Image and video hosting by TinyPic

28 August 2015

1001 Kebaikan MRS ( Miracle Refreshing Serum )

Hilangkan Sakit Kepala dengan mudah


Pernah tak tiba-tiba sakit kepala datang? tak semena-mena,
aku kalau sakit kepala datang, aku mulalah tak tentu arah,
berdenyut-denyut, rasa nak baring je, tapi kalau tengah busy,
mcm mana nak baring kan, so kena lah cari cara lain,
cara yang lagi mudah, just sapu di kepala,
bau tak kuat, tak menyegat, bau sangat segar~
terus surut sakit kepala. tak percaya? try lah!

Miracle Refreshing Serum

1001 Kebaikan MRS ( Miracle Refreshing Serum )
Serum
1001 Kebaikan MRS ( Miracle Refreshing Serum )

KEBAIKAN MRS


Kebaikan MRS ni sangat banyak, hanya satu serum,
tapi banyak kebaikannya, aku dapat serum ni dari kak Leenda,
dia kasik sample ni masa Gojes Family Day haritu.
skrg ni baru sempat nak review, bz sangat kekdahnya.
tapi thanks to kak leenda sbb memperkenalkan MRS ni,
aku dpt sample yg kecik ni, mmg senang, sumbat je dalam handbag.

- Mengurangkan Kekusutan Rambut
- Tidur lebih lena
- Mengurangkan Stress selepas penat belajar dan kerja
- Menurunkan Suhu Badan ( ketika demam )
- Membantu menjadikan kulit lebih licin
- Mengurangkan Kelimumur
- Mengurangkan sakit kepala dan migrain
- Mengecutkan jerawat
- Boleh digunakan sebagai pencuci muka
- Mengurangkan kutu kepala
- Membantu mengurangkan Loya ibu mengandung
- Mengurangkan kegatalan kulit kepala
- Memberi kesegaran selepas bekerja
- Digunakan sebagai pencuci bahagian Intim
- Merawat masalah rambut berbuah dan bercabang



Gambar bawah ni, ada harga dia, skrg ni ada promotion tak silap aku,
untuk info lanjut, klik FB Miracle Refreshing Official Page,
or IG Miracle.refreshing.official or Whatsapp je 013-936 4676



Jangan lupa cuba hokkay! bai ♥

Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara

Hari Lahir Panda yang ke 9


Hai semua, Assalammualaikum, dan baca episod semalam?
hehehe, kalau belum, ada link di last entry kejap lagi,
sambungan kepada entry semalam, harini kita borak pasal Panda.
Panda Gergasi di Zoo Negara Malaysia.

Kalau orang kata, " ich, buat apa bazir duit mahal mahal tengok panda? "
bagi aku, tak bazir, sbb ini pengalaman, tengok Panda Gergasi depan depan,
nak pergi China ntah bila lah kan, so bila ada kat Malaysia ni,
berpeluang lah jugak kita tengok depan depan.

Bila dpt tengok panda gergasi depan mata,
rasa teruja dia lain macam tau, mmg kita happy sangat bila nampak dia,
walaupun Panda tu tak paham apa kan, hikhiks, panda ni mmg besar, comels,
rasa mcm nak peluk je! kalau lah boleh peluk kan. tetiba #rarawishlist

masuk dalam kawasan " rumah " panda ni,
korang tak boleh bising tau, akan ada staff zoo negara yg
akan pegang tagging " syhhh " hehehe, mmg tak boleh bising dan ckp kuat,
kalau nak snap picture pun tak boleh ada flash, sebabnya?
nanti panda akan STRESS! dan dia akan mengamuk,
staff tu kata, panda pernah mengamuk tau, pokok pokok
yg patah dlm " rumah " dia tu, sbb dia mengamuk lah.
hah takutkan! hehe. comels tp garang, mcm aku. errrrr~

Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara
' rumah ' Panda Gergasi yang direka KHAS sama seperti habitat asal
sexycited! hehehe
Habitat Panda
Habitat Panda
belum panas Hannah - Princess
Sebelum kami masuk sini, kami diberi briefing serba sedikit tentang panda,
apa makanan dia, dia suka apa, dia dari mana, umur berapa, dan tengok
TAIK dia,hahaha, nanti aku nak buat GA, " soalan dia - apa kegunaan TAIK Panda "
hahahaha. hadiah best best tau! hahaha. sape nak join? hahaha.

lepas briefing, baru lah kami dilepaskan masuk kandang.hehe.
masa masuk tu, Ampunnnnn aku teruja sangat! sejuk~
cantik, segar, ada air terjun lagi tau, mmg dorg decorate sebijik
mcm tempat tinggal asal panda.

masa kami masuk, panda merajuk, dorg kata dia duduk je depan pintu keluar,
muka mengadap pintu, ntah kenapa, rindu dengan anak kot,
yelah, sejak bergelar bapa ni, jiwa kebapaan menyerlah lah kot.
hahaha. Tahniah Xing Xing sbb dh jadi bapak! hehe.

Masa kami masuk, kami hanya boleh tengok Xing Xing je,
sbb Liang Liang kan baru lepas bersalin, dia sibuk lah bertunggu,
berpilis, berbengkung segala.hahahahah. ok tipu. Liang Liang
dan baby dia, dikuarantin kan selama 2 bulan, mmg tak boleh keluar
dan tiada siapa pun boleh tengok, hanya dia dan penjaga dia je,
penjaga Liang Liang ni di latih setahun tau, dia China dan Singapore.
hah bukan calang calang ye! masa kami pergi tu, Perdana Menteri dan
Agung pun masih belum melawat lagi, kalau mereka nak melawat,
dibenarkan lah sekejap. kalau korang! mmg tak boleh lah! hahaha.

tetiba jumpa mek ni!
Panda Gergasi Malaysia
berak!
Panda Gergasi Malaysia
Fu Wa dipinjamkan dr China selama 10 Tahun sebagai tanda simbolik Jalinan Diplomatik
antara Malaysia - China
Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara
Nama asal Xing Xing di China adalah Fu Wa ( Lucky Doll ) Fu Wa seorang yg
peramah dan mudah mematuhi arahan.


lepas tunggu dalam 15minit macam tu, baru lah Xing Xing keluar,
itu pun, keluar je, terus kencing, siap berak skali, hampeh betul,
tunjuk kami taik dia, hahaha. dah lah kencing banyak.hahaha.
lepas dh kencing berak, boleh lak naik atas kayu, tido lagi,
haih~ malas eh! babap montot kang! Masa ni lah kami dapat tengok
dekat dekat, alaaaaa gerammmmmm!

Tak Sangka jumpa mimi dalam Rumah Panda ni,
aku dari jauh nampak mimi, rupanya dia dh pakat dengan Anez,
hahaha. so berjumpa lah kejap.

lepas tu, tibalah acara Panda potong kek!
hahaha. pandai betul xing xing ni tiup lilin tau!
jangan tak tau! hahaahahaha ok tipu lagi.
ko ingat ada ke nak nyanyi nyanyi lagu happy buffday?
mmg tak de lah, hahaha, di datang kat kek dia tu,
trus je dia ngap segala buluh buluh tu. mana pandang kiri kanan,
kek dia tu, dorg buat guna ais batu, hiasan dengan carrot carrot dan
buah buahan, healthy sangatttt!

Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara
kek hari lahir Xing Xing
Sambutan Hari Lahir Panda Gergasi di Zoo Negara
selamat hari lahir Fu Wa, semoga pandang umur, dimurahkan rezeki #ehh, bila nak tambah baby! #ehh

Sekian lah cerita aku tentang Panda Gergasi dan Sambutan hari panda
di Zoo Negara, pengalaman yg takkan aku lupa,
kalau orang lain pergi tgk panda, panda tido je, tapi kami,
berpeluang sambut buffday Panda, bestnyaaaaa~ hehehe.
Habis tengok panda, kami pun keluar lah, jalan jalan area situ,
tapi anak dara bertuah aku, keluar je tengok panda, tengok elephant,
dia dah diam je, senyap je, rupanya, dah lena dalam stroller.hahaha.
penat sangat, balik rumah sambung tido, sampai kul 6.30pm,
hebattt hebattt! dengan mak bapak pon lena~ hehe.

eh ada kwn papa lah! hehehe
lena sambil makan gula gula
papa masih excited! hehehe.tq papa!
Terima Kasih buat Ben Ashaari, AJK Kelab Blogger Ben Ashaari,
kak Farah, pihak Zoo Negara, Puan Zuliana, Pihak Cosmoderm,
Food Panda, dan Azwar sbb bg buku ( menang lucky draw )
omei x kasut panda ai! hehehe. Terima Kasih untuk peluang ini.
Semoga kalian dimurahkan rezeki, Amin, Jumpa lagi, bai ♥


Link Berkaitan : Blogger Day Out Zoo negara
Link Berkaitan : Blogger Day Out Cyberjaya

ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ

1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ



1. Copy banner di atas dan buat entry khas bertajuk ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ (entry tersebut mesti lah ada TAJUK, BANNER, GAMBAR PARODY anda dan kalau nak menang anugerah khas juri, sertakan sekali CAPTION yang menarik di bawah gambar tersebut.)

2. Follow Blog DRAMATIC UNIQ

3. LIKE Fanpage Facebook DRAMATIC UNIQ


-------------------------------------------------------------------------------------

Sama macam orang lain, aku pun tak nak melepaskan PELUANG
join GA 1st kak ain, HADIAH sangat lumayan weyh!
Wang tunai RM350 untuk dimenangi, mana tau,
tetiba ada rezeki aku, hehe, dapat tempat pertama
pon JADIKLAH! #hint

tapi, bukan senang senang nak menang, kena berusaha sikit,
lepas habis tarikh penyertaan pada 31 Ogos 2015 nanti,
ada pulak tarik pengundian, 1-15 Sept 2015,
masa tu, kena suruh lah org like pic kita byk byk,
huaaaa, ni yg lemah ni, korg kena tolong aku tau! hehe.

Keputusan akan keluar pada 16 Sept 2015,
korang kalau nak join, baik cepat, ada 3 hari je lagi,
Klik je Banner atas tu, Syarat pun mudah sangat,
cepat tau join!

oh banyak sangat cakap, nak tengok tak pic parody aku?
mahaplah~ tak makeup pun masa ni, huaaaaa,
ntah hape hape je muka, Juri, kalau x makeup,
tolak markah tak.hahahahaha.
jangan gelak tauuuuu.



































































scroolllll...............








































































scrolll....................










































































yeay!














































ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIQ
hahahaha, ini dia! agak agak sama tak? boleh menang tak? kihkih! cakap lah boleh,
tau tak, susah tau nak parody, korg jangan ingat senang! kalau boleh buat,
cepat buat! sama mcm banner! ini je yang mamphuuu! hahaha.
ok ke tidokkkkk!



apa lagi tunggu! cepat lah join! hehehe.

