20 June 2015

DVD Warna dan Kerjaya - MYRYL

DVD “Warna & Kerjaya” Pertama


Korang dah baca dah entry pasal Course Warna dan kerjaya yang aku attend haritu?
seronok sgt course tu tau! korang kalau ada masa nanti, pergi lah,
dan kalau korang tak de masa nk pergi attend course, korang boleh beli DVD!
yeay! DVD ni sama mcm korang attend kursus. Puan Shuhada seolah mcm
sedang bercerita depan korang.

DVD “Warna & Kerjaya” ini merupakan DVD yang pertama seumpamanya, dihasilkan oleh MYRYL bagi tujuan untuk membantu golongan dewasa yang bekerja tetapi ingin membuat perubahan kerjaya ataupun ingin memulakan perniagaan; namun tidak tahu apakah kerjaya ataupun perniagaan yang perlu diceburi.

Shuhada Alauddin, pengasas MYRYL yang merupakan pakar Pembentukan Personaliti, Terapi Warna & Analisi Perlakuan dan juga seorang yang pernah melalui perubahan kerjaya sebelum ini; beliau telah menghasilkan modul-modul khas yang akan membincangkan topik tertentu bagi membantu setiap individu menghasilkan apa yang diingini; dengan perubahan kerjaya dan business start up sebagai matlamat utama.

Dalam DVD Warna & Kerjaya ini, Shuhada turut berkongsi tentang bidang-bidang kepakaran dan juga pengalaman beliau dengan tujuan untuk membantu orang ramai untuk mengenalpasti apa yang mereka inginkan, apa yang mereka boleh jangkakan dan juga langkah yang perlu dimabil tatkala membuat perubahan kerjaya ataupun memulakan perniagaan baru.

Apa yang lebih menarik tentang DVD ini adalah pendekatan yang diambil Shuhada untuk berkongsi dan membantu orang ramai yang ingin membuat perubahan kerjaya ataupun memulakan perniagaan; adalah melalui warna. Sebagai penambahan nilai kepada mereka yang membeli DVD ini, Shuhada turut membuat perkongsian tentang aplikasi warna dalam kehidupan seharian.






di atas ialah sebahagian daripada dalam DVD Warna dan Kerjaya MYRYL.
cara Puan Shuhada cakap mmg seperti kita bersama sama dengan dia,
mmg cara cakap dan mimik muka, sampai kepada kita,
IF korang ingin mendapatkan DVD ini, boleh hubungi :


Media Contact : 
Nadhir Nordin

Mobile No: 019-9390135

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...