07 July 2015

Buffet Ramadhan 2015 A'Famosa Resort Melaka

Bufet Ramadhan Bertemakan Bazar Ramadhan


Alhamdulillah, tahun ni rezeki berbuka puasa aku dan keluarga murah,
kesana sini kami pergi jemputan berbuka puasa, seronok sangat sbb dapat merasa,
mcm mcm masakan yang sedap sedap, paling latest, kami ke A'Famosa Resort
untuk berbuka puasa di sana. TERUJAnya sampai kami terpacak kat sana jam 5.30pm,
hehehe. seee, betapa terujanya!

orang kata, " eh jauhnya berbuka, sampai ke Melaka " tapi tidak lah jauh mana,
perjalanan kami dr KL ke A'Famosa Resort hanya lah SEJAM saje,
jangan tak percaya, sejam je tau, tu pun bukan laju pun Andi drive,
slow je, sambil borak borak, sambil gelak gelak, tengok tengok dah sampai.
hehehe. haritu kami carpool je, tong tong duit minyak and tol, jihmatttt kekdahnya!
oh lupa lak nak bgtau, aku pergi A'Famosa Resort ni dengan sape lagi,
IDA BAHARUM lah! salah sorg partner #bloggerkakimakan aku.hehe

A'Famosa Resort Melaka


First time kami masuk A'Famosa Resort ni, sblm ni tak pernah masuk pon,
nak dtg sini, asek tertangguh tangguh je, so haritu dpt berbuka sini,
happy sangat! Princess lg happy sbb dpt tengok fish dalam kolam!

bagi aku yg first time masuk A'Famosa Resort ni, mmg jatuh cinta pandang pertama,
sbb tempat dia best sangat! suasana dia sangat tenang, masuk masuk ada batu belah
batu bertangkup, hahaha, eh x lah, ntah batu apa ni, tp lawa lah! kalau nak ketenangan,
tak payah pergi jauh jauh, datang sini je.

disebabkan kami sampai awal, kami Solat Asar dulu, surau, toilet semua disediakan,
of course lah kan.hehehe, dan yang penting, selesa.hehe. lepas solat, mula lah
sesi mengambil gambar, dah kata Food Review kannnn! hehehe.
JOM! tahan dan sabar ye masa melihat gambar gambar di bawah! hehehe

Buffet A'Famosa Resort lebih 100 Jenis Makanan


Hebat tak hebat lah Bufet Ramadhan di A'Famosa Resort ni, korang akan rambang
mata bila melihat lebih dari 100 jenis juadah yang menarik dan lazat lazat,
semua makanan di sini, boleh di katakan semuanya sedap sedap, semuanya
dimasak dengan kasih sayang, hehehe. ada hidangan utama, hingga ke pemanis mulut,
serta pelbagai minuman pelbagai jenis rasa.

Bertemakan BAZAR RAMADHAN, cef di A'Famosa Resort memperkenalkan menu
bufet bazar ramadhan seperti Ayam Golek Percik Sri Menanti, Sambal Pecal Mahligai,
Kambing Panggung Rempah raja, Ikan Siakap Masak Tempoyak, Burung Puyuh
Goreng Rempah Asli, Bubur Durian dan Dadih Kelapa Blueberry.

Kambing Golek
Kambing yg sexy!


















wajid







Gerai Ulaman, Malaysia Pizza, Panggang Serantau, Incredible India, Tradisional Kampung, Western Section


Hebat kan! cakap je nak makan apa, semua hade! mmg sedap semua nya!
Paling aku suka ialah Lala dia, mmg sedap yg hamat! Princess pun suka!
tapi kami tak boleh makan banyak, sbb ada lg 1 tempat makan kami nak pergi,
hehehe. tu jap lagi aku cerita! meh habiskan cerita ni dulu. cukup bergeledak perut??
hah meh tengok dessert dia pulak.




Tempat makan " smoker " dan Aircond


Bestnya di sini, tempat makan adalah sangat cozy, kita juga boleh buat pilihan,
nak duduk di tempat aircond ataupun yang boleh smoke,
tapi kami WAJIB lah memilih aircond. hehehe.

aku mulanya terkejut, ingatkan makanan untuk kami hanya di gerai luar,
tapi rupanya, section bahagian dalam aircond pon, ada lagi makanan,
mmg boleh buat juling biji mata lah! hehehe. aduhhhhhhh sedapnyaaa!
nak datang lagi, nak datang lagi!


Buffet Ramadhan 2015 A'Famosa Resort Melaka




Buffet Ramadhan 2015 A'Famosa Resort Melaka


Selain itu, bukan saje makan, tapi di hiburkan juga dgn buskers.
suara dorg ni, sedap sedap tau! boleh request lagu lagik tu! hehehe

tepat jam 8pm, ada pulak lucky draw, makan dapat, happy dapat.hehe.
bagi yg bertuah, tak pasal pasal dapat tiket penginapan di
A'Famosa Resort Melaka. hoi sape nak bagi kan! hehehe.
so! jangan lupa datang makan kat sini! aku mmg sangat puas hati,
ni jujur dari hati tau.hehehe.

ok bagi yang nak datang makan sini, or berbuka puasa di sini,
minggu akhir ramadhan ni.mesti ramai yg malas masak kan.
so boleh buat booking awal, itu adalah lebih baik ye! nanti full,
tak pasal je.

Bufet Bazar Ramadhan A'Famosa Resort Melaka
18 Jun 2015 - 17 Julai 2015
RM45/ Dewasa dan RM35/ Kanak Kanak
( tempahan sebelum 10 Julai 2015 )

Harga Biasa - RM68/ Dewasa dan RM55/ Kanak kanak
Hubungi : 06 - 552 0888 / 019 - 6008508/3517
Facebook A'Famosa Resort

dan jangan lupa juga! nanti pada 10 Julai 2015, 
ada 3000 ketupat giveaway
Majlis Replika Ketupat Terbesar di Malaysia
5pm di D'Garden A'Famosa Resort. Free Admission

masuk Malaysia Book Of Record tau!
mana tau muka korg masuk TV, hehehe, jangan lupa datang!

7 comments:

yoorin melacolea said...

buffet hotel resort paling murah pernah dengar..tengok makanan pon sangat berbaloiii..kambing golek lagi..fuuuhh

Amanda Suria said...

mak aiii...kenapa murah sangat ni....tgok makanan pun macam sedap jer...kambing tu especially seksi giler...xde la kedeks sgt macam BGR...opppssss....

Fendi Rocka said...

MURAH.


sejam KL ke Melaka aku belum pernah buat lagi

Julia Johari said...

Terbaikkkk review rara....mmg ku lihat tgk A famosa sedia sajian yg sgt mewah...harga pun murah...perghhhhhhhh...torbaikkkk

Chekgu Azrine said...

Wow..bestnya rara.murah rezki ko dik..

::EIDA:: said...

nak datang lagi ajak aku weiiiiiiiii HAHHAHAH sejam je punnnnnnnn hihihih

mama tisya said...

sedap nye..byk jugak menu...harga pn murah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...