06 July 2015

Antara anak dan suami

Satu perkara yang paling aku tak sampai hati nak buat ialah, meninggalkan orang yg aku sayang, dalam kesakitan, contoh like anak atau suami. Aku xtau orang lain mcm mana, tapi kalau aku, mmg sangat tak sampai hati.

Last week, Princess demam, hari Rabu tu dia berlanggar dengan kawan dia kt school, tengah main main, berlaga kepala kawan dia dengan bibir Princess, bygkan berlaga bibir dengan kepala mcm mana pecah dia, atas bawah bibir dia pecah, masa bukak puasa tu dia tak nak makan, hari Malam tu badan dia dah mula dedar, masuk ke Malam, badan panassss sgt, Khamis tu mmg aku MC lah, tak sanggup aku nak tinggal dia dgn papa dia, sbb dia muntah muntah, apa yg dia makan, semua keluar balik. Dan nasib lah aku tak kerja, tgh hari tu bawak jugak dia g klinik.

Kisah si papa nya pulak, hari Jumaat tu papa dia pulak mcm x sihat, dia kata tekak sakit, badan x sedap, sabtu tu dia gigih lagi nak keluar, tapi ahad dah melepek sangat. Ptg tu princess keluar dgn mummy and nenek, ibuu duk umah jaga papa, malam tu giliran aku pulak ke Shah Alam, jalan jalan sambil teman adik ipar cr baju raya dia, aku balik rumah dlm kul 12 lebih, aku tengok papa nya mcm dah xlepas nyawa, tny dia, nak g hospital tak, dia kata nak, nak amik neb, so ke Hospital lah kita sampai 3am, dgn ada sekumpulan India nya berdarah darah kepala, bising bising, mst gaduh lah tu.

So harini ingat nak g kerja lambat, aku dah msg boss, tapi mcm x sampai hati nak tinggal suami dlm keadaan mcm ni, so xpelah EL jelah, tak sanggup nak biar dia sorang sorang, hmmmm. Biar lah cuti tinggal sikit pun, asalkan dapat jaga anak dan suami kan. Aku x rela nak biar mereka sorg sorg, dan aku mengharapkan, kalau aku sakit nanti, dorg jugak tetap akan berada di sisi aku. AMIN.

2 comments:

DRAMATIC UNIQ said...

memang tak sampai hati pun.
lagipun kerja boleh buat nanti-nanti tapi bab sakit pening ni tak leh tangguh-tangguh... :(

yoorin melacolea said...

sama... memg ambik mc je la kan..tp selalunya asben yoorin kalau demam, teruk sangat. mcm langsung tak boleh nak bangun..nak tido je.. kadang rasa awatlaa ngada sangat.. huhuh..tp tu laa,jrg demam..sekali dah demam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...