27 August 2015

Blogger Day Out di Zoo Negara

Kelab Blogger Ben Ashaari Blogger Day


Alhamdulillah, masa yang dinanti nanti, ditunggu tunggu pun sampai,
23 Ogos 2015 kami Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari beramai-ramai
mengadakan Bloggers Day di Zoo Negara, Semuanya berjalan dengan lancar,
dari awal sehinggalah ke akhir acara, terima kasih buat AJK yg sangat
berusaha keras. Terima Kasih! tak lupa juga for all sponsors!
kami sangat happy, apatah lagi anak dara aku tu, berzikir hari hari
nak pergi tengok panda, Akhirnya, dapat jugak tengok.hehe
sebahagian Ahli Family KBBA =)
Punya Excited laki aku, sampai bangun kul 5.30am untuk sediakan
nasi goreng, utk bawak ke zoo, breakfast kat sana, p/s : kenapa laki aku?
sbb laki aku punya nasi goreng adalah sangat sedap! hahahaha.
tak percaya, tanya ida baharum dengan kak nina, bertambah wei~
hahahaha. jam 6.30am aku mandi solat, then kemas kemas brg yg
nak dibawa, naik bilik tengok anak dah siap mandi, rupanya laki aku
mandikan, dia kata senang sgt gerak anak dara tu,
cakap sekali je " princess, bangun mandi, kita nak pergi tgk Panda "
hah trus bangun, laju je, selalu kemahen liat.haha

kami orang pertama sampai zoo! percaya tak? kul 8am dah sampai,
hehe, punyalah excited! sampai je apa lagi, selpiaq sedas!
tgh tak de org, lepas tu barulah ramai ramai dan ramai~
lepas register, bahagi 2 kumpulan, then jommm masukkkk~

paling excited!

Tour Guide Zoo


Andai korang rasa Family Day di tepi laut, di rumah adalah biasa-biasa,
korg boleh buat sesuatu yg luar biasa, contoh : buat family day
atau sambutan hari jadi anak di Zoo, best jugak kan! hahaha.
masa kami masuk dalam kami ada tour guide tau,
hah jangan main main, tour guide tu akan menerangkan
info yang berkaitan dengan tempat yg kita lawat tu.
mmg best! bila ramai ramai ni, paham paham lah kan! kecoh sangat!
dan enjoy gila.

Memula lah ke Butterfly Garden, dorg kata dulu yg pernah pergi zoo,
takde butterfly garden ni, ohhh yeke~ aku x pernah masuk zoo negara,
hahaha, ni pestime, dan mmg nampak mcm baru siap, tapi sangat
cantik butterfly garden tu, Princess bila tgk butterfly, excited lah,
kemahen suka! hehe.

butterfly garden

Lepas tu terus ke tempat beruk, ungka, siamang, princess cakap,
" ibuu dia lompat lompat, jatuh nanti " hahaha. dia x jatuh nak,
mmg tu hobi dia.hahaha. then terus ke tempat melihat Penguin,
dan ke Akuarium. Fish sume besar bapak, mcm dah pencen dah.
Arapaima pon dh membongkok je berenang.haha.

nampak x arapaima tu, betul kan nama dia, hehehe. besar sgt!
tetiba terselit kak nina and kak sue. kecik2 semuanya.

Di zoo negara ni lah buat pertama kalinya aku melihat Sea Lion!
hahaha, sedih kan aku, aku tak pernah tgk sea lion secara live!
rupanya sea lion tu comels sgt! huaaaaaa. rasa mcm nk pergi hug,
dan sangat comels! bijak! kalau ada dolphin mst lagi best kan.
#over! hehe. tapi Princess pon enjoy sangat tgk persembahan
sea lion. dia tepuk tangan comei weh!

lepas habis persembahan, kami naik tram untuk lunch di
wild restaurant tak silap nama dia, Burger, Ayam goreng dia
seyes sedap gila! tak tifuuu~ hehehe.

tetiba ada anak 2.hehe

habis makan, dah habis pusing zoo,
YEAY! masa untuk tengok PANDA!
sambut hari lahir panda sama sama!

ada budak tu, mmg tak tidur langsung, tapi sangat behave,
sbb apa? nak tengok panda, jangan buat perangai, ibuu dah warning
awal awal, kalau buat perangai " JOM BALIK " hah takuttt!
ibuu garang. kihkih.

mana PANDA? esok lah cerita eh, penat edit gambar,
esok sambung, tunggu tauuuuu!

7 comments:

Ana said...

Bez nye..cam ne nak join ..sob sob sob

ameris said...

bestnya...

eima said...

wahhh sape sponsor ni

dalila said...

alahaiii..ingtkan spi abis citer..

SweetLikeWhat said...

comel gambar incess yang first tu

DRAMATIC UNIQ said...

comeiii nya Pincess dalam gambar first tu..
senyum kemain lebar..
nampak sangat excited nak tgk Pepanda... :)

Cikk Mimin said...

mesti putri seronok sgt kat zoo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...