08 July 2015

Berbuka Puasa di " HUANG-DI Restaurant " A'Famosa Resort Melaka

Berbuka Puasa dengan Chinese Style Food


dah baca ke entry Buffet Ramadhan di A'Famosa Resort?
kalau belum, boleh klik LINK ni ye, hehehe. kalau
Buffet Ramadhan di A'Famosa Resort ni sedap! aku nk bawa korg ke
Restoran Huang-Di, yang aku rasaaaa berkali kali sedap lagi.
di Restoran Huang-Di, Set berbuka Puasa di sini bertemakan Chinese Style,
kalau agak agak bosan dengan hidangan bazar, boleh cuba Chinese Style pula.
bagi aku mmg sangat sangat berbaloi! Ya Allah, sedap dia, aku x dapat nak
bayangkan!

untuk Berbuka Puasa di Restoran Huang-Di, korang kena masuk dulu
A'Famosa Old West, kerana Restoran Huang-Di adalah di dalam Old West ni.
selain Restoran ini, ada juga gerai lain, tapi korang mesti cuba makanan
Chinese Style kat Restoran Huang-Di dulu!

Makanan di sini HALAL, tiada Pork, jangan risau ye.
mungkin ada yg bertanya kan, tapi ianya di jamin HALAL.
kalau org org tua, mak mak kita mesti risau sbb deco Restoran
Huang-Di ni mmg Chinese Style sangat.hehe


sebelum masuk, parrot dah menanti.hehehe



HUANG-DI Restaurant



Restoran Chinese Style di Melaka

Selain dari kaum cina muslim, kita yang melayu pun boleh makan sini,
jangan risau tau, kat sini, dia xde lah buat buffet Ramdhan,
tapi dia hidangkan makanan pada kita secara Set. ada Set A dan Set B,
tapi yang kami food testing ni lauk random je,
tapi boleh dikatakan, semua SEDAP sangat! puji pujian ikhlas ni.
kalau dtg sini lg, kami nak makan sini! serius!
suami aku suka sangat, makanan sini x pedas, sbb chinese tak makan pedas kan,
so nt akan ada Cili potong + Bawang putih + kicap cair, so boleh lah ikut
citarasa kita sendiri. Jom tengok semua menu! jangan terliur ye!
Nasi Putih kukus, makan dlm mangkuk, Chinese Style
Kicap cair
otak otak - buah buah
Sotong Masakan Nyonya
ayam gajus masak masam manis
Ayam kari kapitan! double thumbs up!

Sup ni mcm masin masin sket.tp sedapppp!
berseri seri muka laki ai! ehehehe, dia suka lah mkn makanan gini.
siakap 3 rasa! hmmm malas cakap, sbb sedap sgt!
udang masak lemak! udang besar gila!

Daging black papper!
Kailan ikan masin yang terlampau sedap! nmpk ikan masin atas tu x? seyes mmg rangup!

dan mmg semua makan Totally sedap! orang Melaka! apa lagik,
meh lah join mkn sini, kejap lag aku bg harga set tu yek!
satu potion tu mmg banyak sangat! mmg leh makan ramai ramai,
no worries, kalau korg kata mahal, hmmm bagi aku lah! untuk makan
makanan yg sedap, tak kisah lah harga, but here, Restoran Huang - Di,
mmg reasonable! berbaloi sangat!

here u go! harga untuk set set :
for 6 person.




Lepas makan, Arif bawa kami pergi tengok persembahan Red Indian,
hebat wooo, kua kua api kat mulut! hehehehe.best sgt!
Princess suka sbb dpt pegang kambing.hahahaha.

for more info :

Berbuka Puasa Set Menu Chinese Food di Huang Di
Restaurant A'Famosa Resort Melaka bermula pada

20Jun2015 sehingga 19Julai2015
bermula pukul 6pm to 10pm


Alamat : Jalan Kemus, Simpang Empat, 78000 Alor Gajah, Melaka
Call Booking : 019-600 1099
Website : www.afamosa.com
Facebook : afamosa.my
Instagram : @afamosaresort

6 comments:

nor nazliana said...

tak mahal sgt ok la dengan harganya kan..jatuh sowng rm46+++

Daus Redscarz said...

Terliur plak tengok makanan makanan ni.. sabo je la,..

*baru berkesempatan follow sini

Diana Rashid said...

Bestnya tempat ni...
raya ni nak jalan2 ke sana..heheh

Yan Ty said...

Ya Allah.. sedapnya.. rindu kt kluarga sblh ayah..bila tgok mkn ala cina ni.. sedapnya..lain dr mskn mlyu..yummy.. baba nyonya gitu kt melaka lak... Haihs....

Shuhaida Kabdy said...

sedapnya rara..bebila ke Melaka boleh cuba nie..

Ieta Mat Saad said...

Nampak sedap tu... Cantik gambar. Pandai snap

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...