25 May 2015

Tips menjaga GIGI anak

Cara Menjaga Gigi Susu Anak

Alhamdulillah, Princess pada umur setahun, setahun lebih gitu gigi dia dah penuh,
dia tumbuh gigi seawal 7 bulan kot x silap, masa tumbuh,
dia tumbuh sekali 2, 2 atas dan 2 bawah,
orang kata lagi, kalau anak yg tumbuh gigi awal ni,
rosaknya pun awal, payah nak jaga,renyah dan sebagainya,
aku mmg cuak gila lah, sbb aku tgk gigi ni aku fobia kalau tengok
gigi hitam.huaaaa.aku xde lah obses sangat pasal gigi Princess,
tapi mak mak kan, nak pulak anak dara, mst nak anak gigi lawa,
mcm Mak Naurah.hehehe. " hana, aku dh baca entry ko! "
aku nak cerita sedikit tentang pengalaman aku lah,
apa yang doktor bgtau aku.

Princess pada asalnya payah sangat nk gosok gigi tau,
bila gigi dia dh penuh, aku lg lah risau tentang gigi dia,
dengan keadaan dia yg payah nk gosok,
aku selalu dlm toilet, mst berperang dgn dia,
dorg kata, ko pegang anak ko kuat kuat, then tenyeh gigi dia,
aku buat,jd singa aku buat, semua aku buat, hahaha.
tapi cara tu x tahan lama, hari2 meraung raung dalam toilet,
aku naik stress dan kesian kat dia, lepas 2 3 hari mcm tu,
aku mula terfikir, apa yang princess suka, apa yang boleh membuatkan
dia tak nangis nangis dan willing sendiri untuk gosok gigi,
sebenarnya salah aku jugak dulu, seawal 7 bulan masa dia ada gigi,
aku " jarang " ajar dia berus gigi, aku gosok bila ingat je,
so dia x biasa dengan " gosok gigi " then bila dia dh besar,
baru nk mula, mmg agak payah lah kan.

Pujuk dan Puji

Perangai Princess, dia suka kalau kita puji dia,
apa apa kita nk suruh dia buat, kita kena puji,
aku rasa semua budak pun suka benda tu kan,
bila kita paksa, dorg tak nak buat, takkan buat,
tapi kalau kita puji, kita cakap baik baik,
puji dia, then apa orang kata, buat ayat psycho,
baru dia akan ok, dekat taska princess,
princess suka kawan dengan kakak Amani,
kakak amani tu gigi dia cantik, aku hari hari cakap,
" princess nk gigi cantik mcm kakak Amani tak ? "
lepas tu dia angguk, terus dia willing nk gosok sendiri dan
bg aku gosokkan gigi dia, dan dia cakap jugak,
" nak gigi cantik mcm ibuu, sama mcm ibuu "
alahaiii, terharu makkk, kenapa lah sebelum ni mak
tak guna cara lembut lembut gini.hehehe.

dan the part yang paling best,
dia paling suka bila dengar DOKTOR yang cakap,
haritu kami bawak dia g klinik untuk cek demam,
then aku tanya kan skali kat doktor,
kenapa gigi dia ada " karies " sikit,
then doktor terangkan bla bla bla,
then doktor cakap sikit je,
" kakak kena rajin gosok gigi tau,
jangan minum susu tgh malam "
hah kauuu! hari hari and till now dia repeat je ayat tu,
ahahahaha.

Jangan beri anak susu di tengah malam

Walaupun gigi princess sihat, tapi now, mcm dah nak ada karies tau,
karies tu mcm ada coklat coklat tepi gigi, tapi sikit sangat,
dia mcm baru nak jadi, doktor kata tu disebabkan Princess minum susu,
aku sebelum ni, kalau dia merengek tengah malam, aku akan sumbat susu,
hahaha.kijam! dia jadi mcm dah terbiasa, SO! bila sumbat susu tengah malam,
tak guna lah gosok gigi sebelum tidur pon, sbb lepas tu susu akan
makan jugak gigi dia, so doc kata, jangan bagi susu,
bagi air masak je, kena jadi KEJAM sikit,
sebelum tidur, bg dia minum susu puas puas.
dan tengah malam, kalau dia haus, dia mintak air masak je,
dan skrg ni kdg2 tak mintak dah, tidur lena ibuu sampai pagi.
hehehe

