04 June 2015

Cerita Floria Putrajaya 2015

Floria Putrajaya 2015


Ini lah pertama kali aku ke Floria Putrajaya,
di Putrajaya ni, mcm mcm event ada, tapi nak dan xnk,
sempat dengan tak sempat je nak perginya.
mcm aku, sokmo busy, tak sempatnya memanjang.
hahahaha.tapi kali ni, kami anak beranak, gigih bangun awal,
sbb nk berjalan, tapi disebabkan sesat barat,
last last kul 3pm jugak baru sampai Floria.
sadis! dah baca entry lepas ke?
meh KLIK SINI

Harga Tiket Masuk Floria Putrajaya


Floria Putrajaya di adakan di Precint 4 Putrajaya,
tak susah pun nak mencari, ada banner banner di tepi tepi jalan,
masa kami sampai, cuaca panas gila, sekarang kan musim panas,
panas pulak panas yang terik gila, mmg terbakar kulit,
asalnya mcm tak sanggup, tapi laki aku ajak jugak turun,
park dah lah jauh, so menapak jugak lah.

Sampai sampai je sana, RUPANYA KENA BAYAR,
hahahaha.aku mati mati ingat FREE! woiiiiii cik Kiah,
kencing pon kena bayar, ni kan pulak nak masuk Floria,
hahahaha.ramai jugak yang mcm terkejut masa sampai tu,
pakcik pakcik, makcik makcik, aso aso, sume kata,
oooo kena bayar yaaaa.hahahaha.

so bg kita yang warganegara ni, tunjuk je myKad and MyKid,
dapat lah diskaun, Dewasa RM5, kanak kakak RM1,
tapi princess x kena pon bayar, dan Pelancong asing rm10,
hehehe.bagus, mahal mahal sket charge.hehehe.

tapi PANAS dia, bukan main! mmg seyes tak tahan,
masa menunggu nk beli tiket pon, mmg dh berpeluh peluh,
tiada khemah ye, ada pokok pokok je untuk berteduh.
masa nak masuk, korg kena lalu satu pak guard,
hahaha pak guard aku panggil, pon boleh lah!


Photographer Kenit


masa masuk je pintu utama,
aku teruja jugak lah, sbb mmg cantik,
aku dah nampak ada makcik makcik bawak balik berbondong bondong
beg plastik pokok, mst borong bunga lettew, hehehe.
beli pulak bunga orkid, mmg cantik cantik,
mcm pelesuuuu! tapi bunga betul tau,
kena pandai jaga ye makcikkk, kalau tak, habis mati semua pokok.

anak dara aku tak kurang jugak excitednya!
aku keluar je camera Samsung aku,
dia pon sebukkk! ibuu nak nak! hahaha.
adoiii mantiklah nakkk! dia lak nk snap pic,
habis semua dia snap, korang tengok lah gaya dia tu.
hahaha.ada mcm Pro tak! kak Leenda siap komen,
" mesti ibuu risau #camerahasilblogging tu jatuh kan? "
hahahaha mana tau niiiii! mmg betul ponnnn!
aku ni urut dadaaa jeee, mmg takut, hahahaha.
dan ko tau tak! dia boleh pulak tekan je lens zoom tu masuk
kedalam untuk tutup camera, mmg menjerit aku,
hahahaha.penat ibuu kumpul duit nak oiiii! hahaha.
tapi nasib lah dia berhati hati, dan papa berjaya
merembat kembali camera dari tangan dia,
tgk lah keletah dia tu,
dan hasil gambar yg princess snap,
cantik jugak! ehehehehe.good job anak!






pandai princess snap pic! hehehe.

Cuaca Panas Melampau


korang nak tau lg satu ceita, aku sampai Floria kan lebih kurang
kul 3 lebih, aku duk situ lebih kurang 30-40 minit gitu je,
sebabnyaaa! mmg tak tahan sangat! panas gila korang tau takkk!
bila panas ni, nak bergambar, nak senyum,
nk jalan jalan pon tak de mood tau,
Princess tu lagik lah, bila dia panas, berpeluh,
mula lah nk merengek, nk dukung je,
hmmmm hangen lah aku, nak snap pic pon dia taknak,
dah lah manusia ramai gila!

 


Snap pic, tapi ada orang lalu! tu perkara BIASA! BIASA ye! hahahaha


korang boleh tengok lah kat gambar,
mmg panas gilaaaa! seyes mmg panas,
nk bukak mata pon x boleh,
nk bergambar apatah lagik,
dan korang tau tak, masa kat kolam ikan ni,
anak dara aku tu, dia boleh nangis nangis nak bg ikan makan.
" ibuuu nak bg fish makannnn, nk bagi fish makannn "
sampai nangis terduduk duduk kat situ, bayang kan lahhh.



dekat Floria Putrajaya ni, dia ada bahagikan setiap kawasan dengan zon zon,
TAPI! aku x masuk pon! kami pusing je, ada rumah rumah like,
rumah terengganu, rumah negeri Sembilan, dan mcm mcm lagik,
tp kami serius lalu je, lepas tu nmpk tempat aircond, kami pon masuk,
sbb nk sejukkan badan kejap, tempat yg kami masuk tu,
aku tak tau apa benda, mcm pertandingan pertandingan gubahan bunga,
dan kami pon x tau point utk masuk situ sbb apa, tapi orang
dalam tu pon RAMAI GILA!
dan suami aku siap cakap " sini tempat eb bawak syg? " hahahaha
aku pon hanya membalas dengan senyuman,
hahaha, xtau nak cakap apa.

