04 June 2015

Luahan hati pemandu MYVI Putih

Bad Thought about MYVI Putih


lepas kejadian kemalangan di Duke yg menyebabkan kematian
3 mangsa tu, Myvi terus dan terus di pandang serong
apa apa perkara saja org akan cakap " tgk myvi Putih tu "
hahahaha, Typical Malaysian! so ntah hape hape perangai.
kalau kereta tu buat salah, salah kan kereta, sebut NAMA kereta,
yang aku pelik tu, adakah kereta tu memandu dirinya sendiri?
mestilah TIDAK kan! ini bukan cerita mistik mcm kat
Terowong Menora tu, ini bukan mcm cerita Volkswagen
Kuning yg berhantu tanpa pemandu tu,
bukan ye! ini ada pemandu, Myvi yang dipandu oleh manusia,
kalau apa apa jadi, salah kan PEMANDU Myvi,
dan bukanya KERETA MYVI! setuju?!


Rider Motorsikal yang kurang ajar!


hari hari aku pergi kerja drive kereta,
dan kebetulan kereta aku adalah Myvi Putih,
sejak kes kemalangan Duke tu, aku jd Fobia bawak kereta,
sbb asik teringat kes tu, ramai jugak kwn kwn UP status diFB
yang mengatakan ada kes org himpit kereta Myvi dia Highway,
ada yg polis tahan tak memasal, ada yg kereta nya diketuk,
dan mcm mcm lagi.suami aku pun pesan,
elok elok drive tu, awak tu bawak myvi putih,
haaaaaaaaaaaaaa APEKAHHH!

Cerita tentang penunggang motorsikal!
aku tak cakap semua penunggang yg kurang ajar,
aku tak cakap, ada segelintir PENUNGGANG
motorsikal yg aku rasa sivik nya agak low.

contoh :
aku dah bagi signal nak masuk kanan,
Penunggang Motorsikal yang jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
sangat lagi di belakang, dengan kadar kelajuan ntah berapa,
yang laju gila sewaktu jalan jem, HON tanpa putus,
mcm marah sangat kita nk masuk kanan,
padahal! kita berhak kot nak masuk kanan atau kiri,
yang KAU tu x reti nak bawak motor slow dah kenapa?

Penunggang Motorsikal - sepatutnya, sewaktu jalan jem, kereta di kiri
dan kanan mmg banyak, TOLONG jgn bawak laju laju,
ini tidak, kereta banyak, dia pulak bawak 100km/jam aku rasa,
mmg laju gila, lepas tu kita baru nk bg signal, dia dah hon hon
choii gila perangai.aku x faham kenapa, ko tau tak dengan kadar
kelajuan ko yg mcm tu, kalau ko terhenggut sikit side mirror,
ko yg bergesel dengan jalan Tar tau tak!

dan pagi tadi, mmg baru sangat kena dekat aku,
kalau korg lalu jalan Loke Yew pg pg, korg akan tau,
di penghujung jalan, yg dr pada 3 jalan, akan bertukar jd 2 jalan saje,
aku tak suka stay di lorong kanan, sbb mmg jem sgt! tak bergerak,
so aku akan masuk kiri sblm sampai penghabisan jalan tu,
aku dah bg singal, dan aku mmg kaki signal,
mana mana aku nk masuk, aku akan bg signal,
mcm td, aku bg signal awal awal, aku dah hulur
kepala kereta nak masuk kiri, belakang mmg tak de motor,
kosong, yelah, hati Penunggang Motorsikal ni kena dijaga selalu,
kalau x, sentap x memasal, lepas tu,
tetiba aku dah nk masuk kiri, stuck pulak kat depan,
so aku mmg berada di pertengahan jalan,
dan tetiba ada sebuah motor nak jugak ikut celah bedah
tengah tengah yg sempit tu,
aku TAK FAHAM kenapa?
dah kenapa ko taknak lalu belah sana, kenapa gigih
nk ikut celah aku tu?! lepas tu dia stuck,
korg tau tak! dia boleh ketuk cermin aku dan marah aku,
aku seyes tak paham, dan jgn ingat aku nk diam je,
aku pon hon lah balik, aku ckp lah, dah kenapa nk ikut celah tu
ikut belah kanan sana yg lebih luas tak boleh ke?!
aku geram betul, berderau darah aku sbb tahan marah,
lepas tu dh lepas tu, kemahen laju bawak motor.

ada jugak lg 1 kes, aku mmg bg signal nak masuk kiri,
masa tu mmg takde motor,dan masa aku nk masuk je kiri,
ada sorg Penunggang Motorsikal ni laju je meluru di tengah lane,
dan tetiba REM motor kuat kuat sebelah aku,
ehhhh, CANTEK sgt perangai kau ye!
aku dh bg signal lah sengal! ko tak nampak keeee
nk marah sgt tu kenapa!

