03 July 2015

#cabaran20hari Pengalaman Manis di Bulan Puasa

Kenangan zaman kanak kanak


Kalau nak cerita tentang kenangan manis, aku rasa zaman kanak kanak adalah zaman paling manis, sbb masa kecik takde masalah, walaupun hidup dlm keadaan yg sederhana, kami bahagia. Dulu masa bulan puasa, mak aku berniaga, lepas Zohor mak aku dah pergi meniaga, tinggal lah aku dan adik adik kt rumah, papa and mak akan balik rumah lepas Magrib, lepas meniaga, aku akan masak nasi siap siap, mak dah masak lauk sebelum pergi meniaga, so lepas mak balik meniaga, kami akan mkn beramai ramai, lepas makan, main dgn kwn kwn kt luar rumah! Main bunga api lah, apa lagi. Best sgt rasa masa tu, aku rindukan sangat masa tu.


Lepas tu, kenangan paling best masa bulan puasa, waktu berbuka puasa kat kampung, dengan sepupu sepupu dan mak mak sedara, walaupun puasa satu hari, tp mcm x puasa lagaknya, main mcm mcm. Berlari kejar ayam walaupun bulan puasa, main buaian yg opah buat, Allah, rindunya kenangan tu. Bukak puasa, makan masakan yg arwah opah masak, opah akan buat kuih gelang. Rinduuunya Opahhhh ( Al Fatihah ) rindu sgt zaman zaman tu, aku rasa, masa tu lah kenangan paling manis aku di bulan puasa.


Andai kata zaman tu boleh di rewind balik seperti di dalam Cd Cd, aku ingin putar semua kenangan kenangan manis itu.


1 comment:

kisah earty said...

zaman kanak-kanak paling best kan..tanpa masalah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...