11 June 2015

3g Internet cukup ke???

Celcom First Basic 38


aku pengguna Celcom dari dulu lagi,
sebab apa? aku tak suka Maxis atau Digi atau jugak Umobile,
sbb menipu, Maxis sah sah mmg putar belit aku,
menyampah, Digi pulak dia cakap,
" i will always follow u " but! choiii!
idaknya follow selalu, hampeh je,
masuk pendalaman sikit, xde line,
so aku x berminat, tahun 2010 aku dh start
pakai Celcom, aku pakai Line, " postpaid ".
masa aku kerja dulu, boleh lah berlagak pakai postpaid,
pakai line, byr tiap tiap bulan, sbb dh bergaji,
masa belajar, mana mampu, pakai lah topup,
topup rm3, rm5, sedeh weiii! hahaha.
masa mula mula aku pakai Celcom line dulu,
aku pakai 5+1, masa tu aku main,
boypreng aku sub, amik number couple,
kengkonon romantik lahhh! hahaha.
aku amik 5+1 tu sbb call boypreng free,
msg pong free, yelah, masa tu jauh kan,
so kena lah call call selalu.hehehehe.
#boypreng skrg dah jadik suami dah.hehehe.

Service Provider paling baik


bagi aku, Celcom adalah service provider paling best setakat ini,
sbb tak menipu customers, dan line kebanyakan semua tempat dia ada,
KECUALI kawasan rumah aku, ntah kenapa xde line kat situ,
tapi takpe, kat rumah guna WIFI.hehehe. dan so far,
kalau aku ke tempat lain, line pasti ada, insyaAllah lah.
hehehehe.

Celcom Internet 3g RM38


masa aku pakai pakage 5+1 tu, aku sebagai main,
kena bayar sewa rm50, andai kata aku pakai ke tidak line tu,
aku call org ke tak, aku KENA bayar rm50,
dan itu takde internet tau! dan untuk tambah internet,
aku kena tambah rm38 untuk 1g ke internet.
tp bulan bulan, aku akan bayar lebih kurang rm100,
hmmmm, bg aku banyak gak tu, DAN kalau internet tak cukup,
aku tambah lg 1g, tambah duit lagi! huaaaa.

lepas tu aku rasa mcm tak boleh jadi,
aku pon call celcom, nk tanya apekah PLAN lain yg boleh aku beli,
RUPANYAAA! pakej 5+1 ni org dah tak pakai dah wei!
hish! geram aku, budak tu kata, " org dah tak pakai dah pakej tu kak "
" org skrg pakai pakej yg RM38 3g internet kak "

terkejut berok aku, hahahaha.tapi nak buat cm ne,
aku baru je bayar bil, nk xnk aku kena tunggu next monthnya
utk tukar Plan.

so harini, kami ke Celcom, ada jugak yg kata,
kalau nk tukar Plan, nombor skrg yg kita pakai ni,
dah tak boleh guna, huaaaaa~ kalau tak boleh guna,
susah lah kan, customers semua dah tau number ni,
nasib lah BOLEH je guna nombor lama, boleh je tukar Plan,
sekejap je dia buat, janji bayar bils yg lama,
then activate plan yg baru.

kelebihan Celcom First 38


- just bayar rm38 untuk 3g
- internet yg boleh carry forward
- 50minit free call, 50sms ke semua network
- 15sen untuk panggilan dan sms ke semua network.

so lepas ni, aku just bayar rm38 saje kalau aku x call org luar,
lepas ni kena less kan bergayut dengan mak lah,
hahaha.kalau nk ckp, guna je voice note kat whatsapps tu
hehehe.habis cerita.

so korang! boleh lah bertukar, tak payah pakai plan yg mahal mahal,
rugi tau, dan plan ni takde contract.hehehe.
ok sekian review~ bai!

first 38


13 comments:

Chekgu Azrine said...

Alahai...ank akk punya hp line celcom jgk sllu line xd internet.byr rm58 plak bulan2..cettt...akk pakai digi 6g tp 148 la bulanan dia..uhuk

kisah earty said...

betol betol..sekarang pakai celcom 1g je, dah abes kuota pon still boleh online..

titan said...

masih kekal pakai celcom hingga hari ini.

hoho..

Dkna Abza said...

cukup untuk update blog 3x sehari hahahaa

AnneRaini said...

akak pon dah lama tukar plan 50 tu kpda prepaid 38 tu je. sbb dah kawen so dah xbergayut dgn boipren lg. pakai prepaid, kredit pon berlambak.. sbb jrg call.

p/s: akak pernah keje maxis, mmg byk plan die yg ade hidden charges.

Fendi Rocka said...

3g tu 3 gig lah kan?

banyak jugak..not bad

teana said...

aku guna Celcom plan baru baru

Diana Rashid said...

Akak pun tak pakai semua tu...Akak pakai onexox..tapi no 012.sebab sayang no ni mak dah tau..malas nak tukar2 nanti dia pening nak ubah2 dalam telepon dia..jadi guna 012 ..tapi kan onexox ni under celcom jugak sebenarnya..cuma yang best internet laju berdesup..heeheh...

Nory Zoulkefle said...

mcm tak cukup je...huhu

yoorin melacolea said...

12 tahun dah setia dengan celcom.. ^_^

CikNaa said...

murah giler weh!

LaLa LaTiF said...

Ra, aku pun tgh pakai 5+1 lagi ni...
Sbb laki duk jauh...
Anak aku tu keje nye nak bergayut je ngn bapak dia...
Tunggu laki tukar sini dulu...
Baru tukar plan RM38 ni...
Kalau x, naye aku kena caj panggilan mahal2..

DRAMATIC UNIQ said...

Ooo..bukan utk new users je lah ekk...?? Menipu betul budak Celcom Batu Pahat tu.. nanti la aku jumpa lagi skali dia, aku luku2 kepala dia... haiiihhh...!! :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...