28 May 2015

Tiada lagi lorong TUNAI di Lebuh Raya

Kad Touch And Go PERCUMA


Semalam, masa kami nak ke Shah Alam,
aku tanya Eida, berapa harga tol, sini da?
aku pon nk keluarkan lah tunai, lepas tu eida kata,
" eh eh tol sini dah xde lorong tunai, sume guna
smart tag atau touch and go " aku mcm ternganga,
ohhhh yekeeee, lah tak tau pulak, mmg aku ada dengar dengar
dan aku jugak pernah membebel kat suami aku,
kenapa lah org org yang menggunakan lorong tunai ni
tak nk guna touch and go kan, sbb TnG kan senang,
tak yah nk beratur lama, touch then blah, kalau ada smart tag
lagi bagus, tak yah bukak bukak tingkap,
nak beli kad Touch n Go pon kedekut eh korg ni! hahaha.

rupanya, skrg ni, kebanyakan lebuh raya dah tak de lorong tunai,
hah bagus lahhhh! tak de lah sesak sangat jalan,
aku pon google google lah info pasal ni,
so jumpa lah beberapa info yang boleh di gunakan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Noorizah Abd Hamid berkata pengguna lebuh raya boleh membeli kad Touch 'n' Go sedia berisi dengan nilai RM5 pada harga RM5 (kad adalah percuma) di setiap lorong tol di Mambau dan Lukut.

"Tambahan pula, orang awam boleh juga membeli SmarTAG secara tunai pada harga promosi RM104.95 (termasuk Cukai Barang dan Perkhidmatan) di Pusat Khidmat Pelanggan di Plaza Tol Seremban dan Senawang,"

PLUS Malaysia Bhd (PLUS) meluaskan promosi PLUSMiles Touch 'n Go dan SmartTAG berikutan pengumuman pelaksanaan kutipan tol secara elektronik sepenuhnya di Plaza Tol Mambau dan Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson mulai 1 Jun ini. 

tol tol yang Lembah Klang pon banyak yang
dah full menggukan lorong pembayaran elektronik ni kan,
dah xde tunai dah.

and bagi yang risau tak sempat nk topup tu,
jangan risau, nanti akan ada 1 lorong untuk topup,
sediakan je duitnya.aku rasa mmg patut semua Tol,
tak payah guna tunai.mmg senang!

kalau ada duit lebih, beli je Smart Tag.
okay! hehehe.

7 comments:

Inani Hazwani said...

Kalau tunai tu yang jalan jammed sebenarnya. Guna TNG mudah :D

Eka Tikah said...

kite pakai Touch 'n' Go je. senang sikit drp tunai. lorong tunai kene beratur panjang ><

DRAMATIC UNIQ said...

orang tua2 and orang2 kampung tak suka guna TnG..
diaorang tak reti sebenarnya... kesian kan...

tapi InsyaAllah slow-slow pandai lah tu nanti... :)

mama tisya said...

aritu pn terkena juga kt shah alam sbb lama tk lalu...lps tu die ckp tkde tunai dh

Lynda Che Lah said...

X juga Rara..
Akak hari-hari lalu tol sekitar Klang Shah Alam
Lorong TNG n Smart Tag selalu jammed sbb x dpt trace..
Sebelum implement elektronik..sila upgrade dulu sistem elektronik anda.
Tol Batu Tiga contohnya..
dalam sebulan beberapa kali black out..so bygkan jammed sbb semua takleh touch elektronik..tapi at the same time takde lorong tunai..
Mau aku tak amuk rasa nak langgar kete depan kete belakang..huhu
Dear PLUS..
sebelum implement pls study n upgrade..TQ

eima said...

alahai .... hmmmm

adianiez AIDA said...

elok la kot.
utk elak trafik jem kat tol.
aida da lama pakai smart tag.
mudah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...