05 June 2015

Urut Naikkan Peranakan

Lately perut aku rasa tak sedap, rasa berat, badan rasa angin je, rasa pelik sgt badan ni, mmg ingat nak berurut, tapi tak de masa. Biasa lah, duk KL, apa yg sempat, semua x sempat.

Semalam, jiran sebelah umah aku ni, sakit bahu, sbb jatuh, then dia nak berurut, kat area rumah aku kat Ipoh ni, kalau cakap pasal berurut, makcik Kiah lah yang paling lagend, dia urut dari mak aku dulu, dari mak aku dalam pantang, sampai lah ke zaman aku ni skrg ni. Cik Kiah bab mengurut mmg no 1, kederat dia mmg hebat lah! Kalah lelaki wei, skali dia tarik, perghhhhh.nanges!!

Lepas makcik wati jiran aku mengurut, cik Kiah suruh aku pulak mengurut, sbb tak larat sgt perut ni, dia kata urat aku kembang. Aku pun dengan rela hati serah diri, aku x rela sgt kena urut, sbb sakit.hahahaha. mmg x biasa kena urut.

Mula mula cik kiah urut perut, dia naikkan balik peranakan aku, mmg terasa sgt ada sesuatu yg naik dr perut, mmg sedap sgt rasa perut ni, rasa kosong and selesa, sambil naikkan peranakan, cik Kiah baca baca sikit.dia kata peranakan aku rendah.

Masa dia urut kaki tangan aku, berdetak detak bunyi badan dan tulang aku, hahaha.baru umur 28, dah mcm ni, kalau 38 mcm mana lah pulak.haih~ lately aku minum air tembikai, sebelum ni aku x minum tembikai, sejak aku minum lah aku rasa mcm ni, aku dengan tembikai and nangka mmg kalah.aku xleh makan.

Cik Kiah kata kita ni kena gak minum jamu jamu, kalau nk badan cantik, minum air kunyit, minum air rebusan inai dan daun sireh, minum jamu, tapi zaman kita skrg ni, hmmmm mana lah nk cr daun daun, then jauh dr mak kita pulak, lg lah x hingin nak minum kan, baik minum ais blended, hahahaha.hadoiii.

Skrg ni rasa ringan sgt badan aku, rasa lain, serius, dan skrg ni jugak Princess tgh urut aku, dia pulak tiru cara cik Kiah urut aku.hahahahaha.adoiii.anak lah anak. Aku doakan supaya cik Kiah panjang umur, nt leh lg urutkan aku, sbb masa aku beranak dulu pun, dia yg urutkan aku, cik Kiah even umur dan 60 lebih, tapi kederat mmg terbaik, tu lah org dulu, pandai jaga badan, dh umur 60 lebih pon steady, kita ni nt mcm mana lah gamaknya kan.hehehe.

7 comments:

::EIDA:: said...

hai cik kiah! cik kiah ni rugged lah muehehheheee

UMIE SUE said...

su ntah bila nk ngurut ..penakut sebenarnyee..

yoorin melacolea said...

adeh rara.. ni pon rasa nak pergi berurut.. kalau boleh nak org yg urut kuat2.. urut kampung jugak yg best..

Cikgu Norazimah said...

CN mmg suka berurut tradisional ni, rasa ringan jer badan ;)

Natasyaida said...

Hi. Cik kiah boleh dth rmh urut tak. Ada number dia?

Eda Omo said...

Boleh bagi no cik kiah? Nak suruh dye mengurut..

Unknown said...

Berapa ye kalau urut macam ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...