26 August 2015

Jangan Simpan Duit Dalam Bank

Ringgit Malaysia terus jatuh


sibuk di sana sini orang bercerita tentang matawang,
tentang duit, tentang kegawatan, tentang tahun 98,
aku??? tidak lah berapa arif tentang hal ini, cuma tahu lah
serba sedikit, itu pun melalui cerita Suami dan kwn kwn,
suami aku pandai sket bab bab ni, hehe.

Dunia makin gila, ekonomi makin gila,
waktu gawat dulu, mungkin kita masih selesa sbb masa
tu kita kecil lagi, aku lah, aku kecik lagi masa tu,
tak paham apa apa, duk depan TV, hanya tgk berita,
tengok saja, tak paham apa apa. Tapi kini,
aku tak boleh buat buat tak paham,
kena bagi paham. betul tak?
tindakan yang akan dilakukan, masih dlm perbincangan,
tapi serius, aku takut sangat skrg ni,
takut bila kwn kwn cakap, " nanti nak ambil duit kat bank, duit kena beku "
huaaaa, penat aku cari duit tauuu~

tapi suami aku menenangkan aku, dia kata, Malaysia tak lah seteruk tu,
mungkin ye, tapi tak lah seteruk yg kita bayangkan,
kita jadi takut bila sana sini bercerita tentang duit,
pada yg xde duit pun, sibuk sibuk nak risau pasal duit.
hahahaha. dan Mimi pun cakap, kita tak lah seteruk
Greece, tapi buat masa ni, elok kalau kita beli Emas,
itu yang paling elok sekarang ni.

kalau nak kata tak nk simpan duit dlm bank,
kita akan membahayakan diri kita jugak,
if beli emas byk byk pun, kena beli peti besi,
kena simpan tempat selamat jugak, betul tak?

mmg betul, hari hari mendatang akan jadi suram,
semua manusia akan hilang kewarasan, semua akan jadi x betul,
stress sana sini. cukup lah kalau tengok waktu balik kerja,
hujan pulak tu, cukup! dia punya gila, semua tak nak sabar,
hon sana sini. tu sbb apa? stress lah tu. betul tak?

Nasihat untuk masa kini


Nasihat drpd pegawai bank :

Jangan beli rumah/kereta/aset lain dalam tempoh 6 bulan dari sekarang.

Ekonomi malaysia dijangka akan gawat pada bulan 9.

Duit tidak akan dapat dikeluarkan dari bank.

Bagi yg ada duit lebih.

boleh beli ketika org yg nk jual aset ketika itu kerana gawat.

Dijangka potongan ke atas aset boleh mencecah sehingga 30%.

Asalkan aset dapat dijual dan dapat pulangan wang
(cover bayar loan rumah bulan2 bg org yg mempunyai 3-4 aset
Dijangka akan jual aset 1-2)

Jika boleh. duit jangan disimpan dalam bank.

Simpan cash di mana-mana yg boleh digunakan pada bila2 masa.
Malaysia boleh diumumkan gawat jika nilai mata wang terus jatuh.

dengar mcm mengerikan bukan?
tapi ntah lah, ramai kwn aku yg dh buat dan simpan stock makanan,
sbb brg dijangka naik lagi, officemate aku pun kata,
ayah dia dh mula bercucuk tanam kat kampung,
nampak mcm cerita dongeng, tapi ini lah hakikat yg perlu kita tempuh,
aku? agak risau, but chill, Allah ada, kita doa banyak banyak,
semoga di permudahkan segala, semua ni Duniawi belaka,
hope anak anak kami akan dapat yg terbaik. Amin.


#ini pendapat peribadi

9 comments:

aswaleyla said...

TAKOT PULAK. da la student nak pkai duit,kerja tak .

Diana Rashid said...

Betul..beli emas..itu yang terbaik buat masa ni..bab simpan duit dalam bank tu sejak bulan puasa memang tak konsisten dah akak dan suami menyimpan kat bank..banyak simpan dalam tangan je..macam jiran akak ni duit asb dia orang laki bini semua diaorang keluarkan buat beli emas..lepas tu simpan.tak tahu la simpan kat mana..heheh...

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Macam2 spekulasi yg keluarkan Safura..
Membuat kita merasa bimbang..
Tapi rata2 semua dunia mata wang tgh jatuh Safura..

beat said...

serammmm

Amanda Suria said...

alaaaa....akak lagi takut..tahun depan nal kawen laaaaa....kena kuarkan duit gak ni...simpan bawah bantal..eh..terberitahu plak

Nurul Shahira said...

Siap simpan stok makanan tu. Risau jugak kalau dah sampai tahap gitu

Akif Imtiyaz said...

Semoga segalanya dipermudahkan

Akif Imtiyaz said...

Semoga segalanya dipermudahkan

DRAMATIC UNIQ said...

semoga Allah s.w.t. ampunkan Malaysia dan kembalikan Malaysia ke landasan yang sebaiknya..

sebagai rakyat marhaen, yang penting kita bersatu dan gunakan sepenuhnya kuasa pengguna yang bijak.. InsyaAllah ekonomi Malaysia kembali normal..

Aamiin.. Aamiin.. Aamiin Ya ALLAH... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...