17 June 2015

Tukar Kerjaya - Pilih Kerjaya melalui WARNA

Workshop MYRYL " WARNA dan KERJAYA "


Sabtu lepas aku berpeluang bersama-sama Ahli Blogger Ben Ashaari
yang lain, menyertai bengkel Warna, KENAPA aku nak sangat join
bengkel warna dengan MYRYL ni???

Mula mula Abg Ben bagitahu tentang bengkel MYRYL ni,
aku teruja sangat sangat! sbb aku mmg nak tau sangat apa benda yang aku minat,
apa benda yang betul betul dengan jiwa aku, walaupun aku dah ada kerjaya sendiri
skrg ni, TAPI aku tetap nk buat sesuatu yang MASUK dengan diri aku.
now aku dah nampak apa flow yang aku minat, tapi nak nak jugak tahu
dengan lebih mendalam.

Kursus MYRYL ni sesuai sangat untuk mereka yang ingin bertukar kerjaya,
sebelum bertukar, kita PERLU lihat, apa X factor dlm diri kita
untuk membuatkan kita pergi lebih jauh lagi.InsyaAllah.



Apa itu MYRYL


MYRYL (disebut sebagai my-real) yang merupakan singkatan bagi
“Master Yourself Revamp Your Life” [www.myryl.net],
ialah sebuah syarikat yang diasaskan oleh Shuhada Alauddin 3 tahun dahulu.
Ia berasa bangga kerana menjadi antara syarikat pertama yang menawarkan
kursus dalam bidang pembangunan personaliti melalui terapi warna yang digandingkan dengan analisis tingkah laku (behavioural analysis).

Kelebihan mereka : membantu individu membuat pertukaran kerjaya

Puan Shuhada yang dulunya peguam selama 10 tahun, tapi kini dia seorang
speaker atau DOKTOR warna.hehehe. bagi dia, dia mcm ada feeling feeling untuk
jadi speaker, tapi dia selalu kata " boleh ke, boleh ke " kita ni selalu terikat
dengan kata hati, tapi Puan Shuhada kata, dia terus make a move,
dan buat ujian warna terhadap diri dia, dan terus mengambil langkah drastik,
keluar dari bidang guaman dan masuk dan terus melangkah
dalam bidang yang dia sebenarnya mahukan.

KBBA - GOJES

WARNA DIRI KITA


Ramai yang keliru dengan UJIAN WARNA ni,
ramai yang ingat, warna ni kita pilih ikut suka kita je, tapi sebenarnya SALAH!
totally salah! kita sebenarnya PERLU membuat sedikit ujian keatas diri kita,
untuk menentukan WARNA diri kita, bukan suka suka je pilih,
ko suka warna apa, aku suka warna apa.hehehehe.

UJIAN NI SAKIT SANGAT, KENA SUNTIK!

hahahaha.cuak kan! tak lahhhh! ujian dia sangat simple,
tapi agak menlenguhkan lah.hehehe.
ujian ni kena buat dengan betul tau! JIKA salah buat ujian ni,
korang akan memberi IMPAK yang tak baik pada " pesakit " tu.
Puan Shuhada ada cerita, ada sorang hamba Allah ni,
dia buat ujian warna ni, dan selama 10 tahun dia menjalankan hidup
dengan konsep yang salah, sbb result ujian warna dia adalah salah,
dan dia jugak ada cakap, patutlah rasa mcm pelik je dengan flow hidup dia.
hehehe, bayangkan lah.impak dia sangat besar kalau warna itu salah.


WARNA LUARAN


Ujian warna yang pertama kami lakukan ini,
adalah UJIAN untuk mengetahui warna LUARAN kita,
warna luaran ni MEMPENGARUHI 80% life kita.
dan warna dalaman hanya 20% saja.

Cara membuat Ujian ni mudah je, Tapi biarlah pakar je yg buat ye.hehehe.
sbb nanti, kalau salah buat.impak dia agak bad lah.hehe.
korang just perlu berdiri, kosongkan fikiran, tutup mata,
tangan kanan diangkat, dan tangan kiri perlu diletakkan
di atas kepala, dahi, antara kening dan dada,
"doktor " akan tanya korang " Safura, adalah warna PUTIH adalah warna luaran safura?"
dan Doktor akan tekan tangan kanan kita kebawah ( di pergelangan tangan )
dan kita perlu lawan tolakan tu.

Pengalaman aku, masa doktor sebut warna PUTIH,
tangan aku kuat, sehinggakan aku tak perlu nak melawan teruk teruk,
manakala, untuk warna Pink, Biru dan Hijau, tangan aku lemah sgt,
terutama pink, mmg tak kuat langsung nk bertahan.

ujian ni bukan di buat buat ye, otak kita yang berinteraksi
dengan persoalan yang di tanya, so nak tau tak warna aku!
hehehe. aku dapat warna PUTIH! so ada apa dengan warna putih?
Bengkel MYRYL

bengkel MYRYL

PUTIH / Spiritual


Deria otak peka
Pemikir/ berteori
bijak / cerdik perancang
Boleh MEMBACA situasi
YAKIN DIRI
JUJUR
martabat
kepimpinan
SUKAKAN PUJIAN
MUDAH terpengaruh @ Dipengaruh

hahahahaha! amacam! ok ke?
so apa yang aku boleh lakukan bila aku dah tau warna aku?
so kena lah fikir sendiri.hehehehehehe.