Spring and Winter Garden, Floria Putrajaya


ramai yang bercerita tentang Spring and Winter garden di Floria ni,
so aku pon nak lah masuk, suami aku pon ajak masuk,
tiket masuk hanya RM3 je, tapi memandangkan orang yang
beratur nak masuknya panjang kemahen! so kami batalkan hasrat,
princess pulak mengamuk tak tentu hala,
so kami terus balik, dan tak pergi dah section section lain,
rugi rm5, hahaha.ntah lah! geram pon ada sebenarnya,
tapi disebabkan panas, so mood semua ke laut,
tak tau mcm mana nk control.

sebenarnya boleh je kalau nak pergi waktu malam,
sbb Floria ni bukak sampai jam 12am kalau weekend,
tapi malam picture pulak tak cantik kan,
so terkubur lah hasrat pada tahun ni,
tak pelah, ada rejeki, tahun tahun depan kita masuk pulak ye,
tapi kena pergi pagi pagi.hehehe.

kalau masa bercinta dulu, hujan panas ku redah,
tapi bila dah ada anak ni, hmmmm fikir jugak lah 2 3 kali,
tak sanggup nak redah, kesian anak.hahaha.


China Malaysia Friendship Garden


so kami pun balik lah,
ini jelah gambar yang kami ada.hehehehe.
dan gambar yang aku paling suka adalah
gambar dekat depan garden ni,
China Malaysia Friendship Garden,
dalam garden ni mmg cantik,
korang akan rasa mcm korg betul betul ada kat China.
hehehe.

so sekian cerita aku, pada siapa yang nak pergi,
boleh pergi ye, Last Day Floria Putrajaya 2015 adalah
pada 7 Jun 2015
, aku kalau ikut hati, nak je pergi lg skali,
tapi disebabkan nak balik Ipoh, so tak jadi lah,
lain kali lah pulak.hehehe.

korang kalau nak pergi, bawak lah air masak ye,
sekurang kurang nya tak payah beli air,
berjimat cermat lah, kita kan mmg perlu berjimat.
hehehehe.ok lah, bai! ♥

17 comments:

Mama Kembar 3 said...

akak pun tak sempat nak pusing abih Floria tu sebab cuaca panas sangat si kembar keletihan ajak balik huhu

nuyui a.k.a miss YUI said...

nsb bek bawa payung..hihih.

KiD said...

orang dekat pun tak pegi.. hehehehe... panas.. dok depan tv.. syiokk

Chekgu Azrine said...

Macam nak pergi bwk anak2...tapi...hadoii..pk nk berpanas dgn dak aish..pk 44x kot.kakakaka

Puan Deeba said...

Bestnya.. nak pergi jugak tapi xde siapa nak bawak.. sodihnya..

Puan Deeba said...

Bestnya.. nak pergi jugak tapi takde siapa nak bawak.. sodihnya.. huhu.. by the way, salam perkenalan.. saya follow sini..

Nurzakiah Hanum said...

best kan

Cik Puan Mimi said...

Wei apsal aku mcm pegi tempat xde pon mcm ko pegi tu wei??? Aku masuk kot lain ke?? Hahaahah

Azlinda Azman said...

PHOTOGENIK ;)

syawalsimpsons said...

sue yang dekat ni pon tak sampai lagi ni...bila nak terjah ni

idzwa kamaruddin said...

rugi akak x singgah haritu :)

mas saari said...

kena repeat baru best.. mmg banyak tempat tak pusing lagi

Kakzakie said...

Ramai teman blogger dah update Floria Putrajaya ni.
Kakak cuma dpt tengok dari jauh jadilah..

AnneRaini said...

kami yg duk putrajaya ni pun xpergi.. mls nak bersesak2.

DRAMATIC UNIQ said...

amboiiii.. match baju ibu dengan pincess dengan camera baru.. eheemmm..!! heheheheee... :)

by the way, bakat snap picture tu turun dari siapa kalau bukan dari ibu dia jugak kannn..kannn... :)

SweetLikeWhat said...

comel gila ootd incess!

wei bukak pukul berapa..kena pergi pagi2 kalau gini..aku pun kalau panas mmg mood kelaut..cpt je jalan lansung tak feel kan

tahun depan aku nak merasa lah pergi..tempat nye best ha

RahimAim BudakPrihatin said...

Mak aih!!! Panjangnya cerita..tapi best... I Is Jelez Kak Rara pi sana. Setakat ni, Along, belum lagi ada peluang tuk ke sana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...