20 May 2015

Surirumah VS Working Moms

Tetiba hati aku kata :

" apa kata kau berenti kerja, kau jadi SuriRumah, dan Fully berkerja dari rumah, kau boleh buat semua benda yang ko suka, ko boleh baking 24/7, ko boleh bisness apa saja, ko boleh jaga anak ko sendiri, depan mata "

tapi tetiba hati kecil berkata lagi :

" boleh ke kau handle anak kau? boleh ke kau 24jam mengadap anak ko? kena hantar dia pergi school, balik rumah kena masak, basuh kain, sidai kain, kemas rumah, bisness, baking, kau boleh ke? kau boleh ke x berjimba jiimba cuci mata waktu rehat hari Jumaat, kau boleh ke 24/7 duduk dalam rumah? tak bercakap dengan org? "

AHAHAHA, pelik betul dengan kata hati aku ni, suka menjadi konflik dalaman, lepas tu stress sorg sorg.hahaha, kelakar, tapi buat masa ni, nak jd surirumah, masih belum kot, dan aku salute dengan semua surirumah dan juga ada bisness sendiri.TABIK! - Status FB

Working + Baker

Kehidupan aku kini dah tak mcm orang lain,
aku adalah partime baker, ecewahhh~
Isnin sampai Jumaat aku berkerja 8-5,
dan sampai rumah around 6-7pm,
aku adalah baker, bukan baker hebat pon!
hanya jual pavlova je, itu pon tak menang tangan,
Alhamdulillah.

kadang kadang, aku pernah bake pavlova sampai 3 - 4 am,
pernah jugak tidur pukul 1am, then bangun balik jam 5 untuk
buat topping pavlova pulak, pernah dlm seminggu aku tidur hanya
3 - 4 jam je, hanya aku, suami dan family je tahu,
mil aku selalu lah jadi mangsa, 3 4 pagi masih dengar bunyi mixer,
hahahaha.kesian dia, nasib lah MIL aku cool jek!

aku buat ni semua kerana minat,
cinta aku yang mendalam dengan Pavlova,
tambah suka bila org puji pavlova aku,
mmg berbunga bunga hati, penat pun hilang.
pernah jugak masa tu suami aku demam,
jam 3am aku baru siap buat pavlova,
4am suami aku ajak pergi hospital, sbb tak larat sgt,
ko rasa masa tu takkan aku nk tolak kan,
aku bawak jugak suami aku pergi hospital,
suami aku sampai kesian sgt kat aku,
tapi aku relax je, asalkan dpt jalankan tanggungjawap.

Full Housewife

pernah jugak suami aku kata,
kalau syg dah kaya nanti, eb tak yah kerja,
eb duk rumah jaga anak and buat Pavlova.
hahahaha.aku masa tu mesti lah suka,
aku selalu doakan suami aku cepat kaya hahaha!
AMIN! tapi bila fikir fikir balik,
mampu ke aku jadi FULLY HOUSEWIFE,
errrrrrrrrrrrrrrr, hati kecil aku berkata lagi,
boleh ke kau?!

ko jangan ingat kalau dah jd housewife nanti,
ko boleh suka suka goyang kaki bangun tidur lambat,
bila jadi housewife, lagik lah ko kena bangun sebelum subuh,
sbb nk siapkan makan minum anak dan suami,
lepas tu hantar anak pergi sekolah,
balik tu kena pergi pasar, masak, memcuci,
then amik anak, hantar pulak g tuisyen,
dalam masa yg sama dok kelek anak kiri kanan,
tudung senget benget, mata lebam!
errrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrhhhhhhhhhhhhhh!
tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! " mimpi ngeri "
hahahaha.

TAPI, ada je yang cakap, tidak lah sesukar yang di sangka,
ada jugak yang best, ada jugak yang tak best nya,
anak depan mata 24jam, of course lah happy kan,
dpt bg anak makan makananan berkhasiat hari2,
kompom bahagia, bg suami makan air tangan kita,
seronoknyaaaa~ sambut suami depan pintu masa dia balik kerja,
arrrghhhh~ banyak sgt tgk drama melayu ko ni!
hahaha.

