Image and video hosting by TinyPic

01 June 2015

Dari Klang ke Cyberjaya hingga ke Floria Putrajaya

Pavlova Delivery


jangan ingat Pizza Hut je ada delivery, Pavlova Rara pon ada delivery
tau! hahaha.so far paling jauh yang kami delivery adalah sampai ke Klang,
semalam, kami hantar Pavlova untuk Rafif, mak nya kata,
too mainstream kalau order kek, so meh order Pavlova, hehehe,
mimi risik risik suruh hantar seminggu sebelum, so aku risik risik
suami aku, boleh ke anta sampai Klang, laki aku pun senyum senyum je,
so kira proceed jelah! hehe. sampai Klang dlm pukul 11 lebih,
mak mimi pon x mandi lagi, lepas tu tanya aku,
" ko speed ke weh? " hahaha. mana ada speed, jalan x jem jeee.
hahaha.

Mak Mimi nak sambut Buffday Rafif yang ke 3 tahun lebih awal,
sbb nanti kan nk puasa.Happy Birthday in Advance Rafif,
aunty doakan Rafif menjadi anak yang soleh, bijak dan sihat selalu
ye sayang, jangan minyak Yellow Alligator tau! jenuh mak pak
kau nak mencariknya.hahaha.



Nasi Arab Sana'a Cyberjaya


lepas gerak dr rumah mak mimi, kami terus ke Cyberjaya,
sbb mulut ni mcm nak makan nasi arab, hehehe,
husband ikutkan saje, sbb dia mmg jenis x kisah,
ikut je tekak bini yang suka nk mkn mcm mcm ni,
sampai je kat Cyberjaya, kami ada satu masalah,
kami asal masuk Cyberjaya, mst sesat! aku xtau apa masalahnya,
tapi mmg sesat!!!! nak dekat sejam pusing pusing dlm tu,
mula mula ok je, malas nk bukak Waze,
lepas dah bersesat barat, so bukak jugak waze!
choiii gila! nasib aku x bakar je cyberjaya tu,
hahaha.padahal kami asek tersalah masuk simpang,

selfie dulu.

last last nak dekat 1pm baru sampai Sana'a Nasi Arab,
kenapa kami pilih sini? of course lah sbb sedap,
hehehe.kami suka pegi 2 tempat je, Sana'a and Saba je,
lain lain x minat.

sampai sampai je terus order, sbb dah lapar sangat,
Princess pon lapar gila, sbb kami mmg x breakfast.
so kebulur nak mampus lah.hahaha.

Sana'a Nasi Arab
Barbican Stoberi
Makloba Lamb
Makloba Lamb

Sanaa Nasi Arab chicken grill
Chicken Grill with rice

Kedai Nasi Arab Sedap Cyberjaya


Kalau nak cerita pasal sedap. mmg Sana'a Nasi Arab ni sedap,
lagi satu, kelebihan Kedai Nasi Arab Sana'a ni adalah bersih.
aku boleh puji lah kebersihan perkerja dia,
semalam masa kami nk mintak apa apa,
pekerja dia yg tengah kutip kutip pinggan kotor,
mesti basuh dulu tangan then baru ambil makanan,
tu lah yg paling best, susah nk jumpa kedai bersih dah skrg ni,
suami aku mmg suka sangat lah pekerja pembersih mcm ni.
kita pun selesa ye dak~

Kami order air Barbican, aku Barbican Strawberri,
suami aku Barbican Apple, Princess air kosong je.
hehehe.

makan pula, Makloba Lamb untuk papa, nasi dia sedap,
mcm nasi totamo, tapi lagi sedap lah dr nasi tomato,
Princess suka sgt, sampai terpaksa mintak nasi tambah,
hahaha.Lamb dia sangat lembut dan juicy, Rm17 je,
nasi tambah RM6 sepinggan.

ibuu pulak order Chicken Grill with rice,
chicken grill ni sbb nampak kak Fiza Fantagiro
lah yg makan ni, dah aku craving, Chicken grill ni
boleh mix with Frise gak, tp aku amik dengan nasi,
gila ko nak mkn kentang je,hahaha.
ayam tu half tau! tapi aku share dengan suami,
tak habis lah kalau aku mkn sorg half tu,
ingat bela jin ke hape! hahahaha.
tp mmg sedap! Chicken Grill with Rice Rm20 je,
mmg kenyang sampai malam.

Princess suka sgt sup kuning tu,
sup tu rasa lite lite jeee, mmg best!
lepas burp burp, kami gerak ke Putrajaya pulak.
jommmm!


KL

B2, B3, B4 Mezzanine Floor, Fahrenheit 88, 
No. 179, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur

Telephone:03-2141 0654

Email:old_sanaa@ymail.com

KL

13-G, LKR Cyberpoint barat, Neo Cyber, 63000, 
Cyberjaya, Selangor, Cyberjaya

Telephone:03-8319 1776

Floria Putrajaya 2015


ni kak Mas lah bgtau kat group, dr 1-7 Jun 2015,
akan ada Floria kat Putrajaya, aku mmg suka lah pergi tempat
tempat gini, tengok tengok bunga, mmg best,
kalau ada mak aku, lagik lah dia suka, tu lah laki aku siap cakap,
" fuhhh nasib x bawak mak, kalau ada mak ni, penuh kereta "
hahahaha.hampeh laki aku.

dari Cyberjaya nak ke Putrajaya, asalnya 5 minit je,
tapi akibat terlajak simpang, kami masuk semula ke Cyberjaya,
dan pusing lg sampai 10 minit, choii gila,
almaklumlah, perut dah kenyang, mata mengantuk,
aku kalau ikut hati, nk ajak je suami balik,
tapi dia kata, alaaa kalau balik bosan lah,
duk bilik, main HP, then tido, bosan bosan,
so singgah jugak lah Floria.

pasal Floria, nanti aku cerita lain lah!
sbbnya! nak cite banyak! hahahaha.
poyo kan! nanti entry lain aku cite,
pasal bayaran semua skali.okay!

Floria Putrayjaya
beratur tengah panas untuk beli tiket
Floria Putrajaya
Kejar Butterfly
panas meredang weeeiiii! seyes!
sekian, tunggu next entry tauuu! hehehe
bai!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Bestnya sakan berjalan..ahkak dok rumah jela dik.terbaik!!!

    ReplyDelete
  2. sedapnya nasi arab, lama dah tak makan..
    mmg panas kalau tengahari, nasib akak pi pagi.. dapatlah bergambar banyak sikit walaupun byk lagi tempat tak jelajah.. kena repeat pi lagi

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi merasa pavlova....

    ReplyDelete
  4. teringin nak rasa pavlova rara ni...meriah sangt buah2 dia..
    Eh!terliur nampak nasi.rasa macam nak terkam je..akak dah 2 hari stop nasi.nak biasakan perut untuk bulan puasa nih..nak kecik kan sikit badan pun ye..nak raya..kan?/heheh

    ReplyDelete
  5. oo ada kedai baru nak makan nasi arab..selalu g saba..asben memang peminat nasi2 arab ni..leh la rekomen kat dia nanti..hihi tq for the info

    ReplyDelete
  6. alaaa... x bertembung pulak kite.. ^_^ panas kedegang.. bau badan pon dah macam hape ntah.. takut je gesel2 kat org org bau kite.. padahal perfume pakai tuu...

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com