27 August 2015

Blogger Day Out di Zoo Negara

Kelab Blogger Ben Ashaari Blogger Day


Alhamdulillah, masa yang dinanti nanti, ditunggu tunggu pun sampai,
23 Ogos 2015 kami Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari beramai-ramai
mengadakan Bloggers Day di Zoo Negara, Semuanya berjalan dengan lancar,
dari awal sehinggalah ke akhir acara, terima kasih buat AJK yg sangat
berusaha keras. Terima Kasih! tak lupa juga for all sponsors!
kami sangat happy, apatah lagi anak dara aku tu, berzikir hari hari
nak pergi tengok panda, Akhirnya, dapat jugak tengok.hehe
sebahagian Ahli Family KBBA =)
Punya Excited laki aku, sampai bangun kul 5.30am untuk sediakan
nasi goreng, utk bawak ke zoo, breakfast kat sana, p/s : kenapa laki aku?
sbb laki aku punya nasi goreng adalah sangat sedap! hahahaha.
tak percaya, tanya ida baharum dengan kak nina, bertambah wei~
hahahaha. jam 6.30am aku mandi solat, then kemas kemas brg yg
nak dibawa, naik bilik tengok anak dah siap mandi, rupanya laki aku
mandikan, dia kata senang sgt gerak anak dara tu,
cakap sekali je " princess, bangun mandi, kita nak pergi tgk Panda "
hah trus bangun, laju je, selalu kemahen liat.haha

kami orang pertama sampai zoo! percaya tak? kul 8am dah sampai,
hehe, punyalah excited! sampai je apa lagi, selpiaq sedas!
tgh tak de org, lepas tu barulah ramai ramai dan ramai~
lepas register, bahagi 2 kumpulan, then jommm masukkkk~

paling excited!

Tour Guide Zoo


Andai korang rasa Family Day di tepi laut, di rumah adalah biasa-biasa,
korg boleh buat sesuatu yg luar biasa, contoh : buat family day
atau sambutan hari jadi anak di Zoo, best jugak kan! hahaha.
masa kami masuk dalam kami ada tour guide tau,
hah jangan main main, tour guide tu akan menerangkan
info yang berkaitan dengan tempat yg kita lawat tu.
mmg best! bila ramai ramai ni, paham paham lah kan! kecoh sangat!
dan enjoy gila.

Memula lah ke Butterfly Garden, dorg kata dulu yg pernah pergi zoo,
takde butterfly garden ni, ohhh yeke~ aku x pernah masuk zoo negara,
hahaha, ni pestime, dan mmg nampak mcm baru siap, tapi sangat
cantik butterfly garden tu, Princess bila tgk butterfly, excited lah,
kemahen suka! hehe.

butterfly garden

Lepas tu terus ke tempat beruk, ungka, siamang, princess cakap,
" ibuu dia lompat lompat, jatuh nanti " hahaha. dia x jatuh nak,
mmg tu hobi dia.hahaha. then terus ke tempat melihat Penguin,
dan ke Akuarium. Fish sume besar bapak, mcm dah pencen dah.
Arapaima pon dh membongkok je berenang.haha.

nampak x arapaima tu, betul kan nama dia, hehehe. besar sgt!
tetiba terselit kak nina and kak sue. kecik2 semuanya.

Di zoo negara ni lah buat pertama kalinya aku melihat Sea Lion!
hahaha, sedih kan aku, aku tak pernah tgk sea lion secara live!
rupanya sea lion tu comels sgt! huaaaaaa. rasa mcm nk pergi hug,
dan sangat comels! bijak! kalau ada dolphin mst lagi best kan.
#over! hehe. tapi Princess pon enjoy sangat tgk persembahan
sea lion. dia tepuk tangan comei weh!

lepas habis persembahan, kami naik tram untuk lunch di
wild restaurant tak silap nama dia, Burger, Ayam goreng dia
seyes sedap gila! tak tifuuu~ hehehe.

tetiba ada anak 2.hehe

habis makan, dah habis pusing zoo,
YEAY! masa untuk tengok PANDA!
sambut hari lahir panda sama sama!

ada budak tu, mmg tak tidur langsung, tapi sangat behave,
sbb apa? nak tengok panda, jangan buat perangai, ibuu dah warning
awal awal, kalau buat perangai " JOM BALIK " hah takuttt!
ibuu garang. kihkih.

mana PANDA? esok lah cerita eh, penat edit gambar,
esok sambung, tunggu tauuuuu!

Busuk!

safura.online.diary © . Designed by MaisarahSidi.com