Moga dipermudahkan

tapi untuk masa yang terdekat ni,
biar lah, aku rasa masih belum lg masanya aku berhenti kerja,
banyak lagi benda yang kami masih belum capai,
insyaAllah satu hari nanti, mmg ramai bukti kawan kawan aku,
hanya jd housewife, boleh je hidup mewah,
senang, tapi kena betul betul cekal lah,
24jam menghadap anak, ko xde masa nk pakai baju lawa lawa,
ko xleh suka suka nak tempah baju kurung tiap tiap bulan,
dan ko x merasa nk berjimba jimba dgn kwn pada hari Jumaat,
ko xde masa nk g Jalan kat Jalan TAR, hahahaha.
dan paling tak best! tak leh nk berborak,
hari hari borak dengan anak, mcm mana nk gossips ni,
ehhh~ hehehe.

disudut hati kecil aku, aku mmg tabik lah korang yg surirumah,
aku x tahu dah bape kali aku ulang ayat ni,
tapi aku mmg tabik, dan aku? boleh x aku nak mintak masa
34 jam sehari.hahahaha, 24jam untuk aku x cukupppp! hahaha.



AND bg sesiapa yg area IPOH, nak order Pavlova,
boleh Whatsapp 019.477.4240 yek,
slot masih dibuka, 5Jun2015 ni aku balik Ipoh,
WASAP ONLY yek! jgn nk call lak.haha.

ok bai! ♥

15 comments:

Zila Mahadi said...

InshaAllah ra, boleh! Memula mmg bosan.. sbb belum biasakan diri kan. Tapi lama2 nnti, tak sempat rasa bosan pun. Walaupun anak depan mata, kadang2 tak sempat pun nak belek, nak layan anak 3,4 jam. Sibuk uruskan itu ini. Percayalaaaahhhhh.....

hehehehe

Amirrah Othman said...

Mula-mula mmg rasa xmampu tp insha Allah dpermudahkan.. lg seronok jga anak sendri walaupon anak byk ragam.. :)

yoorin melacolea said...

erkss..samalah rara.. belom bersedia untuk berhenti kerja.. kengkadang macam nak jadi fully housewife.. kengkadang rasa macam erk? mampooo ke???

sue sue said...

WAHM ni mmg kene kuat, hebat & tabah more than working mummy..ini cita2 kebanyakan mak zaman sekarang la kot..hihi..nak anak2 membesar depan mata





Nak free vitamin tak?
Jemput singgah ke blog saya:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/free-vitalea-untuk-ahli-baru-shaklee.html

Fendi Rocka said...

biasa kalau duduk rumah lama2...perangai meroyan makin kuat,suami jugak jadi mangsa.so, kalaulah jadi suri rumah, joinlah kelab-kelab yg berseuaian, cth kelab berjogging di petg hari, kelab baju kurung moden, kelab dangdut dan lain2

Allene typicalmommy said...

aku plan nak duduk rumah running business ayam pandan dn lain2 bila anak2 dah sekolah ra... so, xde la stress hr2 jadi tarzan

Inani Hazwani said...

Sedapnyaaa pavlova. Ihiksss. Selagi kita bekerja boleh stabilkan dengan rumah tangga tak dek masalah rasanya jadi ibu bekerjaya :D

Diana Rashid said...

Boleh je Rara...akak tengok ramai baker sepenuh masa yang kaya tau..Tentang anak tu nak risau apa..Rara kan ada Mil dok dekat,ipar,sekali sekala princess kena tinggal tak pe kot..hehehe..terus kan ushaa Ra..yang penting jangan sakit2..

Chekgu Azrine said...

All the best to u sis.1 day i nak order ur pavlova..

nadiah hanum said...

Tahniah rara...tahniah sbb sgt rasional dlm pemikiran...semua benda ada buruk baiknya...yg paling utama kita kena kenal siapa diri kita utk ambil sebarang keputusan...

SweetLikeWhat said...

cepat lah asri kaya!boleh aku duk rumah je jaga anak..haha

Ummul Azkee said...

suri rumah atau bekerja..kedua2nya ada kelebihan dan kekurangan..terpulang pada diri sendri..ikut kemampuan tenaga fizikal dan emosi...:)

bw dr housewifearts.blogspot.com

cikpuanputeri said...

aku nak order lepas pantang!

Liyana said...

beb. boleh cod kat menara tm ke? klu boleh nak gak try

mama tisya said...

dlu pernh gk partime buat cupcake tp vkend je tp dh stop sbb bz kj yg slalu outstation..actually buat suka2 je alih2 org nk order kn..pernh gk terpk utk fulltime house wife n buat baking2 sbb minat tp blum tiba lg masanye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...