11 August 2015

Jenis Manusia yang TAK boleh TAHAN Kencing

urge incontinence


aku tak terfikir pun nak Google tentang masalah aku ni,
seingat aku, aku mmg dari kecik jenis yg x boleh nak tahan kencing,
ntah lah kenapa, malas nak fikir masa tu, dan aku rasakan mcm benda tu
normal, tapi bila meningkat dewasa, aku mcm pelik,
aku lebih kerap membuang air kecil bila aku minum air putih,
tu sbb aku malas nk minum, kalau aku minum, haishhh,
muka aku jelah ke tandas.

aku cuba Google masalah aku tadi, dan aku jumpa jawapan dia,
rupanya mmg ia satu penyakit, huaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,
dia dipanggil Urge Incontinence, tu pun aku rujuk blog ni,

" Penyakit ini dapat dikawal. Untuk urge incontinence, Doktor akan dapat merawat masalah  tersebut dengan memberi ubat untuk melengahkan signal dari dihantar ke otak dan membuat pundi kencing melepaskan air kencing. Jika tidak bila pundi ada air kencing walau belum penuh  isyarat dihantar di otak dan membuatkan kita rasa urge atau rasa tidak dapat menahan pundi lalu terkencing "

dia ada banyak jenis sebenarnya, tapi dlm kategori aku,
mmg jenis Urge Incontinence ni lah, jenis yg,
kalau dah rasa nk kencing, terus kena kencing,
tak boleh tahan tahan dah, walaupun kuantiti nya sikit,
korang tau x, masalah ni sangat rumit buat aku,
dan sedikit sebanyak aku rasa ianya menyusahkan aku,
serius! sampai aku tak nak minum air kalau nk g memana,
tu sbb aku kdg kdg sampai lupa nak minum air,
sobs, kat office, aku mmg sediakan 1 botol air 2L
untuk aku minum, kalau tak, mmg haram lah aku nk minum,

Rawatan untuk mereka yang ada masalah kencing


Mengikut blog di atas, masalah Urge Incontinence ni boleh ambil ubat,
ubat tu akan cuba melengahkan rasa nak kencing tu, dan
buat aku boleh tahan kencing tu sampai aku jumpa toilet,
" rasa mcm cite movie omputih pulak kan, main stop stop signal "
hehe, tapi aku malas lah nk makan ubat ubat cm ni,
boleh tak? hmm ntah lah, tapi aku rasa mcm kena jumpa doktor lah,
sbb now aku dh 28 tahun, nanti lagi tua,
lagi payah pulak, kalau dah tua nanti, payah pulak anak anak
aku asek nk lap air kencing aku kan T__T boleh tak fikir sejauh tu,
hahahaha. tapi yelah, betul lah kan.

nanti lah nak ajak suami aku g Hospital,
walaupun tak kritikal, tapi apa salahnya g buat rawatan kan,
aku google gak cara untuk rawatan semula jadi,

Kaedah rawatan awal ialah mengubah gaya hidup iaitu: 

  Jaga pemakanan - Kurangkan berat badan jika anda gemuk

  Kurangkan pemakaian korset (kerana ia akan menekan lantai pelvik ke bawah)

  Pakai baju longgar

  Elak pengambilan sese­tengah jenis ubat dan minuman mengandungi kafein (ia bersifat diuretik yang merangsang pembuangan air kecil)

  Kurangkan aktiviti fizikal hinggalah masalah dapat dikawal

  Buat diari buang air kecil bagi membolehkan doktor meneliti masalah anda. Dalam diari ini catatkan berapa banyak air anda minum, jenis minuman, berapa kerap anda buang air kecil dan berapa banyak air kencing anda. Jangan tahan kencing terlalu lama, jadikan amalan untuk pergi ke tandas setiap dua hingga tiga jam.

  Melakukan senaman kegel untuk menguatkan otot lantai pelvik.

hmmm, baiklah, marilah kita buat senaman kagel,
hope tak teruk lah benda ni, tapi yg pelik,
bila minum air berperisa, air gas, tak pulak rasa kerap
nak buang air kecil, kalau minum air putih yang rasa melampau sgt
tu, ich pelikk pelikkkk.

2 comments:

Fendi Rocka said...


nanti dah tua semua ada masalah ni.haha

Inani Hazwani said...

Nani pulak ada masa masa tertentu je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...