05 August 2015

Jamuan Raya Ibu dan Princess

Jamuan Raya 2015

Allahuakbar, kegilaan Robocarpoli, tak menang tangan aku dibuatnya,
tapi Alhamdulillah, rezeki Allah nk bagi, tapi mmg dasat betul,
aku rasa, sepanjang aku meniaga, robocarpoli paling hebat sekali.
org beli sampai 5set 6 set. harini pon masuk lg 24set.
seyes tak menang tangan, customers semua bukan dr kwn FB,
ntah dari mana mana, aku just iklan kan kat Blog aku je,
hebat kan pengiklanan di blog, cust dtg dari seluruh Malaysia.
sape nk iklan kan Product pada aku, meh lah.hehehe.
*opss ter-iklan pulak.

dan nak habis habis Raya ni, ramai lah buat Jamuan Raya kan,
sampai tak larat nak makan, Office aku pun tak ketinggalan,
semalam di Office aku, harini di Taska Princess pulak.
esok ok xde apa apa.Free.ehehe.ada sesiapa nk jemput x?

Jamuan raya di unit kami ni, style dia mcm potluck.
hahaha.mcm mana tu? setiap unit ada menyediakan bahagian masing
masing, mcm unit aku ditugaskan untuk sedia kan air,
so air untuk 600 tetamu kena lah sediakan,
kami dah 4 tahun pgg tittle buat air, abg Zul office mate aku
mmg otai buat teh tarik, sekejap je habis.hehehe.

tugas kami yg perempuan perempuan menghias lah,
dan mengemas, tapi hias stakat yg hado jelah.
hahaha.

signage selalu tugas aku lah.hehehe
ni je yg mampu hias utk booth kami.haha
unit lain buat mcm mcm makanan, sampai kembung perut mkn.

ahli Gossip yg x cukup korum.hehehe.
aku sampai malam kenyang lg, tp lepas tu kul 9pm pulak
cari nasi.hahaha.tahun ni x de hamper, sbb bajet tidak mencukupi,
tapi xpe, tak yah hamper pun xpe, Jamuan mcm ni cukup untuk mengeratkan
lagi hubungan sesama pegawai, eh tak gitu.hahaha.

Jamuan Raya Taska Princess


Harini jamuan raya taska Princess, sama konsep jugak,
mak bapak kalau sape yg mahu, boleh bawak apa apa makanan,
as potluck, aku bawak brownies je, asalnya nk bawak pavlova,
tapi bahan lak x cukup, and seyes x sempat nk buat,
fikir fikir balik, buat brownies jelah. senang. bakar pun 45 minit je,
so smlm, buat lah kejap, sonang jooo! hahaha.

budak nk main taman
Princess sebenarnya Bad Mood tu, dia dah pakai cantik cantik,
dia xnk lah tinggal kat school, berkepit je dgn aku.risau aku tinggal dia,
lepas dh lama sikit, sibuk nk main taman, sbb ramai kwn kwn dia dh main kat
taman, padahal jam kul 11.30, ko bygkan lah panas dia mcm mana.



Majlis di mulakan dgn ucapan dr emcee, emcee nya kalangan makpak jugak,
hehehe.lepas tu sesi pemberian duit raya kat anak anak.
sonoknyaaaa, beratur semua amik duit raya,
lepas tu baru budak ni ada mood, lepas tu paksa aku g Playground,
dgn dress dia tu, berlari sana sini, haih!
tak pasal aku pulak kena berpanas, nk pitam rasanya,
makan sikit je.hahaha.tak sempat mkn laksa td.sobs.

Lepas pukul satu, aku pujuk jugak dia masuk dalam,
memula dia tak nak.lepas ckp elok elok, baru ok,
aku tinggalkan dia dlm bilik, mcm tahun lepas, naye jugak aku.
kena tunggu sampai dia tidur, hahaha. tahun ni ok sikit, dah paham agaknya.
so, settle dah semua, jumpa lagi Jamuan tahun depan,
makanan banyak banyak, anak x makan pun,
mak mak yg makan.hehehe.

3 comments:

idzwa kamaruddin said...

kejap je pincess dah besar kan rara?

Nadia Johari said...

best jamuan-jamuan ni..ehhee..ingat dulu sekolah bawak kuih la..apa la

♥ Vna ♥ said...

best giler taska anak dekat ofis...series mmg best lahh! geram tgk rara ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...