16 June 2015

Menu SAHUR yang simple tapi menyelerakan

Menu Sahur Simple


Lagi sehari je lagi kita nk puasa, esok dah start sahur,
mcm tak percaya jeeee, dah ready ke korang?
korang selalu bangun sahur tak? mesti tak bangun kan?
aku masa anak dara dulu, tak bangun, sbb biasa lah.
pemalas kan! tapi bila dah jadi mak mak ni,
since aku preggy lah, aku mmg kena bangun sahur,
kena makan jugak nasi masa sahur,
kalau tak makan, mau gigil satu badan.
tapi elok lah kita bangun makan sahur kan,
dapat pahala.

Harini aku nak share, menu yang aku rasa simple,
dan menaikkan selera untuk bersahur,
menu berbuka tak yah share lah, berbuka mmg semua nampak
sedap. Sahur ni je, pg pg tu kan, payah sikit nak menjana
selera tu.hehehehe.

Nugget dan Sos Cili


ni perkara paling lawak dan suami aku selalu tak boleh terima,
aku kalau PALING MALAS sekali, aku hanya akan makan,
nugget cicah sos dan nasi putih je untuk bersahur,
hahahaha.aku boleh je makan, sedap kot bagi aku!
ada pulak sambal gesek sket! perghhh! sedap dah menu
sahur tu bagi aku.hehehe.tapi sampai skrg, suami aku masih
tak boleh terima kenyataan dengan menu favorite aku tu!
pelik! hahaha

Sambal Hitam


Sambal Hitam adalah menu baru yang trending tahun ni,
dan aku rasa, tahun ni korang boleh add on sambal hitam dlm menu
sahur korang, Sambal hitam + Telur Dadar + nasi putih! perghhh!
aku dapat rasa, menu tu mmg boleh menaikkan selera korg!
kalau tak tau nk beli sambal hitam sedap kat mana,
leh order dengan Ciknaa, kawan aku ni, mmg sedap sambal hitam dia,
ni FB dia, boleh KLIK dan terus order, hehe Sambal Hitam Ciknaa

Pekasam Daging dan Telur Sotong


Pekasam Daging pon satu fenomena baru skrg ni,
Pekasam daging dan jugak Pekasam Telur Sotong.
aku dulu mana makana PEKASAM ni, sbb aku rasa busuk,
tapi sejak Yatie jual pekasam daging, aku try lah,
mmg sedap weiiii! seyes! goreng daging dengan bawang,
buh cili sket, hmmmmm 3 kali tambah makan sahur.
hahaha melampau kan! mst kenyang sampai berbuka.
kihkih.aku pon nanti nk beli stock pekasam kat Yatie,
haihhhh! jgn habis stock sudah lah.
kalau korang nk order jugak, boleh PM yatie kat FB dia.

Pekasam Daging
pekasam Daging

Daging Dendeng


Daging Dendeng mmg mengigatkan aku pada mak aku,
dari kecil lg, kalau bulan puasa, mak aku akan buat stock daging dendeng
untuk makan sahur, kami makan tu je. daging dendeng + nasi putih
+ kicap! heaven nyaaaaa! daging dendeng ni, boleh tahan 3 hari,
kalau korang masak betul betul, tapi aku rasa, tak sampai pon 3 hari.
1 hari dah habis lesap.hehehe. nk resipi daging dendeng,
boleh klik sini Resipi Daging Dendeng


Sambal Kacang Ikan Bilis kacang


yang ni! kalau tak nak makan nasi pon boleh,
boleh makan sambal bilis ni dengan roti putih,
pon sodapppp! tapi aku kan xleh TAK makan nasi,
so menu ni mmg da best lah! ni pon mak biasa buatkan kat kami
masa kecik kecik dulu. hmmmm, best nyaaaa,
bangun tidur, mak dah sediakan semua, tinggal makan je,
ada pulak sambal ikan bilis ni, mmg sedap.
rindu pulak kat mak, kalau nk resipi sambal ikan bilis ni,
aku sertakan di bawah ni, senang jeee! dan boleh tahan lama,
TIPS untuk ikan bilis tu kekal garing, masa korg dah masak sambal
tu, jgn terus tuang ikan bilis, korang tunggu sambal tu sejuk sikit,
then baru tuang dan gaulkan ikan bilis dan kacang

Resipi Sambal Ikan Bilis kacang


Bahan-bahan :

100 g ikan bilis goreng dan sejukkan
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan
sedikit air asam jawa
3 sdb gula garam secukup rasa
Minyak menumis 1/2 cawan

Bahan blender :

30 tangkai cili kering ( agak agak segenggam lebih )
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
Blend semua bahan sehingga halus

Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis bahan blend
Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak garing
dan kering ( api jangan kuat sangat )
Padamkan api dan biarkan sejuk seketika

Masukkan kacang goreng dan bilis goreng.
gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya

Resipi Sambal Ikan Bilis Kacang
Gambar Kredit Google

Selamat Berpuasa


Sekian, ini lah menu menu aku yg membangkit kan selera aku
time sahur, so org kata, bulan puasa kita kurus kan,
tapi aku, bulan puasa makin GUMUK! hahahaha.bertabahlah,
hidup biar sedap! hahahaha. Selamat berpuasa korang! #ehh

11 comments:

AnneRaini said...

tengah berfikir jugak menu apa yang nak dibuat sahur nnti.. makan oat je aci tak? hehe

mrs kayrul said...

sedapnya...siap ada resepi lagi...masak simple2 mau bertambah2 nasi waktu sahur nie...hehehe

yoorin melacolea said...

rara..sama dengan asben yoorin..makan nugget dengan sos & nasi.. alahh..dia tu..semua sebat..megi kari campur dengan nasi pon telan.. dalam perut bercampur jugak katanya.. hahaha.. betul laa.. nak kena sahur..dulu zaman anak dara malas bangun..huhu

SweetLikeWhat said...

sahur kena menu simple dan menyelerakan macam kat atas..ermmm sedap!

adk dayah said...

Dayah tak boleh kalau tak bersahur..hehe mesti sahur juga macam mana pun

Mia said...

memang selalu ketandusan idea kalau nak makan time sahur nie. hehe.
Thanks share resepi. Kalau buat sambal kacang ikan bilis tu, boleh simpan lama kan...

CikNaa said...

rara, sambal ikan bilis dgn kacang tu mana eh nk dpt yg sedap..nk buat tak reti..huhu

Syaz Rozelt said...

menu bersahur rara semua pelik2 bg syaz..hihi..yg kurg pelik tu pun sambal ikan bilis tu..selamat berpuasa rara=)

Lea IsNawi said...

sahur dengan nasi putih+telur goreng+kicap pun dah cukup sodapp

adianiez AIDA said...

Wah!!! Pekasam memang terbaik!
Bangkitkan selera sgt.
Br order 10 pek drpd adik ipar kat perak.
Aida pun da start cungkil makanan bangkitkan mood sahur anak-anak dara berdua tu.

mshazadoes said...

menu di atas semua menyelerakan rara :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...