16 June 2015

Kenangan Mengandung Semasa Bulan Puasa

Tips untuk tidak lapar semasa berpuasa bagi ibu mengandung


Kenangan masa aku mengandungkan Princess semasa berpuasa dulu,
aku tak lupa sampai lah sekarang, indah sgt aku rasa masa tu,
princess budak baik, cuma pukul 12pm je, dia akan menggeliat sana sini,
sbb mencari makanan gamaknya, selalu kul 12pm ibuu dah makan,
tapi sebulan tu tak makan.hehehe.lepas dia golek golek dlm 30minit,
dia diam lah.hahaha.sambil sambil tu aku gosok gosok perut,
aku cakap kat dia, " Princess, ibuu puasa ni, sabar ye " hehehe.
lepas tu ok dah, kita ni kena cakap cakap tau dengan baby,
dia dengar apa yg kita cakap.hehehe.

ni aku nak bagi Tips untuk tak lapar untuk ibu mengandung
masa bulan puasa ni,
tips aku simple je, waktu SAHUR,
MESTI MAKAN NASI, jangan tak makan nasi,
makan nasi, kurma, then minum susu atau milo,
kuantiti tu tak lah banyak, nasi 1 senduk milo or susu 1 cawan,
aku menu sahur aku simple je, serius mmg simple,
tapi menaikkan selera makan.hehehe.
LINK - Menu Sahur yang Simple tapi menyelerakan.
insyaAllah bila makan nasi, minum milo, makan kurma,
insyaAllah korang boleh bertahan, aku dulu ok lah,
senang lah, aku tinggal puasa cuma 2 hari je,
mulanya nekad nk puasa penuh, tapi aku kena cirit birit,
sbb perut masuk angin, so tak puasa.sedih sangat masa tu.

waktu berbuka pula, aku paling happy, sebab Princess suka sangat
waktu berbuka, hehehe.aku time berbuka, suka minum minuman manis
manis tau, so aku akan minum air soya ke, tebu ke, ( masa ni tebu dah boleh minum )
sbb dah 8 bulan, masa aku minum tu, bayangkan sampai aku kena
berhenti minum, sbb princess tendang tendang perut,
dia bergolek sana sini sbb happy sangat dapat makan.
gamaknya lahhh, hahaha.tapi that moment mmg aku takkan lupa lah.
seronok sgt, sampai terbonjol bonjol perut aku sana sini.hahaha.
lepas princess dah tenang, baru lah aku boleh mula makan.
hahaha.aduhhhhh~ rindunya moment tu, #menaippunsambilsenyum

hmmm insyaAllah, tahun tahun depan boleh lah merasa lagi,
biar masa yang menentukan yek.hehehe.korang apa cerita?
jom share nak.hehehe.buat lah 1 entry! nanti aku nak baca.
hehehe.


8 comments:

boni kacak said...

kalau makan spagetti atau roti john boleh tak? hahaha

✿ Ina Ainaa ✿ said...

Terima kasih kak atas perkongsian.. boleh kasi advice pesakit kat hospital nanti

SweetLikeWhat said...

baby dalam perut kenangan terindah sangat kan..rinduuuu

ily♥ said...

This year will be my second time berpuasa masa mengandung. 1st time masa mengandung anak ke-2. Tak dapat puasa penuh sebab kena minum air gula & buat bsp due to GDM..huhu...Kali ni pun awal-awal dah tau tak dapat penuh gak. Sebab next week kena minum air gula..Haaihhh..

Alhamdulillah the rest of the day seems good though ada jugak masa rasa macam tak larat sangat, tapi cuba gak bertahan. As you said, jgn skip sahur. Make sure makan nasi mase sahur plus kurma 5-7 biji utk energy for the rest of the day.. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan segala urusan.

Salam Ramadhan & semoga beroleh barakah dan redha Allah :)

Lea IsNawi said...

hehehe tahun ni inshaAllah saya dpt merasa pengalaman ni jugak.
tapi taktahu brapa hari leh puasa
tunggu hari je ni

HanNis SaNia said...

Waaaa kite pn nk berpuasa esok ni. Harap kuat laaa. Hihihi.. tkot jgk baby meragam kan lapa.

Chekgu Azrine said...

Idea nih..hehehe..kalau rajin akk bt entry ye

ameris said...

kenangan terindah kan raaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...