Image and video hosting by TinyPic

01 June 2015

Susu Kambing Multi - Organik dan Tiada Campuran

Susu Kambing yang tiada bau HAMIS


Dilema kita bila dengar tentang susu kambing ialah apa?
HAMIS kan? BAU HAMIS tu, kebanyakan org even diri aku
sendiri pon, bila bercakap tentang susu kambing, pastinya akan bercerita
tentang susu kambing ni Hamis lah, busuk lah, x sedap lah,
nanti panas badan lah, dan mcm mcm lagi.

habis tu? ada solution tak?
sbb kita pun tahu kan, susu kambing adalah susu kedua terbaik
selepas susu ibuu, hebat kan? dan juga susu kambing ni,
susu yang bagus untuk ibu mengandung.

aku pernah minum 2 3 jenis susu kambing sebelum ini,
tapi susu kambing yg sebelum ni tidak asli,
kenapa? sbb ada yang dah ditambah dengan kologen,
manisan seperti Vanilla dan sebagainya,
bg aku yg eczema ni, kologen adalah pantang aku,
mmg tak boleh makan, so mmg xleh minum lah,
dan bila susu kambing tu dh dicampur dengan bahan-bahan lain,
aku rasa hilang sudah asli nya.betul tak???

Susu Kambing Multi, tiada bau hamis dan Asli


Pernah dengar tak nama Susu Kambing Multi?
Susu Kambing Multi ini adalah susu yang dikatakan Asli
dan tiada bau hamis. aku berpeluang untuk review
dan merasa sendiri, apa rasanya Susu Kambing Multi ini,
betul ke tiada bau hamis???



Masa aku buka packaging Susu Kambing Multi ni,
aku tengok susunya putih, halus, bau pun harum,
tiada bau yang pelik, untuk bancuhan yang sedap,
3 scoop Susu Kambing Multi dibancuh bersama 200ml
air suam, bila di minum, hmmmmm sedap!
serius tiada bau hamis, tidak manis, dan boleh masuk dengan tekak aku.
semalam tak sempat nak snap gambar, sbb aku minum sebelum tidur,
mmg sedap, aku bagi juga Princess minum susu ni, hehehe.
masa Princess minta susu semalam, aku bancuh kan susu ni
masuk dalam botol dia, aku buat 7oz, tetiba dah sampai
separuh botol, baru dia cakap, " ibuu susu apa ni? rasa lain lah "
kihkihkih, tertipu rupanya dia, tapi dia boleh minum sampai
separuh, baru dia sedar tu susu lain.

Anak anak kita disogok dengan susu lain yg manis
dan sedap, bila susu tawar sikit, dia mula lah tak biasa,
sedangkan susu kambing ini bagus untuk anak.

Susu Kambing Multi ini asli kerana
ia dihasilkan dengan menggunakan serbuk susu kambing
yang diimport dari Belanda (memilih Belanda sebagai
lokasi import bahan mentah kerana ia terbukti mempunyai
produk susu berkualiti, piawaian tinggi dan diyakini status halalnya)

Khasiat Susu Kambing Multi 

 
Mungkin ramai yang tidak tahu terdapat pelbagai
khasiat istimewa dalam susu kambing berbanding susu lembu.
Kajian mendapati kandungan nutrisi susu kambing adalah
dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu biasa.
Kandungan gizi itu ialah protein, vitamin B2, kalsium,inositol,
vitamin C, zat besi, vitamin A, karbohidrat, vitamin D, sodium,
asid folik,vitamin B12 dan potassium.

Menurut satu kajian Universiti Granada mendapati susu kambing
lebih mudah dicerna dansesuai untuk mereka yang alah dengan susu lembu.
Ini kerana susu kambing tidak mengandungi protein kompleks yang
menjadi penyebab utama kepada alahan.

Molekul lemak susu kambing juga lebih halus dan hanya
memerlukan 20 minit sahajauntuk dicerna berbanding
susu lembu yang memerlukan lebih dua jam.

Faedah seterusnya adalah susu kambing boleh membantu penghidap demam ­kuning
dan membantu ­pesakit anemia. Susu kambing membantu
pesakit anemia kerana ia mempunyai sifat pengaktif antibodi
yang boleh merangsang penghasilan sel-sel darah merah.

Di kalangan orang Islam, susu kambing lebih afdal diminum
kerana ia adalah sebahagian daripada sunah Nabi Muhammad s.a.w.



Susu Kambing Perisa Coklat


Susu Kambing Multi juga ada yg berperisa coklat,
jika anak yang tak gemar perisa Asli, korg boleh cuba bg perisa coklat,
tetapi jgn risau, khasiatnya tidak berkurang. Perisa Coklat ni
di adun dari biji koko sebenar.bukan perasa perasa koko.hehe

Kategori yang sesuai minum susu kambing







boleh dikatakan, Susu Kambing Multi ini sangat sesuai diminum
oleh seisi keluarga, bukan hanya untuk ibuu mengandung, bukan untuk anak.
tapi seluruh keluarga.

untuk dapatkan lebih info tentang susu Kambing Multi ini,
boleh visit :

Facebook page: 


Blog : 


Instagram:


Hotline: +6011-12318511


Price per box (500 gram)

RM40 (Semenanjung)
RM45 (Sabah/ Sarawak)
$19 (Singapore/ Brunei)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. Anak2 akak pun minum susu kambing.tapi jenama lain.akak pernah review susu tu..Memang bagus susu kambing ni..Lagi2 anak2 akak ada sembelit.memang patut minunm susu kambing,

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com