sehari dua mmg payah lah,
tapi aku asek repeat " princess, doktor ckp apa? "
then nanti dia cakap lah " doktor kata jgn minum susu lepas gosok gigi "
so sebelum nak gosok gigi, aku bg dia minum susu dulu,
then baru ajak gosok gigi, dia pon mcm dh redha je,
kdg kdg dia cakap, " ibuu, kakak tak nak gosok gigi lah, kakak pinat "
hahahaha.melampau kan, tak kira, aku heret gak! hahaha.
aku cakap kat dia, " kakak berdiri je, ibuu gosokkan, ok! "
hahaha.



so far anak ni mmg senang lah mendengar cakap,
cuma kita je kena pandai pujuk dia kan.
mcm kita jugak lah, kalau suami pandai pujuk,
mula lah melintuk liuk.hehehehe.
dan dr umur princess setahun lebih, masa gigi dia dh penuh,
aku dah beli Tooth Mouse kat dia,
mula mula beli, gigil gak lah.sbb Tooth Mouse ni kecik je,
rm75, tapi demi gigi anak, daku belikan jugak,hehehe.
lepas gosok gigi terus pakai ni, dan jgn bg minum susu selama
30minit tau.lepas tu baru bg minum.

Princess masih belum jumpa dentist lagi, sepatutnya umur setahun kena g
jumpa dentis kan, tapi hmmm mak pak ni sume nebes, so tak bawak,
hahaha.insyaAllah nanti nanti aku akan bawak dia,
sbb kat Taska dia pon mmg doktor gigi selalu datang,
ada record gigi dia.

haritu, aku saja nk uji princess, masa tu dia dah gosok gigi,
aku hulur buah kat dia, aku tanya lah " Princess nak buah tak? "
lepas tu tau x dia cakap apa, " tak nak lah ibuu, kakak dah gosok gigi "
huaaaa nak jatuh rahang aku dengar apa yang dia cakap,
mcm tak percaya.hehehehe.tahniah anak ibuu,
semoga membesar dengan bijak tau! hehehe.
lepas ni leh ganti Fazura untuk iklan Colgate.hehehe.

#lepas ni sesi menunggu gigi kekal pulak


8 comments:

KiD said...

waaaahhh... awalnya tumbuh gigi...
saya nak gosok gigi pakai arang dan sabut lah.. :)

Dila Gebu said...

hooo dugro

Fendi Rocka said...

wah..lulus ujian ketahanan

ahkak gojes said...

KG ajar anak berus gigi dr kecik tak de la perang2..KG cuma x kenalkan anak2 dgn gula2, aiskrim, keropok dan makanan2 yg memang merosakkn gg anak2 kecil. Sehingga lah umur nak masuk4 tahun baru la dorang kenal sendiri makanan tu..masa tu dorang dah tau berus gg...gg pun tumbuh dgn cantik..xde masalah sakit gg masa kecik...

aswaleyla said...

omey nye princess dye... gigi dye pon lawa

DRAMATIC UNIQ said...

bijak pincess ni... :)

baguss..baguss.. jaga gigi dari kechik, baru lah leh jimat duit ibu tak payah nk gi dentist je selalu... hahahahahaa...

Diana Rashid said...

Mikhail paling senang ajar gosok gigi .bagi je lepas tu gosok gigi sama2 depan dia..mesti dia ikut..kita gosok tepi dia ikut sama..hahah...tapi karies tu memang ada la sebab menyusu malam..ada kat tepi ..sebatang tu je..setakat ni dah 3 kali check gigi.Mikhail checkup bulan2 kat klinik kesihatan jadi memang dia dah ada tempoh2 tertentu untuk check gigi jadi ibu ayah yang dah tua ni tak de la lupa je memanjang..hahah

Allene typicalmommy said...

uhhuhu cantik gg incess

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...