20 June 2015

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Dulu dan Kini

Masakan Melayu Asli


16 Jun yang lalu, aku bersama rakan blogger yang lain,
sempat ke Restoran Dulu dan Kini
untuk bersama sama ke majlis Pra-Pelancaran Restoran tersebut.
Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC baru saja beroperasi pada 1 Jun 2015
yang lalu, Restoran Dulu dan Kini terletak di tengah tengah KL di Kampus Putra
Wisma Sachdev yang membawa masakan Melayu Asli.
Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC merupakan usahasama antara
Kumpulan Cosmopoint dan Malai Food Industries.
Ianya dibuka kepada semua pelajar dan orang awam.
Nama ‘Restoran Dulu dan Kini @KLMUC’ diambil bersempena
dengan suasana restoran yang dihiasi gambar-gambar lama
berlatarbelakang di tengah –tengah bandaraya
Kuala Lumpur serta kepesatannya pada masa kini

Bersempena dengan perasmian pembukaan awal restoran,
tetamu media berpeluang menjamu selera dengan sajian juadah tradisi
Melayu seperti Ubi Kayu bersama Sambal Ikan Tamban, Pengat Durian
serta Asam Pedas Tulang Rawan Kacang Hijau.

Hidangan tersebut mencerminkan keindahan masakan Melayu yang mengagumkan.
Juadah tersebut bakal menjadi sebahagian daripada hidangan
bufet Ramadan yang bermula pada 18 Jun sehingga akhir bulan puasa
dan ianya dibuka kepada semua pelajar, kakitangan dan orang awam.

Satu je yang aku nak beritahu! makanan kat SINI mmg sangat sangat sedap!
ini serius tak tipu! aku nasiblah tak buruk lantak, kalau tak, habis semua aku sebat,
hahahaha.mmg sedap sangat! alahaiiiiiiiiiiiiiii~
Jom aku belanja gambar makanan.

Kambing panggang

Sambal Tumis petai
Sambal tumis petai yang paling terbaik!
Sotong ni sedap yang hamat!



daging dendengggg! huaaaa nangis!



Aneka Jenis Kerabu!














Menu Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Dulu dan Kini


Aneka Lauk Tradisi 

- Ayam Masak Lemak Rebung
- Ikan Patin Masak Tempoyak
- Asam Pedas Tulang Rawan Kacang Hijau
- Daging Dendeng
- Asam Rebus Nanas Dengan Ikan Masin

Aneka Lauk Kini 

- Tafu Lembut Kukus
- Sambal Udang Petai
- Sotong Masak Kicap
- Sayur Campur
- Kari Ayam Ubi Kentang


Sup

- Sup Campuran (Daun Sup & Bawang Goreng)

Aneka Lauk Sampingan

- Aneka Ikan Masin
- Aneka Telur
- Tempe
- Tahu
- Kerabu


Ulaman Kampung

- Aneka Ulaman
- Sambal Belacan
- Tempoyak
- Cencaluk
- Budu
- Sambal Gesek


Kaunter 1

- Kambing Panggang
- Lidah Panggang
- Ayam Panggang
- Air Asam
- Black Pepper Mushroom Sauce
- Percik Sauce
- Mint Sauce


Kaunter 2

- Roti Jala/ Pengat Durian
- Rebusan Tradisional (Ubi/ Pisang)
- Kelapa Gula/ Sambal
- Bubur Kacang Hijau
- Pulut Hitam
- Pengat Pisang


Kaunter 3

- Aneka Kuih Melayu
- Aneka Buah Tempatan
- Air


persembahan pelajar

Ruang yang Luas dan Selesa


Makan kat sini dah lah sedap! lepas tu selesa pulak tu, luas,
dan tidak kurang dengan itu, Restoran ini mengalu-alukan persembahan
daripada para pelajar, tarian moden kepada tarian tradisional selain
persembahan muzik akustik, di mana ianya mencerminkan inisiatif kepada
‘Aplikasi Dunia Nyata’. Pentas ini terbuka kepada artis di KL
yang ingin menonjolkan bakat mereka. hah kauuu! siap ada persembahan,
siap terhibur lagi! sape yang nk menonjolkan bakat! boleh dtg sini.hehehe.

Buffet Ramadhan Sedap
semua ni Ida yang makan! hahaha
#bloggerkakimakan
#bloggergila
#bloggerraksaksa
#bloggerbaikbaik
#bloggerkakiselfie

Ambuyat
Demo Pembuatan Ambuyat!
Chef Adu ( KLMUC Icon ) and Halim Othman ( lecture )
Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC

‘Restoran Dulu dan Kini @ KLMUC’ 
menghidangkan masakan tradisi Melayu dan untuk menu ala carte, 
harga serendah RM 5 dan RM 48 net / pax untuk bufet Ramadhan

Waktu Operasi :

jam 6 pm sehingga 9.30 pm
Alamat : 

tingkat bawah Blok A, Wisma Sachdev di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Untuk tempahan boleh hubungi : 

016-6806994 / 016-2502073 / 012-4238120

3 comments:

Lea IsNawi said...

banyaknyaaa menu

eima said...

menarik

Chekgu Azrine said...

serius akk berkenan giler makanan2 yang cmni..mostly fav akk..
huwaaa..kalau kira2 kepala semua pergi mau kopak jugak nih..
haihhhh!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...