Image and video hosting by TinyPic

11 June 2015

Macam mana kalau MAK dah takde nanti?

Al-Fatihah buat Arwah


pg tadi adik aku whatsapp " mak fyza dah pergi, jam 1.30am td "
Innalillahwainnalillahirojiunnnn, dalam hati aku membaca surah Al-Fatihah,
aku sedekahkan untuk arwah, tetiba, air mata panas mengalir,
aku kalau bab bab MATI dan MAK, aku mmg tak boleh nak bayangkan.
tak boleh, aku tak tau nak cakap mcm mana, serius, hati aku halus.
seganas mana aku, begitu deras macam mana pun gelak aku,
bab MAK, bab MATI, aku tetap tak boleh dengar,
hati bagai di siat siat.

Ye, bab Mati ketentuan Allah, tapi bagi aku,
mungkin lambat untuk aku boleh terima,
sedangkan perginya Arwah atok dan opah kedua dua
belah mak dan papa aku pon sampai skrg aku masih terasa,
inikan pula jika tiada mak dan papa nanti.
Ya Allah, panjangkan lah umur mak dan papa aku dan mertuaku.

Arwah mak Fyza ( kwn adik aku ) disebabkan oleh penyakit TB,
dan ada kompilasi di paru paru, aku x pasti disebabkan apa,
tp mlm td mmg arwah dah nazak.

Jika tiada mak, aku membayangkan, siapa nak jaga aku
masa aku dalam pantang nanti, siapa dan dimana tempat aku
nak bermanja manja, pada siapa aku nak mengadu,
walaupun kdg kdg ada bertengkar manja dengan mak,
busuk macam mana pon, kita tetap nak cari mak kita balik,
tetap nak mak! betul kan?

tipu lah kalau ada terdetik di hati ko. ko akan kata,
" alaaa aku xde mak aku pon takpe "
seyes tipu! tapi kalau korg betul betul tak kisah kalau xde mak korg,
aku tak tau lah kan, tapi aku mmg tak boleh, hmmmmm.
ntah lah, semoga Allah kuatkan hati mereka, kuatkan mereka adik beradik,
yang baru saja kehilangan mak, yelahhh, biarlah arwah berehat disana dgn tenang,
semoga arwah berada bersama golongan orang orang yg beriman.
Amin.

semoga mak dan papa kita, sihat sihat selalu,
ingat, berbaktilah, berbuat baik lah selagi mereka ada,
tak kira lah mak ke, mak mertua ke, sayangilah mereka,
hargailah ketika ada, aku sayang sgt mak, papa dan mak mertua aku,
kalau takde dorg, aku tak dpt bayangkan mcm mana,
dan aku TAKNAK bayangkan, taknak!

Al-Fatihah.

Kasih ibu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. tetiba rindu MIL dan mak kite..
    siyes raa xleh bayang kalu mak xde.
    raya mcm hambar, hari2 mcm kosong je ehh..

    xnak imagine...xnak imagine...

    ReplyDelete
  2. aku tak pernah imagine aku takde papa. sebab sakit2 papa aku pun dia kuat semangat. kami adik beradik ni macam nak pegi holiday ke nk beli aset ke semua nak bagi papa rasa, papa tengok, papa seronok. bila papa takde, kami semua mcm blur. nak plan ape2 pun takde mood huhu sobs. mak pulak, tak tahu nak cakap sbb aku tak duduk dgn mak kndg. tapi ttp nk happykan mak2 aku selagi masih ada huhu sobs.

    ReplyDelete
  3. Tetiba teringat dekat ibu kat rumah T_T Al fatihah

    ReplyDelete
  4. rindunya aku pada mak bapak aku ra! lama gila dah tak jumpa diorang.. dan aku sedikit pun tak nak bayang diorang pergi walau mati itu pasti.. huhu..

    ReplyDelete
  5. Akk dah takde MIL...
    Hubungan akk dgn mak akk pun xdla rapat sgt..biasa2 jek..hmmm..
    Tapi akk doakan mak abh akk panjang umur dan sentiasa murah rezki..
    Rara ni anak mak ek

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com