23 June 2015

Gempak Raya Bersama JAKEL 2015 - Penjunaman harga Happy Hour yang GILA!

Baju Melayu Aaron Aziz, Nabil dan Che Ta


Pada 20 Jun 2015 yang lalu, aku dengan rakan rakan blogger lain,
sempat ke Jakel Mall KL untuk Program Gempak Raya Bersama Jakel 2015,
sempena dengan Pelancaran Koleksi baju melayu Aaron Aziz, Nabil Ahmad,
Baju Kurung Rozita Che Wan dan Baju Raya Upin dan Ipin.

Alhamdulillah pada hari Sabtu haritu, cuaca tak lah panas sangat,
redup je, acara pun berjalan dengan lancar, dan aku mcm tak percaya boleh
tengok Aaron Aziz dan Che Ta depan depan, whooaaaaaaaaaaa!
best gila! best best! mmg handsome gila lah Aaron tu, tak tau nk ckp cm ne,
Che Ta pon KURUUUSSSSSSSSSSSS sangat! hish! cantik.
nk selfie dgn che ta! tapi tau apa je yg aku dapat?
nanti aku tunjuk tau! hahaha.sbb dorg mmg busy gila,
di kawal rapi dgn bodyguard.

jakel mall KL

Gempak Raya Bersama JAKEL 2015



Gempak Raya Bersama JAKEL 2015


hensem gilaaaa Aaron!
Nabil yang tak sudah sudah mengusik Che Ta

Ingat Raya Ingat Jakel

Sama mcm motto motto sebelum ni, ingat raya ingat Jakel,
mmg kena betul, sbb bagi aku sendiri, bila raya je, mesti beli Baju di Jakel,
baju melayu Suami, baju kurung aku, selalu di Jakel je,
senang cerita, kena pulak masa Happy Hour, mmg best gila lah,
baju melayu hanya RM150 je tau! puas hati.







Baju Melayu Nabil Ahmad

Tahun ni, Jakel memperkenalkan Nabil Ahmad sebagai Duta Tambahan untuk Jakel,
seperti tahun tahun sebelum ni hanya Aaron saja, tapi tahun ni ada Nabil Ahmad,
ada Che Ta, dan ada juga Upin Ipin.

Tujuan mengambil Nabil sebagai Duta Baju Melayu adalah kerana,
Nabil amat sesuai untuk menjadi Icon kepada golongan muda,
baju melayu Nabil lebih kepada Hipster, seluar dia bawak kecik,
hehehe.dan Aaron masih mengekal kan design lama, design Baju Melayu
standart, so untuk anak anak muda yang ingin kan kelainan,
boleh lah cuba Baju Melayu Nabil Ahmad. Baju Melayu Nabil Ahmad ni
juga diperbuat dari kain yang sangat berkualiti, tak payah gosok payah payah,
dan kalau berpeluh, ketiak takkan nampak basah,
kihkihkih, bila kita tengok baju tu pun,
mmg nampak sangat cantik kain dia, suami aku yang cerewet tu,
mmg pakai Jakel je, sbb mmg selesa sangat sangat.

Lebih dari 30 warna dan corak baju dikeluarkan khas pada tahun ini,
Pakej Koleksi Baju Raya Upin Ipin disertakan dengan Butang Baju Melayu
dan Sampin yg mempunyai logo Upin dan Ipin, mmg menarik,
anak anak mesti suka!


Jakel Happy Hour

Jakel memang terkenal dengan Happy Hour nya,
sewaktu Aaron, Nabil, Che Ta dan adik Rycal dan Mia Sara
buat penjunaman harga, mmg sangat sangat kecoh, gempak gila,
hehehe.kelakar pun hade, sbb semua berebut rebut mengambil baju
pilihan mereka!

dibawah adalah sebahagian picture baju baju yang sempat aku snap,
mmg cantik cantik! korang jangan lupa beli tau! sempat lagi,
nak tempah orang dah tak nak ambil kan, so beli siap je,
senang! hehehe.







Jika korang NAK jumpa Aaron Aziz, Che Ta, Nabil Ahmad
Raykal dan Mia Sara, Sabtu ni 27 Jun 2015, korang boleh ke
Jakel Shah Alam tau! sabtu ni dorg ada kat sana!
dan jangan lupa rebut peluang untuk mendapatkan baju kesukaan
korang masa Happy Hour nanti! mesti best dan berbaloi!

untuk maklumat lanjut :



5 comments:

mas saari said...

thn lps beli gak baju melayu husband ngan anak lelaki akak kat jakel.. tp ramai giler org, sesak!

Mirabeads azi said...

sakan meriahnya...hehe

DRAMATIC UNIQ said...

ambooooiiii...!! harga terjunam-junam... hahahahaa..
Sabtu ni orang gomen dah dapat gaji, confirm kena serbuuuuuu... :)


p/s : adik Miasara tu dah besar kot.. tak payah la pakaikan crown segala.. kesian dia.. mesti kena paksa pakai tu.. :p

Fifi Nadhrah said...

ala.. da shopping da kat jakel hari tu.. klu g nak beli ape lagi.. :(

umie shahidah said...

Laki aku du beli baju Aaron aziz tu...Heeeee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...