13 July 2015

Kasut Raya anak yang lain dari yang lain

Kedai Kasut Budak Cantik-Cantik


Sejak Princess dah menginjak usia nak masuk 3 tahun ni,
aku jadi lg happy! sbb mcm mcm kasut dia boleh pakai dah,
kalau dulu, kasut yg aku belikan kat dia, amat terhad,
sbb Princess ni kaki dia kecik, susah sgt nak cari kasut yg sesuai,
kalau yg ada pun, design yg " biasa " je, so aku mcm bosan gila,
balik balik sandal, sandal, selipar, design lak, kartun kartun,
frozen, cinderella, huh! xde ke design lain! hahaha.

Tapi sejak Princess dh besar sikit ni, banyak sikit pilihan kasut
yang kami boleh belikan kat dia, kalau dekat H&M tu,
kasut kalau size kecik tu, cpt sgt sold, tp design mmg lawa lawa lah,
( lawa bg mata aku ) dia jenis, masa yg ada kat rack tu je ada,
kalau takde tu, means habis lah. aku frust betul lah.

Tapi tahun ni, best lah, Princess boleh pakai kasut kasut lain,
sbb size dia dh besar.hehehe. dia skrg pakai size 25, hehe.
Haritu, misi kami mencari kasut Raya dia, kebetulan lalu sebelah
Quill City Mall, kat Quill City tu ada H&M, so ajak lah laki aku g jap,
masuk masuk tetap frust, sbb semua kasut habis size,
pusing pusing xde pun size Princess,
tetiba nak di jadikan Cerita, dia stop masa kami nk keluar dr H&M tu.


" Ibuu, KEJAP! kakak nak TEST kasut tu "
" kasut mana? "
" Kasut tuuuuuuuuu "

sambil tarik aku pergi area kasut tu.
tetiba dia tunjuk kasut boot pink ni,
aku like????!!! seriously Princess!!!
papa di pandang aku, aku pandang papa dia.
dia mmg NAK sgt kasut tu, tinggal ada satu je lg size 25,
mmg ngam untuk dia, tetiba dia kata,

" kasut kakak sama mcm papa "

ahahahaha, kami bantai gelak!
lepas tu dia ckp, " ibuu pergi bayar, kakak nak pakai "
aduhhhh~ berdesup ke jantung, dia mmg betul betul nak kasut tu!
banyak kali kami tanya, kakak nak ke? kakak nak ke?
dia tetap kata dia nak! nak kasut mcm papa,
sbb papa dia pun pakai boot timberland tu.
huh~ lappeluh!
happy girl!


Quill City Mall

Selain H&M, kat Quill City Mall, ada jugak NEXT,
aku pestime gak masuk NEXT ni, sblm ni tak pernah,
pergi area kasut dia, mmg cun cun sangat! aku suka gila,
tapi harga dia, hmmmmmm, jangan cakap lah, lap peluh jugak lah nak bayar,
tapi bila tgk kualiti dia, mmg aku puas hati lah,
sbb aku mmg selalu sgt beli kasut Princess,
bila beli yg biasa biasa ni, budak kan lasak,
kejap je dh rosak. bila beli mahal sket, mmg tahan lama,
seyes! value for money lah kekdahnya!

so aku pun pilih pilih kasut utk Princess,
satu kasut sarung, satu kasut ladies, ewahhh,
takkan lah nak pakai baju kurung dgn BOOT kan!
pengsan org nengok nanti.hehehe, TAPI, masa nk bukak kasut boot dia,
nk suruh dia test kasut tu, punya lah payah korang tau!
dia tak nk bukak boot pua chu kang dia tu, sayang sgt,
sampai menangis nangis, aku mmg can't handle lah,
aku serahkan kat papa dia, papa dia pujuk,
nak jugak bukak Boot pink dia tu,
and try kasut aku nk beli tu, fuhhh~~ mencabar betul!
aku tawakal je beli, hope raya nanti dia nak lah pakai.
itu pun, design yg aku pekenan semua xde size,
2 pasang yg aku beli tu, tinggal tu je size Princess,
hish frust betul lah, tp cantik lah jugak.
ok lah di mata aku.

tazabar ajak papa balik, sbb risau org suruh dia bukak boot.
Next Malaysia

H&M Nu Sentral

Semalam pulak pergi H&M kat Lot 10,
cari baju papa dia, cari seluar Princess,
nampak kasut bawah ni, kat Quill Mall smlm habis size,
tetiba kat Lot 10 smlm aku size, so rembat lg sepasang!
huaaaa mantiklah nakkkk!


tadi pulak, pergi jalan kat H&M Nu sentral,
perkenan lg dengan 2 pasang ni, huaaaaaa,
aduhhhhh~ pejam mata, beli pulak yg ni,
seyes mmg tak tahan! nak jugak beli,
kira rezeki awak lah ni princess, sbb ni je pun last size
yg hade, habis dah semua.hehehe.

SO! sampai raya hari nanti, sampai raya tahun depan,
jangan beli kasut ye! cukup dah ni! recycle je yek!
hehehe.korang kalau nak cr kasut lawa lawa,
boleh lah terjah H&M and NEXT,
tp size dh x banyak dah.

pssssttt : ada lg tak kedai kasut budak lawa lawa, meh bgtau aku.
hahahaha.larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

5 comments:

Amanda Suria said...

see berjangkit dah la kita ni sebenarnya dari anak akak kecik sampai la ni dah besar panjang memang habis kat dia je...mak dia yg giler..last2 x pakai...kaki anak pun dah besar dari kaki mak....erm...psst..kasut Hush Puppies dia tu RM289...nangess gigil2 kuar duit...

nadiah hanum said...

Haha...kelakar la incess ni...tp comel apa dia pakai boot tu..;) untung la anak dara tuuuu berpasang-pasang kasut ibu belikan dia yer! Hehee

aswaleyla said...

betol3 dye pakai kot . muahahhaa

missayu said...

cotton on!

Eka Tikah said...

wah, cantiknya kasut dia. raya sakan la ank akak. bergaya dgn kasut cantik ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...