27 June 2015

#cabaran20hari Apa Erti Puasa Pada Anda

Erti Puasa


Kalau dulu masa sekolah sekolah, bila cikgu tanya, apa erti puasa? Jawap kami, menahan lapar dan dahaga. Itu jelah jawapan tiap tiap tahun, tapi bila dah semakin besar, semakin mengenal hal dunia, erti puasa bukan saja menahan lapar dan dahaga, tapi banyak lagi pengertian lain, banyak lagi perkara dan amalan yang baik baik yang perlu kita rebutkan sewaktu di Bulan Ramadhan ini.

Bila menyebut sahaja Puasa, Raya pasti dalam ingatan, buat kita yg diberi peluang untuk meraikan bulan puasa ni, marilah kita rebut kelebihan ini, tidak susah sebenarnya, cuma nak mula tu yang payah, betul tak? Pada bulan puasa ni lah kita nak lebih lebihkan sikit amalan, lebihkan solat sunat, lebihkan doa, lebihkan zikir, lebihkan bersedekah, aku masih melatih diri aku melakukan benda benda ni, selalu cuba memberikan yg terbaik, mencari bekalan di Sana nanti.


Menahan Lapar dan Dahaga


Perkara yang paling aku sedih bila berpuasa adalah apabila perut aku lapar dan berkeroncong, aku jadi sedih bila memikirkan mereka yg tidak makan dan minum selama berhari hari, tp masih boleh survive, aku ni, yg baru tak makan separuh hari, dah craving mcm mcm, kalau pergi bazar tu, semua benda aku nak, bila aku fikir ttg mereka, terus hilang lapar aku, dan skrg ni aku rasa, aku dah boleh control nafsu mata aku, kalau pergi bazar, beli seketul 2 je kuih, kalau craving sgt baru beli, jimat sikit, membazir kan amalan syaitonnnn! Hehehe.

Puasa untuk Kurus?


Aku pernah nampak 1 picture dorg share di FB, katanya, niat kita jika berpuasa untuk KURUS, hukumnya berdosa, hmm pada aku, kita berpuasa tidak lah berniat untuk kurus, jika kurus, ia adalah bonus buat kita, Alhamdulillah, kesahihannya pun aku x pasti lah, kena tanya ustaz lah mcm ni. tp aku rasa, susah nak kurus, sbb bila bukak puasa je, bedal segala benda manis, mcm mana nk kurusss.hehehe

Amalan yang perlu diamalkan semasa Bulan Ramadhan


Bukan saja mental je kena kuat sewaktu bulan puasa ni, fizikal pun kena kuat, benda yang aku paling mahu berubah tahun ni ialah, melatih fizikal aku, melatih utk buat amalan amalan yg baik baik, #akubukanustajah tp aku ingin memperbaiki diri aku. Takut, takut bila memikirkan, bila bila masa je kita boleh pergi. Sobs.

Cakap yang baik baik, pakai pakaian yg baik baik, menutup aurat, berbuat baik pada orang lain, perbanyakkan solat dan menderma, insyaAllah, ada ganjaran buat kita. Percayalah.


Kejayaan selepas Puasa


Erti berpuasa bg aku lagi ialah RAYA! HEHEHE. Kejayaan berpuasa sepanjang bulan ramadhan adalah Raya, arwah opah aku dulu, hari terakhir Ramadhan, dia mesti sedih, dia kata, berjaya jugak kita habiskan ramadhan yooo, berjayo dah kito.hehe. ( opah aku org rawa ) tu lah perkara paling nikmat, bila dengar takbir tu, Allahuakbar, sedih sangat. Tapi syukurrr. 


Sekian sedikit sebanyak erti puasa buat aku, banyakkan sabar, teguhkan Iman, bukan Imann Sophea ye, hehehe. Tp Iman di dada, improve diri dari hari ke hari, bukan untuk menunjuk kepada manusia, tapi untuk ditunjukkan kepada Allah swt. Semoga urusan kita dipermudahkan ye, amin.

Eh sape nak join #cabaran20hari ni, jom lah! Buat 1 entry, mesti best! Boleh baca entry korang pulak.hehehe. esok! Next cabaran pulak, tungguuuuuuu.


6 comments:

Bunda a.k.a KN said...

Zaman budak2 dulu bila masuk bulan puasa memang tak teruja sangat.....sebab bayangan penat, lapar,dahaga dah terset dalam minda...
Kot ada yang seronok pun nila ada cabbaran 1 jari 1 ringgit jika puasa habis kepetang...tu jer...

Belum pandai nilaikan dosa pahala...kelebihan2 dan syafaatnya orang yang berpuasa ..... Bila hampir nak raya....memang tu jerlah ditunggu2....seronok dapat duit raya...haha nostalgia betul...

irra yyan said...

Dulu kita pon tunggu nk raya.. Hehehe dh jadi mak mak lain dah..selamat berpuasa :)

DRAMATIC UNIQ said...

seronok baca entry Rara kali ni..
syabas.... :)

baby comel said...

Selamat berpuasa!
Perasaan puasa bila dah besar ni lain sungguh. Dulu budak2 yg tau puasa ni penat lapar dan haus je. At the end nak duit raya. La ni, dah jadi mak2 ni hurrmm rasa indah plk puasa ni kan.

Ena said...

selamat berpuasa rara

Ena said...

singgah follow #2346

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...