17 June 2015

Buffet Ramadhan 2015 - Restoran Istana Bambu

Restoran Istana Bambu Buffet Ramadhan 2015


Kalau dah nama #bloggerkakimakan, #bloggerkakiselfie makanya,
selfie dan makan makan takkan lekang dari kami,
Ramadhan bakal menjelma, Restoran Istana Bambu tidak ketinggalan
untuk memeriahkan Ramadhan kita kali ni, dengan menyediakan
hidangan Buffet Ramadhan 2015 dengan hidangan yg best best!

Restoran Istana Bambu pada tahun ini membawa tema
" Indahnya Ramadhan " dengan Citarasa Nusantara,
yang MENARIKnya, Restoran Istana Bambu yg berkonsepkan
perkampungan buluh di tepi sawah padi dan suasana kampung, yang
memberi keunikan dan identiti tersendiri walaupun terletak
di pinggir kota KL ni.

masa aku datang sini, mmg aku teruja melihat suasana dia,
ni kami datang waktu siang, kalau malam, lagi cantik tauuuu!
mmg cozy sangat! sesuai untuk family atau pun berdua-duaan.
kihkih~

Harga Buffet Ramadhan Istana Bambu yang Berpatutan


Tahun ni mesti ramai yg risau kan harga buffet ramadhan akan tinggi
disebabkan GST lah segala kan, tapi jangan risau, Buffet Ramadhan 2015
untuk Istana Bambu ni, sangat berpatutan dan reasonable dengan makanan
yang disediakan ( 70 jenis juadah )

Buffet Ramadhan 2015 Restoran Istana Bambu ni boleh memuatkan
sehingga 600 tetamu dlm satu satu masa.

Buffet Ramadhan 2015 Istana Bambu bermula dari 19 Jun2015
sehingga 15 Julai 2015
, dan HARGA ialah RM52.45+ untuk DEWASA
dan RM26.75+ untuk kanak kanak berumur 
5tahun hingga 11tahun,
dan 4 tahun kebawah PERCUMA.
hehehe.so sape ada anak kecik,
jimat lagi.hehehe.
feeling sangat!
sementara Majlis start, kami jadi penyambut tetamu, artis dtg je kami ajak selfie.hahaha
Buffet Ramadhan
cozy sangat!
Buffet Ramadhan

Juadah Buffet Ramadhan Restoran Istana Bambu


ada pelbagai jenis makanan di Restoran Istana Bambu, dari masakan ala kampung
tradisional sampai lah ke masakan Cina, Thai, dan Wastern. Antara Juadah ISTIMEWA
ialah KAMBING GOLEK, Ayam Bakar Sunda, Patin Tempoyak, Asam Pedas Istimewa,
masak Lemak Daging Salai, dan mcm mcm lagi, ROTI JOHN
dia SEDAP SANGAT!

dan jangan risau kerana kemudahan SURAU dan Parkir yg LUAS disediakan,
so no worries ya! hehehe.












Makan sambil Bersila


Seronok sangat Restoran Istana Bambu ni kan, sbb korang boleh je bersila,
makan santai santai mcm kat rumah tau, bersila kat gazebo gazebo yg ada,
kalau malas nk bersila sbb susah nak bangun, boleh je duduk makan
dengan selesa dibahagian Dewan atau Taman.


#bloggerkakimakan
#bloggerkakiselfie
#kelabbloggerbenashaari
#bloggerkakigelak
#bloggersenanghati
sila search hashtag ni di IG ye.
kihkihkih!




Waktu Beroperasi Buffet Ramadhan 2015 Restoran Istana Bambu


Restoran Istana Bambu akan dibuka pada jam 6pm - 10pm,
dan sesiapa yang nak berbuka di Restoran Istana Bambu ni,
korang kalau boleh, PERLU booking awal tau! risau full.
Restoran Istana Bambu juga membuka TEMPAHAN untuk
Majlis Hari Raya, Resepsi Perkahwinan, Jamuan Korporat Majlis
Hari Jadi dan lain lain lagi, pakej makan bermula dari RM19 saja.

www.istanabambu.com.my

Alamat Restaurant Istana Bambu

Lot 841-842, MRR2 Jalan Ampang Ulu Kelang,
68000 Ampang, Selangor.

Pengurus Restaurant Istana Bambu:
Puan Aida - 012 2497 142

Bahagian Pengurusan: 03-4251 4717 / 03 42524718 / 
Bahagian Jualan: 018-3749 920

Email: info@istanabambu.com.my

5 comments:

Puteri Beribiru said...

pernah lah dengar orang kata Istana Bambu ni best makanan dia tapi belum berkesempatan pergi try sendiri lagi..
huhu
by the way, kerabu sotong tuuuuuuu...
tangis iteeee nengokkk

Nadia Johari said...

Menarik tempatnya..nak buka puasa pun best

eima said...

menarik tapi kami tak suka bufet

dalila said...

cantik tmpt die..buffet pun muraaahh..tempat lain dh 80++ dh..

Bambu Souvenir said...

Menarik...

Bambu banyak memberikan manfaat, maka ada peribahasa (Indonesia) "Serumpun Bambu Sejuta Manfaat".


Salam #Bambu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...