Kereta memang TAK BOLEH tukar lorong ke?


lagi satu aku nak tanya, kita ni sebagai pemandu kereta,
mmg tak boleh menukar lorong ke?
dr kiri tak boleh ke nak kenanan?
dan yg dr kanan, tak boleh ke nk ke kiri?
walaupun dah bg signal, kereta clear,
tak boleh ke? dan dah kenapa pulak Penunggang Motorsikal
ni marah sangat! hon kuat kuat bila kita nk tukar lane,
ada jugak yg sampai tendang kereta,
aku pernah nampak dengan mata kepala aku.
serius aku tak faham, kenapa teruk sgt Penunggang Motorsikal
kat Malaysia ni.

dan hari hari, pasti ada je accident yg melibatkan motor,
sebab apa? sbb perangai mcm ni lah,
kenapa Penunggang Motorsikal tak boleh nk bertolak ansur
dengan pemandu? sedangkan kita dah bg signal,
bawak pun slow sbb jalan jem, bukan laju sgt pon.
aku rasa, tak perlu nak bawak motor laju laju,
sbb korang tetap akan sampai cepat ke pejabat.
tolong lah sayang diri sendiri,
sbb andai kata korg terlanggar kereta, korg yg akan teruk,
sbb tak de perlindungan apa apa, tak fikir ke?
jgn bawak laju laju, walaupun sewaktu jalan lengang,
berpada pada lah.aku kdg kdg mmg takut sgt tgk dorg ni bawak motor.

TAK SEMUA Penunggang Motorsikal mcm ni,
ada yg baik sgt, ada yg ride motor sopan santun,
tapi yg sopan sgt pun payah gak, ride di
garisan putus putus tu putih tu, then slow and terhoyong hayang.
huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! nangis aku laju laju.

Penunggang Motorsikal membahayakan diri sewaktu hujan


lagi satu perkara yang aku nampak,
kalau waktu hujan, dorg suka sangat berkumpul di bawah
jambatan,dan berkumpulnya untuk berteduh,
tak kisah lah jika nak berteduh,
tapi jangan lah sampai membukit,
kdg kdg punyalah ramai, sampai ke tengah jalan,
cuba bayangkan kalau dirempuh kereta?
apa akan jadi? mmg bahaya sangat tau,
sbb bila waktu hujan lebat, kita as pemandu pon tak nampak sgt,
so bila lalu tepi jalan, kami kena slow gila gila
sbb risau kan Penunggang Motorsikal yg berkumpul dibawah jambatan tu,
aku harap, korg pun fikirlah keselamatan korang jugak.
bersabar lah, jangan ikutkan hati nak bawak laju je.
less kan penggunaan HON tu,
sbb HON tu sangat menghiris hati pemandu kereta
mcm kami ni, hish! tambah pulak kalau motor
yg hon tu mcm bersambung sambung tu,
lama sgt hon nya.eeeeiii geram betul aku,
mcm nak hempuk je rasa.hahahaha.

sama sama lah kita bertimbang rasa di jalan raya,
kita sama sama pengguna, jgn lah selfish sgt,
dan sama sama lah menjaga each other,
tak salah kan aku rasa?

sekian, bebelan aku pagi ni!
bai! 

majulah Myvi untuk negara, EH!

12 comments:

mas saari said...

memang kadang tu penunggang motorsikal ni mengundang bahaya.. suka cilok tak tentu hala tanpa bagi signal.. last2 myVi jugak dipersalahkan! huhhhh

Anonymous said...

Satu je nk tny...pernah rasa naik moto x?

Nory Zoulkefle said...

haaa tang rider motorsikal tu pon aku bengang jugak..
selalu kena...
gerammm betul..
rasa nak mencaruttt2 je...

Chekgu Azrine said...

Kalau nk cerita bengang dengn pemandu motor sis..mmg panjang berjela..urut dada je tau..haihh

Anonymous said...

prennggg prenngggg prengggggg hohohoho

Reena Sidek said...

Hahaha.. reen yang baca ni pun geram ra.. walaupun tak bawa myvi tapi saga lama.. Selalu kena buli kat jalan Sbb bawa kereta buruk suka hati je org nak potong, hon..

Diana Rashid said...

penunggang motor ni kebanyakan nya macam tu la..tau 2 la kan siapa yang paling ramai bawak motor ni..tu pun jangan ...tak habis2 nak kondem pemandu wanita .dia naik motor ,ada telor lagi..tapi suruh pemandu wanita ni beralah kat dia...memang macam taik..

ewento marcello said...

panjang sungguh bebelan ini

Mirabeads azi said...

tu...panjang cerita rara.
kadang2 yg berhati2 yg jadi mangsa
#clickclicknufnang

DRAMATIC UNIQ said...

perrgghh..!! ni betul2 luahan perasaan ni.. hehehehe..

akak baca sambil angguk2 tau Rara.. sebab akak pun rasa yg sama.. expecially yang bila kita dah signal nak tukar lorong tu, kemain depa hoooonnnnn panjang.. seolah-olah nak bagitahu yg kita kena bagi laluan VVIP kat dia.. ewaaahhhh...!! kita pun bayar cukai jalan laahhh... grgrgrgrrr... :(

apa-apapun, berhati-hati lah di jalan raya ye..
kat Malaysia ni memang macam2 ragam atas jalan raya.

Ummul Azkee said...

hm..selalu motor nih cilok2..mmg kena hati-hati sikit dgn diorang niih

RahimAim BudakPrihatin said...

Sentap mak nak... ADUSY!!! Along dah la penunggang motor,.. Herm.. ALONG MEWAKILI PARA RIDERS DI LUAR SANA, MOHON MAAF, BERJUTA KEMAAFAN... PEace :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...