17 June 2015

Cerita cuti raya, balik kampung dan persiapan raya

Cuti Raya


Tahun ni awal betul bos aku mintak borang cuti raya,
siap bgtau, HARINI LAST ISI borang.hahahaha.hadehhh~
aku ni raya pon x decide lg, tapi tadi gamble je isi,
aku amik cuti 5hari, aduhhhh habis lah cuti.hahaha.
aku start cuti 15 Julai - 22 Julai 2015. hah lama kan?
sbb Raya kan jatuh hari Jumaat, so 2 hari sebelum raya
dah kena balik kampung, tahun ni aku beraya di Kelantan,
kena ikut suami, turn dia, so hari rabu akan balik Ipoh dulu,
Khamis pepagi tu balik Kelantan, huaaaaa jauhnya perjalanan,
takpe, jauh perjalanan, indah pemandangan, gittew~
Asalnya plan raya tahun ni kami nk g bercuti,
tapi disebabkan dapat rezeki beli rumah,
terpaksa tanggung kan percutian, hmmmm sedih juga lah,
tapi, takpelah, London x lari.kihkih.


Balik Kampung Ikut Giliran


siapa yang balik raya ikut giliran?
angkat kaki! eh eh, turun sikit, tinggi sgt tu! hahaha.
aku dari mula kawen, kami ikut giliran raya, mula mula sedih,
sbb x biasa beraya takde mak and papa, tapi lama lama ok je,
tapi lainnya suasana beraya tu sangat terasa lah,
di Negeri orang, lain adatnya kan.but fun sgt!
asalkan anak happy.

suami aku pun jenis x kisah, so aku pon kena lah relax relax je,
tak yah nk EMO sangat lah pasal kampung.hahaha.
semua benda leh bawak bincang.kalau majuk pon,
majuk majuk manja jewww.hahaha.

lepas raya ni kami banyak gila kenduri,
sampai ke bulan 9, seyes kenyang makan nasi minyak je.
hehehe.tapi xpe, nasi minyak aku suka.

Baju Raya


cuti dah apply, tapi baju raya satu hapah tak de lagi,
kesian princess, satu baju pon xde, kasut pun xde lagi,
next week ingat baru nk g Sogo ke, tak pon terjah jelah
H&M, senang, baju nk pakai pagi raya pon xde ni.
eh pening pulak kepala aku ni! hish! tak dapat lah nk
sedondon dondon dengan Princess, hmmm.
nak beli yang Pop Look tu mcm x lawa je.
tengok lah macam mana.

korang punya persiapan mcm mana?
masa cepat sgt berlalu kan, sok sok tengok dh keluar dah lagu raya,
heh tunguu lah aku, jgn laju sgt niiii!


12 comments:

::EIDA:: said...

Weii cuti pakai manual lagi? Hahahahhaa kita pakai hrmis okayyyyyy.. tak gaduh mintak cuti hari ni.. hahahaha sehari nk raya pon bolehh isi lagii hahhhahaha okbaii

Azlinda Azman said...

Salam Ramadhan

~ azlindaalin.com

Nurzakiah Hanum said...

wah seronoknya cuti lama

eima said...

hmmm ai mmg suka balik kg somi ... hehehe lagi besh ...kuikui

Mila Hilas said...

EH SM LAH BORANG CUTI KITE..HEHEHE

yoorin melacolea said...

saya! kena ikut giliran jugak walaupon 1 negeri lain daerah.. tp rasa perjalanan nak kerumah belah suami tu macam jauh je.. hahahaha.. raya dgn keluarga sendiri memg laa best..sama lah..1 hape pon x siap lg.. hehehe.. ni pon masih pikir nak makan apa sahur nanti.. LOL

Nadia Johari said...

penin gak dah kawin ni..hahaa

Diana Rashid said...

Lamanya cuti..nanti mula malas nak naik kerja tu..ahhaha...Oh..Lan orang kelantan ke?akak ingtkan dia asal ipoh jugak..tak de muka kelantan pun..(bajet cam muka kelantan ada budu kat pipi dia.hahhah)

HanNis SaNia said...

wah dah buat persiapan? hanis tak apply cuti pun lagik. tunggu dekat2 raya. hihi tapi nk cuti 2 minggu sebab selalu kt opis ni opis kosong n sunyi 2 minggu masa raya. :)

MizzTina said...

awal gile dh isi borang cuti..

SweetLikeWhat said...

baju raya kitorang semua dah siap ra..awal gila aku hantar jahit..takut tak siap haha

adianiez AIDA said...

wah! aida pun baru nak tgk diari ni hah.
tahun ni raya umah mak dulu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...