01 July 2015

MINYAK naik lagi? hmmm relax lah!

 1 Julai 2015 - Minyak Naik Lagi


aku rasa, haritu baru je aku buat entry pasal minyak naik, baru sangat sangat, tup tup malam td kecoh, minyak naik lagi harini ( 1 julai 2015 ) Ya Allah, khabar gembira apakah ini! mlm tadi aku cakap kat suami aku, " sayang, minyak naik lg, ni dah kecoh ni " laki aku senyap je. maybe speechless kot, tak tau nak cakap apa. aku pun tak tau nak cakap apa, dengan GST, dengan bebanan yg lain di kiri kanan, ingat kan ada lah bantuan, tapi bila dpt bantuan pun, di ambil balik sikit sikit dengan cara yg perlahan lahan macam ni.

kami rakyat marhaen ni, berniaga, dan berkerja, berniaga lagi, mencari rezeki yang lebih, terkejar kejar kesana sini, buat bermacam mcm kerja pada 1 masa, tapi, lebih berkerja, lebih pulak rasa terbeban. DULU, masa aku mula mula pakai kereta, aku pakai RON 97 tau, tapi lepas minyak naik melampau, aku terpaksa mintak maaf pada kereta aku, sbb terpaksa pakai RON95 je, haritu dh turun dah RON95, ni dah naik balik.sok sok naik lagi lah tu.


Tolong Jangan Cakap kalau nak menyakitkan HATI!


lebih menyakitkan hati bila ada orang yg bercakap seperti kita takde perasaan, adakah sbb GST, sbb minyak naik, kita perlu menahan diri dr makan KFC? perlu stop dari beli barang barang raya? perlu duduk rumah, meratap hiba, perlu ke? bila minyak naik, bila GST, bermakna kita kena kerja lebih keras, tambah pendapatan, tapi bukan bermakna tak perlu mkn KFC, tau ke kalau beratur beli KFC tu sbb nak beli cheesy wedges je, sbb anak anak nak? ada nak pergi tanya ke? huh! aku tak tau lah sampai bila drama ni, tapi, sabar jelah ye.hmmm

4 comments:

Chekgu Azrine said...

Apa kena mengena kfc dgn minyak nih.kebangangan apakah ini???

CikNaa said...

geram.. sedih pun ada..

yoorin melacolea said...

bengang wey..hahadoii.. depa ni buat lawak ka?

DRAMATIC UNIQ said...

betul tu..
rakyat marhaen macam kita ni buat macam-macam untuk teruskan hidup.. nak cari duit lebih skit, ingat nanti dapat la bagi anak2 kehidupan yang baik2.. hulur2 duit belanja utk mak ayah kat kampung.. campur pulak dgn kos sara hidup, makan, pakai, semua tu akan effect lepas kenaikan harga minyak ni....

bukan la nak merungut 24 jam..
tapi dah lama sangat sabar kot..
banyak kali sangat dah asyik sabar sabar sabar je..

memang stress lah kan...!!
tapi life must go on jugakk.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...