Kepentingan Mengetahui Warna Diri Kita


- Mengenalpasti kekuatan diri yang boleh dijadikan
sumber kekuatan sewaktu dalam kesusahan.
- Mengenalpasti potensi diri yang boleh dikembangkan.
- Mengenalpasti kelemahan yang boleh di atasi.
- Meningkatkan keyakinan diri kerana anda sedar akan kelebihan diri anda.


TUNAIKAN IMPIAN


next slot adalah SWISH, slot swish ni lebih kepada niat,
niat untuk melaksanakan apa yang kita mahu laksanakan,
tapi terbantut disebakan sesuatu. Kisah Yanty sedikit sebanyak
membuat kita sebak.tapi yanty terasa perubahannya.

lepas tu mulalah sesi Air mata, Puan Shuhada menyuruh kami
memejamkan mata, dan memikir kan dimata kita sewaktu kita berjaya,
apa yang kita lakukan sewaktu itu.mmg sedih sangat lah! huaaa!
selfie sebelum selingan sesi ZUMBA with DARLYN

ILMU dan TIPS Warna


banyak lagi tips tips dan ilmu yang Puan Shuhada turunkan,
ada jugak sesi Aplikasi Warna dalam kehidupan harian,
untuk hari Isnin - Putih, logiknya, frekuensi warna putih untuk hari tu
adalah lebih kuat, so bila kita pakai putih, kita akan menjadi lebih
positif, dan hari isnin dan putih adalah hari yang paling sesuai untuk
kita menyelesaikan sesuatu benda atau masalah, wallahualam,
tapi try lah! banyak kursus kursus yang cerita tentang warna ni.
Selasa - Ungu violet - pink, Rabu - Biru, Khamis - Kuning - Oren,
Jumaat - Hijau, Sabtu - Merah, dan Ahad - Hitam ( sesuai untuk menyampaikan
rahsia ) hehehe


dah bila aku tau aku warna PUTIH, lebih elok jika aku banyakkan
warna putih dalam kehidupan harian aku, hah Gittew~ hehe.
patutlah lately ni aku suka putih.hahahaha dan dan!

cara untuk menjadi apa yang kita mahu


Cara untuk kita menjadi apa yang kita mahu, tidaklah susah sebenarnya,
KETAHUI apa yang kita minat, mcm mana???
JIKA korang ada buat sesuatu benda tu, EVEN dah berjam jam
korang buat benda tu, TAPI korang tak jemu, dan masa dirasakan
seakan tidak terasa ia berlalu, makanya, ITULAH minat korang.
contoh diri aku sendiri : aku sangat suka BAKING, bila aku bake
cake, aku buat apa apa tentang baking, aku tak mengenal penat,
aku suka, happy, gembira bila keluar result dia,
so itulah benda yang kita nak sebenarnya,
dan melalui minat itu, korang cipta kerjaya,
jadikan ia part time, or sebagainya. gittew~

Puan Shuhada daripada peguam terus menjadi Trainer,
sbb apa? sbb itu minat dia, dan bila mendengar dia bercakap,
dia nasihatkan kita, mmg TAK BOSAN! serius, aku tak mengantuk langsung,
padahal malam tu tidur lambat kot! sbb apa? sbb itu bakat Puan Shuhada,
padahal dia kata, dulu mcm feeling feeling je, tapi rupanya
ianya bukan feeling feeling, bukan cobaan, ianya kenyataan.hehe.
Shuhada Trainer MYRYL
Puan Shuhada, cantik mcm Fazura

Enjoy di Workshop MYRYL


sepanjang bengkel, kami sangat enjoy, padahal ada je yang baru 1st time jumpa,
tapi mmg best, sbb ada selingan Zumba dari Darlyn, boleh search IG
@zumbadarlyn seyes mmg best tgk darlyn berzumba, badan melintuk liuk!
haih! aku gelakkan je org, sbb aku malu.hahahah

Habis kursus, kami mendapat Sijil penyertaan dan CD colours and career,
CD ni nanti aku review jugak ye, kalau tak sempat hadir bengkel,
boleh je beli CD ni, tapi hadir bengkel lebih seronok,
untuk individu hanya RM250/ per person ( ono to one ), kalau bengkel,
masih dlm penjadualan, hehehe. boleh je kalau nk usulkan
Unit unit korang buat latihan ni, sbb ada sijil tau!
aku ni pun, dapat lah 1 hari berkursus.hehehe.


KBBA - MYRYL



Terima kasih buat Puan Shuhada atas perkongsian
dan Ben Ashaari atas peluang ini.

untuk maklumat lanjut, korang boleh klik :

Web: http://www.myryl.net/
Instagram: https://instagram.com/myrylpoint/
Tel: 03 - 4065 0091

7 comments:

Miss Sparkler said...

Interesting sharing, happy visiting from harinumunirah.blogspot.com

Nina Mirza said...

Seronok sangat dpt joint workshop warna nie kan.... Sangat bermanfaat ;)
Saya suka.. Saya sukaa...!!

nadiah hanum said...

Menarik! Untung la rara dapat join workshop ni...semoga flow hidup awak lebih membahagiakan yea.

Nurzakiah Hanum said...

ALHAMDULLILAH

Nurzakiah Hanum said...

ALHAMDULLILAH

Nurzakiah Hanum said...

ALHAMDULLILAH

ctmz said...

best nye dpt join workshop ni! info baik untuk ct yg nak tukar kerjaya ni. =) tq laling!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...