Image and video hosting by TinyPic

29 July 2015

Outfit Pagi Raya yang OHSEM!

Outfit Raya 2015


HAI! agak agak dh basi ke belum eh cerita pasal first Raya, hehehe.
org lain dh habis cerita Raya 2015, aku baru nak bercerita,
takpelah, cite jelah, bosan bosan nanti, dah tua boleh bukak blog,
baca balik.hahahaha. Online Diary lah katakan.

sebelum raya, aku dh apply cuti start hari Rabu lagi,
so hari Selasa mcm biasa lah, aku halfday, asalnya selasa tu pun
mcm dh swing swing mood nak kerja, sbb kuih raya x siap,
baju raya x kemas, baju raya tak alter lagi, dan mcm mcm lagik lah,
tapi gigih siap kan semua, masih lg pergi kerja, sbb nk jumpa
bersalam salam comolot dgn kwn kwn opis, hehe.
si kerja lah sampai tgh hari, kul 1pm, kelam kabut ambik Princess
dari taska, then balik rumah, aku trus berdesup desup kemas apa apa yg
patut, sbb kami nak kerjarkan berbuka puasa kat Ipoh,
bulan puasa tahun ni, paling sadis sbb kami tak berbuka
pun dekat Ipoh, Schedule aku pack, kengkonon Blogger Popular kan,
hahaha. tu yg balik Ipoh lama sket, nak pujuk mak aku,
so dapat berbuka kat Ipoh hari Selasa dan Rabu dh kita OK lah kan,
sbb tahun ni ai is Beraya di Kampung Suami,
kami mengamalkan sistem bergilir, so ikut lah yewww.hehe.

so lepas habis kelam kabut, settle semua kemas,
jenuh menginggat 1 1 barang sbb risau ada brg yg tertinggal,
paling di ingat outfit pagi raya, sbb kalau tertinggal, naya lah!
dah lah jauh, sape pulak yg rajin nak patah balik ambil kan.

*dilema packing baju! kalau cuti seminggu, seminggu punya baju untuk
aku, anak dan suami aku kena fikirkan, sampai kan kena buat list,
harini baju apa utk pg, ptg dan tidur, esok pula baju apa, lusa baju apa,
hahaha. INGAT SENANG KE JADI MAK WOII! hahaha, packing baju
pun dilema tau! kami bawak bag yg besar gila! sampai x muat masuk dlm bonet.
tahun depan mmg kami kena pakai VAN!

Baju Raya utk Syawal Pertama - cheked
Baju Raya utk Syawal Kedua - cheked
Baju Raya utk Syawal Ketiga- cheked

asalnya Plan kami, raya tahun ni simple gila gila, tapi mcm tak simple je rasanya,
sbb masing masing ada berpasang pasang baju raya, beli punya beli,
tetiba jadi mcm, " eh kenapa banyak sgt baju baru ni " hahaha
so layankan jelah, bawak kelah semua. tu pun, suami aku willing
untuk kemas baju dia sendiri, dia kata mlm tu,
" eh kemas lah baju eb dgn anak je, tinggalkan je ruang,
baju syg nanti, syg kemas sendiri "
phewww lega lap peluh, sebabnya, suami aku ni cerewet sket bab baju,
kalau baju tu tak selesa, dia tak nak pakai, so kalau aku salah bawak baju,
kesian pulak kat dia kan, lepas aku settle kemas baju aku, aku serahkan kat dia pulak,
tapi aku check jugak lah baju apa yang dia bawak kan,
kang entah hape hape yg dia bawak, nayer jugak,
dalam kemas kemas tu, ada jugak yang tertinggal, ada jugak yg terlupa,
nak tau lupa apa? SAMPIN laki aku! haih! baju raya mmg aku yg settle kan,
last last boleh lupa sampin dia, so tu yg pagi raya tu dia tak bersampin,
layan lah labu, kuasa lah nak fikir.hahaha. laki aku lagi suka tak yah pakai sampin,
dia rimas, hish, sbr jelah.

hari Khamis tengah hari, kami bertolak balik ke Kelantan, *Pasir Putih
kami singgah berbuka puasa rumah Atok Sedara suami aku kat Gua Musang,
lepas berbuka puasa kat sana, kami gerak balik Pasir Putih lepas isyak,
Alhamdulillah, jalan sgt sgt smooth. TAPI! kami dapat bahana lepas nak balik
ke Ipoh, haihhhhh mmg Qada habis habisan lah! nanti aku cerita eh.

Selfie OTW balik Kelantan.hehe

Baju Raya Sponsored by MinimaLace


Baju raya kami, asalnya nak pakai baju masa hari Sanding adik Ipar aku
yg tahun lepas je, sbb baju tu hanya pakai sekali je, dah lah tempah mahal,
so decide nak pakai lah semua masa raya, tapi hati ni tak sedap,
sbb dh biasa waktu Raya, mst kena pakai baju Baru, so nak jugak baju baru,
kebetulan, MinimaLace nak sponsored baju, so 10 jari lah aku hulurkan,
hehehe. aku pilih baju Kurung Hanna warna Hitam, padahal baju melayu
suami aku warna tiffany green, dan baju princess warna baby blue,
hahaha. ko rasa? apa jadi dgn outfit pagi raya kami?
mmg takde lah dondon dondon nya! hahaha. pada baju aku,
ada lah blink blink warna biru biru, baju Princess aku jahitkan
beading warna pink pink, so begitu lah dondon kami tahun ni.hehe

Kurung Hanna dr MinimaLace
sesi bermaaf maafan, masa ni anak dara sibuk tidur.hehe

