mahupun dari kecil, kalau dah tua tua,
tak mungkin tetiba ada OCD.hehehe.kalau dah tua baru nak ada OCD,
tu namanya OCD di buat buat.

mereka yang mempunyai penyakit ni, mempunyai tahap ragu ragu yang tinggi,
andai kata nampak rambut dalam makanan, esoknya terus tak makan situ dah,
terus makan tempat lain atau bawak dri rumah.

ataupun, mereka ni mempunyai sikap was was,
40 juta kali lap meja, 30 kali sapu lantai,
atau pun, lepas salam orang, terus lap tangan.
hah gitu.pernah jumpa tak org mcm ni??
aku ada kwn mcm ni, ramai gak, dan pernah jugak tgk
dorg depan depan, aku tak pelik, tapi kdg kdg kesian,
sbb aku dapat merasakan dorg ni stress, dan penat sebenarnya.

Jenis OCD

aku tak de OCD, aku rasa, hahahaha aku rasa lah, dan kalau ada pon,
OCD yg bukan kronik, aku cuma ada satu penyakit,
yang aku kena mengemas malam malam,
kalau nak tau betapa peliknya aku, dari zaman aku sekolah,
zaman aku dah start ada bilik sendiri, aku akan kemas bilik aku
sebelum tidur, aku akan salin cadar sebelum tidur,
tak kira lah hari rabu ke, hari selasa ke, sabtu ke,
kalau aku rasa nak salin, aku akan salin, aku akan menyapu bilik,
tarik cadar tegang tegang, lepas tu baru ada selera nak tidur,
and till now, jadi dah terbiasa, sebelum tidur, kena kemas dan sapu,
katil kena kemas, sbb esok paginya, bila bangun tidur,
aku nak tengok semua kemas.

suami aku mula mula pelik, kenapa perlu kemas sblm tidur,
org kemas LEPAS bangun tidur kan.hahahaha.aku pun xtau lah,
tapi aku nk tidur dlm keadaan selesa, pelik tak?
ke biasa je mcm tu?

dan aku tak boleh tengok rambut or benda halus halus atas lantai,
aku geram, tapi bila aku letih sangat sangat,
aku lantakkan aje, aku taknak paksa diri,
sbb nanti aku stress, bila stress jadi nak marah,
so aku cakap LANTAKKAN! hahaha, tapi lantakkan itu
jarang berlaku, mesti nak kemas, so bilik aku kemas hanyalah
sebelum tidur, dan malam, siang siang, mcm tongkang pecah.
lagi pun, Sunnah kan, kemas tempat tidur, tarik cadar,
bersihkan katil sebelum tidur, lagi lagi bila dah kahwin kan.
bagi suami tidur dengan selesa.ngeh3~

Tak boleh tengok benda pelik

aku jugak tak boleh tengok benda pelik,
contoh paling teruk, masa aku mengandung lah,
dalam air sirap bungkus tu, ada sebutir nasi dlm air,
aku trus nak muntah, aku suruh buang air tu,
mmg tak boleh minum, nk tengok apatah lagi,
and till now, kalau benda pelik, aku tak leh makan,
kalu makan kat kedai, kedai tu pinggan x bersih,
sudu tak bersih, hah, sekali tu jelah aku makan,
atau pun mmg tak makan, mintak maaf lah yek,
aku mmg tak boleh.suami aku faham sangat dah,
aku bukan berlagak, tapi mmg aku tak boleh,
huaaaa.dan benda ni menurun pada Princess,
benda pelik, benda ada bau, benda yang tak biasa,
dia takkan makan, kecuali kalau kita makan,
tapi tak jugak, ada jugak benda dia tolak.
tapi bukan choosy lah.


OCD boleh dirawat

aku rasa aku bukan OCD, aku lebih kepad berhati hati,
dan kalau korang nak tau, aku x suka makan dlm gelap,
setengah orang suka kan mkn bawah pokok,
dalam gelap, tapi aku suka makan bawah lampu,
tempat terang terang, supaya aku boleh nampak isi dalam
makanan aku.hahahaha.sabar jelah kan.

dan OCD ni boleh dirawat, satu, kena percaya pada diri,
dan kedua, Fear factor, hadapi ketakutan tu, jgn diikutkan perasaan.
okay? boleh cuba??? ok good. sekian sedikit info malam malam.
hehehe.bai.

JOM TIDO! baru lepas menyapu ni.hehehe



9 comments:

Fendi Rocka said...

senang nak buat kau mengamuk ni.
ni bermain dgn psikologi, tu yg mat saleh ckp ignorance is bliss

Lynda Che Lah said...

hehe..
penyakit ye tu..
ahaha..
akak klu nampak sebutir nasi dlm sup ke..dalam air ke..terus tak lalu..
even klu dalam nasi goreng ada sehelai mee atau bihun pun boleh jd tak lalu..
makan kat kedai kalau pinggan minyak sikit sbb tak bersih pun tak lalu..mmg tak pegi lagi lah tu..

kat rumah..stress tgk rambut ngan semut kecik-kecik atas lantai..habuk pun..
kdg tak pakai penyapu pun..bersih pakai tangan sbb macam puas hati..
hubby pelik tp dah biasa..kdg dia bg penyapu tp gigih gak sapu habuk pakai tisu..
sakit ke tu? ahaha

ewento marcello said...

penyakit yang paling banyak sekali ialah susah jadi pembersih.....huhuuu

Julia Johari said...

Bagus amalkan amalan kebersihan rara, good job rara...tak apa julia rasa its normal tu...baik cenggitu dari tabiat tak bersih...

Cik Siti Hajar said...

saya pulak paling malas nak mengemas..
hahahaha..

belum kawin dah malas..
esok dah kawin x tau lah kak..

Mar Mansor said...

OIC

Yaya Azura said...

pembersih dan rajin.. tu normal..awak sihat rara..jgn bimbang ek..hihi

yoorin melacolea said...

apa dia nama penyakit malas maha hebat? hahaha..paling malas lipat kain.. sobbbsss.. siap ada 1 bilik khas untuk kain baju longgok2 macam kat pasar lagi tauu...

Cikgu Norazimah said...

mcm stres jer kalau ada penyakit ni..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...