12 June 2015

Perjalanan Hidup

Hidup kita bukan lah seindah seperti dalam novel, tak seindah seperti dalam Drama, hidup ini penuh ranjau berduri. Sakit nya bila tertusuk duri, perlahan lahan kita tarik sambil menahan sakit, luka dirawat sembuh, sehingga pulih, dan tertusuk duri kembali.

Dipagi Jumaat yang mendung, renyai, seperti mengiringi kesedihan harini, pagi pagi bukak Whatsapps, menerima berita yang suami officemate dah pergi, pergi buat selamanya selepas menderita sakit akibat cancer.hmmm terpaku aku depan fon, aku mcm tak percaya, rasa mcm -- ntah lah susah nak aku luahkan, berita kematian tidak putus putus. Ya Allah.

Mati itu pasti, tidak akan terlewat atau tercepat, ianya pasti. Tapi untuk kita yg masih ada ni, untuk menerima berita kematian itu, agak berat, apatah lagi buat seorang isteri, cinta hati kita, tempat kita bergantung. Kak Lin, seorang yang aku kenal, dr aku memula masuk kerja, seorang yang sangat sayangkan suami dia, balik kerja, dia akan pakai losen wangi wangi, dia kata nanti balik kerja nak salam suami, dia mmg romantik sgt dgn suami dia. Kak Lin, seorang yg gigih, sangat kuat semangat. Aku kenal dia, aku mmg sangat kagum dengan dia, sambung diploma masa tengah sarat mengadung, naik train dr Klang ke sini, naik bukit turun bukit hari hari. Mmg kak Lin hebat di mata aku.

Kini kak Lin di uji lagi, diuji dengan pemergian suami yg tercinta, sepanjang aku drive, aku asik fikir, fikir, sampai aku x tau apa yang aku fikir, sampai air mata mengalir, panasssss.

Kak Lin, semoga kak Lin tabah, kak Lin kuat, menjaga suami sehingga dia kembali, Allah lebih sayangkan suami kak Lin, semoga 4 hero kak Lin, akan menjaga mama dia elok elok, tak tau aku nak luahkan mcm mana, sedangkan aku yang officemate ni pun terasa sakitnya, inikan pula yang mengalami, yang menanggung. Ya Allah, berikanlah kami KEKUATAN untuk menempuh segala dugaan hidup ini. Berikanlah kekuatan kepada kak Lin. Amin. Semoga arwah suami kak Lin, ditempatkan bersama mereka yang beriman.

5 comments:

SweetLikeWhat said...

wei sedihnyaaa..al fatihah..moga kak lin tabah..

Chekgu Azrine said...

Al fatihah utk suami kak lin..

Inani Hazwani said...

Allahuakbar. Moga kak lin tabah menerima duggan ni

Sheila Adziz said...

Innalillahwainnahirojiun.... Semoga kak lin tabah, Allah akan menguji hambaNya, kerana Allah sayang dan cintakan hambaNya melebihi segalannya, Allah akan uji hambaNya dengan mengikut kemampuan hambaNya.... InsyaAllah.... Kak Lin memang seorang yg sgt bertuah, dpt meraih cinta Allah....

Fendi Rocka said...

be strong

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...