Image and video hosting by TinyPic

10 June 2015

MENJEMAH rumah Hadeen and Hannah

kawan alam maya


aku kenal Anez Zamri di alam maya je,
kat geng Gojes je asalnya, sebelum ni tak kenal pun dia,
tapi, cara kami kenal, dan berborak, mcm dah kenal lama,
suami aku pun pelik, " eb kenal Anez kat FB je kan? "
aku ckp " aah " lepas tu dia kata, " tapi syg pelik,
mcm mana boleh rapat pulak yek? "

hmm kalau berkawan dgn penuh kejujuran,
insyaAllah akan rapat, ambil berat, tolong menolong,
tak berkira, mst akan elok ukhwah nya,
nak nak pulak kami sama sama org perak,
so mmg NGAM lah kot.hahahaha.

Anez baik sgt, sangat menjaga hati,
tu sbb aku pun berusaha menjaga hati anez jugak,
ecehhhhh~ hahaha. #silamuntah.
maksud menjaga hati tu, kalau 2 3 hati kami x chat,
anez pepagi akan #buzz aku kat wasap,
tanya aku sihat ke, ok ke, aku pon kalau 2 3 hari kami x borak,
aku pon akan #buzz dia, so mcm tu lah,
bukan lah kami borak sepanjang hari,
lepas #buzz tanya sihat ke x, lepas tu kami hilang lah.
ahahahaha.just nk tanya tu je.hahaha.
lawak!

Decoration rumah yang tenang

Hari Ahad lepas, lepas pernikahan Uncle Apek,
kami ke Teluk Senangin, nanti aku cite pasal tu eh,
hehe.sbb si anak dara tu, dah melalak lalak nk mandi laut,
mmg beach girl betul awak ni! then bawak jugak lah dia mandi,
pg tu aku ada ckp kat anez, " anez, aku ke manjung harini "
tup tup makcik tu ckp, " weh meh dtg umah aku, plisss plissss "
hahahaha ngader sgt pliss nya tu, anez ni satu je aku suka,
bab kalau mengajak ke, memuji ke, buat apa apa ke,
dia buat bersungguh sungguh, sampaikan dia mengajak tu,
sampai x sampai hati ni nak menolak,
kalau ikut waze, dr Teluk Senangin ke Kg Gajah nk dekat sejam gak,
tapi idak lah sampai sejam, sbb jalan bukan jem pon,
cuma hujan je ptg tu.

around 6am aku sampai umah anez, tengok dr rupa rumah,
dah kenal dah, sbb biasa nampak dlm FB,
kalau baca blog anez, ramai yg puji rumah dia,
meh nak bgtau, rumah anez mmg LAWA gilaaa!
antara ciri ciri rumah yg kami suka,
laki aku pun puji rumah anez,mmg cantik sgt,
deko yg simple dan moden, brg brg dr Ikea mmg sesuai
kan untuk semua rumah, deko rumah anez tak sarat,
sesuai utk kita yg beranak kecik ni.

kami menjemah sampai kul 9lebih, ko bayangkan lah,
memula masa suami aku tanya, " bape lama nk duk umah anez "
aku kata, " alaaa kejap je, dlm sejam jeee "
pas tu suami aku diam, dah sampai rumah anez,
dia pulak lelebih, aku ajak balik, dia boolayannn je,
dia dgn Asri kan BFF, hishhh geram aku,aku pulak yg beriya ajak balik,
dan lepas tu siap cakap lagi " eb ni kalau nak jumpa anez lepas ni, kena tidur
rumah anez "
eh eh, amboiii, padahal dia yg nk menjemah lelama
dgn Asri tu.mcm aku xtau.hahahaha.


Playroom Hanah dan Hadeen

masa kami sampai, hannah tidur, sbb penat mengemas Anez ckp,
alahaiii kesian hannah, lepas tu nk magrib Hannah bangun,
memula cam malu masing masing, lepas tu,
si princess tak nak balik, suka sgt main dlm playroom hannah,
InsyaAllah, nanti kita dh pindah, princess pun akan ada playroom,
nanti leh ajak hannah main pulak, tidur rumah kita okay,
seronok sgt princess nampaknya, boleh lah berkawan dgn hannah,
hannah pun mmg suka berkawan.so mmg menjadi lah,
tapi yang aku paling terkejut, Hadeen lah, amboii sgt,
kat rumah dia, dia tunjuk Hero tauuu, terkejut aku tgk dia
memanjat kereta kakak dia tu, hehehe.kalau anak lelaki,
mmg anak lelaki lah kan, tapi aku geram dgn Hadeen,
sbb putih melepak sgt! bambam! comelssss!


Berat Hati

nak balik masa tu mmg berat hati, sbb seronok sgt menjemah,
sampai kan Hannah terkencing dlm seluar,
hahahaha, x senonoh punya mak mak, kalau dpt menyembang.
hahaha.seronok dapat jumpa, lepak lepak gitu,
lain kali aku dtg lagi ye nez, aku takkan serik dtg rumah ko,
hehehehe.thanks sbb Jamu kami Bihun Tomyam yg super sedap,
sampai aku menggelupur tergigit cili padi, hahaha,
lan sampai 2 kali tambah, pandai ko layan tetamu.
anez sampai suruh aku tidur rumah dia,
ahahahaha.mengada sgt! suruh aku mandi lah,
suruh aku salin baju lah.hahahaha.tak pelah, lain kali ye nez,
ada peluang, ajak geng geng gojes skali.
hehehe.habislah rumah anez.hahahaha.

semoga persahabatan kita kekal abadi,
amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. bestnya bila kwn alam maya jd kwn baik camni. btw, lawanyaaaa umah anez

    ReplyDelete
  2. 6am ko da terpacak kat rumah anez ra???perghhh...hehe..

    ReplyDelete
  3. tantiknya rumah anez....
    insyaAllah ada msa nak terjah umah lawo anez jugak la pasni...
    Eh..rumah rara jugak la...(umah mak rara)

    ReplyDelete
  4. seronok sangat pergi menjemah ni..hehe.. tp rumah anez mmg lawa..

    ReplyDelete
  5. Sebab dia orang perak ye???
    hahhah...macam2 Rara ni..

    ReplyDelete
  6. dari alam maya ke realiti .... bagusnye korang

    ReplyDelete
  7. hahahahhaa bongok..tergelak aku baca..

    nanti aku dah siap rumah aku datang tido rumah ko tau..haha

    ReplyDelete
  8. rumah aku yg dkt bangi ni bila nak datang???hahaha

    ReplyDelete
  9. Bagusnya anez ni.mmg blh nmpk jujur dan baiknya anez...blh jd kawan baikla rara lps ni..hehehe

    ReplyDelete
  10. benci! jeles! sakit ati! hahaha..

    ReplyDelete
  11. Kan..kan..umah kita yg dekat2 ni pun x cecah lagi..huhu

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com