Baju Princess aku tempah kat Kak Rohaya Ayob, akk ni duk Banting tau,
aku pernah jumpa dia sekali je kat Dolceryna Butik dulu,
lepas tu kami contact tru FB messenger je, akk Roahay tak payah
pon nak susah susah amik ukuran badan Princess, dia tgk Princess
masa dekat butik dulu je, pas tu dia dh tau dah, berapa ukuran badan Princess,
mmg hebat gila kan! hahaha. dah siap baju, Kak Rohaya just post tru pos laju je,
hebat tukang tukang jahit zaman skrg, ko xyah susah susah, byr je duit pos.
hahaha. Jahitan baju kak Rohaya mmg tiptop gila! mmg aku sgt puas hati.
lepas ni aku mmg tempah kat dia je.

aku tempah Dress Viral kat dia, dress ni kan lately popular tahun ni,
jadik viral tiba tiba, tapi org lain jahit x lawa, aku tak perkenan,
kak Rohaya jahit mmg lawa, dress ni x boleh pakai kain sembarangan.
kalau x dia jadi tak cantik. then aku cuma jahitkan beading je, then siap!
hehehe.

Raya 2015 hehe
sesi bermaafan dgn papa
Princess and kakak Zahra
Nenek with cucus kesayangan

Panasnya di Kelantan


tahun ni kami mmg tak pakai baju raya sampai petang,
sampai kul 3pm je, lepas tu masing masing salin baju raya, sbb serius,
mmg panas gila di kelantan, bayangkan muka aku yg x berapa nak cerah ni
pun, laki aku kata, " muka eb merah, mcm udang kena bakar " hahaha
seyes mmg panas sgt, aku mcm nk pengsan dia punya bahang,
hari Raya ke dua, lagi lah panas, rupanya petang tu nak hujan,
lepas hujan lebat tu, barulah lega sikit, malam tu tidur sejuk,
beriye iye berselimut.hahaha. hadeh~

petang tu sempat pergi beraya rumah Mak Mimi Rafif,
hehehe, dapat jugak berjalan umah kawan kawan, kalau tak,
terperap je kat rumah, Kelantan dan Jem, tak dpt dipisahkan,
letih duduk dlm kereta.

Raya ke 3, suami aku ada reunion dari keturunan pertama,
hingga lah keturunan ke 7, Princess adalah keturunan ke 7 tu,
di majlis tu, ada lah cerita tentang keturunan keturunan dorg ni,
dorg ni asal dari Bugis, ada lah keturunan Bugis,
ada jugak atok atok dorg yg Panglima Selempang Merah,
apa ntah, aku pun dah x berapa nak ingat, tapi best lah dengar
salasilah keluarga dorg ni.hehehe.

ni anak cucu menantu Kak Cik Nab sahaja, hehehe
then Raya ke Empat, kami gerak pulang ke Ipoh Perak, Yeay!
dan dari sini lah cerita sedih bermula, tapi nanti lah aku cerita next entry,
panjang dah ni.hahahaha.

cerita korang mcm mana? nanti aku terjah pulak yek!
bai! hehehe.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. sama la kita,cite dah basi nak update jugak heheheh

    ReplyDelete
  2. cantik baju raya rara.. baju princess pun cantik.

    ReplyDelete
  3. cantik la baju kaler hitam tu....

    ReplyDelete
  4. seronok baca kisah raya..
    akak raya biasa² jer, husband takde kan..

    ReplyDelete
  5. siyes cntik bju itam tu kak.. nmpk lg kurus... heheh

    ReplyDelete
  6. Cantik ra baju raya hitam mu tu. Berkenan aku. Eh kalo incess aku rasa nak cubit2 dia, comel sgt gaya tu bergambo.

    Ra, sorry la selalu xjumpa mu kn bla blik klntn. Aku jenis mls nk redah jem dgn berpanasnya. Nanti kalo mu dtg bkn musim perayaan ke, kita jmpa eh.

    ReplyDelete
  7. Akk hmpir nk terbeli dah baju dari minimalace tu tau...seyes..cntik rara pakai tau..kurus sgt

    ReplyDelete
  8. best jgk eh kg jauh2. kg weols dekat2 je bahaha. blm panas bontot dh sampai lol. btw lawa laaa baju sponsored tu. kena dgn rara :)

    ReplyDelete
  9. It's ok syawal masih lagi active . Ahaks

    ReplyDelete
  10. Kurusnya rara!!! Jelesss akk


    Bilalah akk nk kurus ni. Sobsss

    Dah la baju tu sangat cantik! Geram tgk mcm ank patung dah tgk rara. Mcm
    Model.

    ReplyDelete
  11. baju raya pertama colour hitam tu cantiiiikkkkk sangat...!! sesuai dengan Rara.. mcm kebaya kan.. TAHNIAH.. berjaya pakai kebaya di hari raya.. tak sia-sia diet kannn... hehehehee... :)

    dress Pincess pun cantiikkk... pandai dia gayakan...

    ReplyDelete
  12. canteknya...selamat hari raya akk :D

    ReplyDelete
  13. tak basi lg kot..sbb kiteww pun xde citer pasal raya lg..hihi..
    baju2 raya rara sume santekk2..tgk kt fb n ig..sume cun2..

    ReplyDelete
  14. Amboi cantiknye baju pg raya. Kebaya lagi !! hihii oh balik beraya di kelantan jgk ke?? hihi

    ReplyDelete
  15. cantiknya baju raya akak. kebaya. hehe

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum,cantiknya kebaya hitam tu,sangat manis dipakai.....

    ReplyDelete

sayang anak ditangan-tangankan,sayang rara,di komen-komenkan.heee~ thanks sbb singgah and baca entry and komen skali,i appreciate it. =.='

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com