Image and video hosting by TinyPic

08 July 2015

HUKUM pemberian Duit Raya di pagi raya

Bajet Duit Raya 2015


Assalamualaikum, heee, sejuk kan pagi ni, subuh subuh td hujan lepas,
syukur Alhamdulillah, aku harini keluar g kerja awal, tapi jem jugak,
hmm tapi xpelah, sampai opis pon 8.29am, ok lah tu. pagi ni masa dgr radio
Ultra, topik pasal PEMBERIAN DUIT RAYA DI PAGI RAYA.
hmmm, aku suka topik ni, duit raya pun aku dah tukar,
tazabar nak masukkan dalam sampul,
jumlahnya tak payah cerita lah kat sini,
nanti org kata Riak pulerrr, hehehe. kita ikut lah bajet dan rezeki
kita ye, dengan ikhlas hati, kalau ada lebih, bg lebih, kalau kurang,
bagi kurang, yg penting Niat.

Sejak aku berkerja, aku dah mula bg duit raya,
Jenis aku pulak, aku suka bg duit Raya kat budak, bila bg tu,
aku rasa happy sangat, tak kira lah berapa jumlah yg aku bagi tu.
tapi bila tgk budak budak senyum tgk sampul, aku pun senyum sekali.
and sampai skrg, budaya bg duit raya kat anak anak, aku masih buat,
tipa tiap tahun aku akan tukar duit Raya. aku ingat lagi tahun pertama
aku beraya dengan Abah ( arwah FIL ) dia pun bagi duit raya kat aku,
dan kalau atok ada lg skrg ni, aku tak tau lah mcm mana mewahnya
cucu cucu atok. Al-Fatihah dan itu jugak kali terakhir aku beraya dgn
arwah sebagai menantu.hmmm. Arwah FIL aku mmg pemurah,
rajin bersedekah sana sini, tu sbb rezeki dia jugak murah.
bab duit dan makan, mmg takkan berkira, tetapi, jangan MEMBAZIR.
aku suka konsep tu.

pagi tadi masa dengar Radio Ultra tu, ada sorg caller ni call,
dia cite pasal budget raya dia yg KETAT, dia kata raya x mcm tahun tahun
lepas, budget duit raya pun kena CUT, dan dia mempunyai anak buah yg
ramai, dia kata " sy akan pecahkan seratus kepada rm10, so dpt 10 sampul,
10 sampul hanya untuk 10 org anak buah yg pertama je, sape lambat tak
dapat "
Allah, sedih aku mendengar nya, mesti anak anak buah lain sedih
kalau x dapat duit raya kan. hmmm, pada aku lah,
biar lah andai kata dia bg RM2 pun pada semua anak buah dia,
tapi dpt bg semua, janji niat dia ikhlas dan hanya tu dia mampu.
kalau konsep sape cepat dia dapat ni, mcm kesian pulak rasa.
dan tahukah anda, memberi duit raya ni dikira bersedekah.
dan tau kan " nikmat " bersedekah tu apa?

--------------------------------------------------------------------

HUKUM memberi duit raya adalah harus. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Berilah hadiah, maka kamu akan saling sayang menyayanginya antara satu sama lain.” 

Hadiah duit raya adalah pemberian yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim. Tetapi hukum itu boleh berubah menjadi haram sekiranya ia niat untuk menunjuk-nunjuk kekayaan sehingga ada yang terpaksa berhutang. Justeru, ia bergantung dengan niat si pemberi. 

Soalan: Apa hukum kita memberikan duit raya di pagi syawal?

Jawapan: Bismillah.

Ada beberapa isu yang berkaitan dengan hukum memberikan duit raya di pagi Syawal. Pertama tentang hukum bersedekah, kedua tentang menetapkan 1 syawal sebagai hari bersedekah.Keutamaan bersedekah

Sedekah merupakan satu tuntutan di dalam Islam, di mana dalam banyak hadis Nabi SAW juga di dalam Al Quran secara umum,

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ وَاللهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَآءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ 

Ertinya: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai menghasilkan seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (surah Al-Baqarah, 2: 261)

Maksudnya bersedekah atau infaq pada jalan Allah SWT merupakan satu amalan yang ganjarannya sangat besar dan ia bertambah-tambah. 

Begitu juga di dalam hadis Nabi SAW bersabda, تهادوا تحابوا

Ertinya: “Hendaknya kalian saling memberi hadiah nescaya kalian saling mencintai.” (riwayat Al-Bukhari dalam Al Adab al Mufrad, hasan)

Maka salah satu cara untuk menghubungkan silaturrahim adalah dengan melalui sedekah. Maknanya hukum asal bersedekah adalah harus dan dituntut dalam Islam.

no no no!

Sedekah dan NIAT

hmmm, dah semua nya terletak pada NIAT, jangan menunjuk nunjuk,
berlapang lah dada, bagi mana yang kita rasa cukup dan ikhlas pada kita,
insyaAllah, jangan lah kita rasa terbeban bila bagi duit raya,
jangan rasa " eh aku ni nanti, bg duit raya kat anak org, nanti aku x cukup
duit pulak cukup bulan, gaji lambat lagi ni "
hah jangan gitu,
#akubukanustajah tapi Allah ada, insyaAllah, ada nanti rezeki rezeki
lain yang datang, InsyaAllah. semoga urusan kita di permudahkan ye.
Amin.

* andai kata aku tersalah kata, betulkan aku ye,ini pendapat peribadi sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Teringat masa kecik asal pi beraya je cari rumah besar2..pernah paling besar punya rumah dpt 30 sen je...haahahahaha....betul tu ra...biar niat kita tu betul..jgn ada riak

    ReplyDelete
  2. Ikut kemampuan masing masing kan. Memang seronok bila dapat duit raya. Hehehe

    ReplyDelete
  3. jangan lupa satu sampul beserta duit raya utk saya

    ReplyDelete
  4. nampaknya jumlah duit raya thn ni kena kurangkan sebab dah byk duit abis mengubahsuai rumah tempohari..

    ReplyDelete
  5. sangat setuju dgn entry rara ni.. kipidap rara..sedekah tu membuka 1001 pintu rezeki.. ciknaa pn bajet ketat, tapi inshaaAllah ada untuk anak buah..

    ReplyDelete
  6. Ikhlas memberi...lagi banyak Allah kasi kan rara...

    ReplyDelete
  7. ikut kemampuan.. tapi kan budak sekarang ni ade sikit kurang malu, selamber giler bukak angpow depan tuan rumah. x macam kita dulu2..

    kumpul2 banyak2 dah nak habis raya baru bukak kira ramai2 dengan adik beradik :)

    ReplyDelete
  8. ikut kemampuan yang penting ikhlas....

    ReplyDelete
  9. Betulla sis.tahun ni nk tukar duit raya amount krg dr sebelum ni.huhuju

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com