03 August 2015

Kanak Kanak 1 Tahun 7 bulan Lemas dalam Baldi

Malang tidak berbau


kadang kadang kita rasa mcm, ala tinggal sekejap je di bilik air,
tak lama pun, sekejap je, kadang kadang aku mcm tu lah,
sekejap je nak ambil towel, tapi dalam masa sekejap tu lah yang
mengancam nyawa anak kita. Ya Allah, takutnya.

kita rasa, anak yang boleh berdiri, boleh berjalan, boleh berlari tu,
dah pandai jaga diri, sebenarnya tidak, bila dah terjatuh dalam baldi,
walaupun baldi kecil, Impak dia, Subhanallah, malas nak cakap,
tak sampai hati.

GEORGETOWN - Bayi lelaki berusia satu tahun tujuh bulan ditemui lemas dalam baldi di rumahnya di flat Jalan Sungai Dua, Gelugor di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, bayi berkenaan, Jefril Mohd Amnan Mohd Jaki dikatakan dibawa oleh ibunya ke bilik mandi selepas membuang air besar.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, ibu mangsa keluar seketika untuk mengambil kain tuala dan meninggalkan bayi berkenaan bersama anak perempuannya yang berusia lima tahun di dalam bilik mandi.

Bagaimanapun menurutnya, selepas ibunya kembali ke bilik mandi mendapati anaknya sudah terlingkup di dalam baldi dan sudah tidak bergerak.

"Ibu mangsa melihat muka anaknya itu berada di dalam baldi dan kaki diluar.

"Dia terus mengangkat anaknya itu dan mendapati muka anak lelakinya itu telah bertukar biru," katanya ketika dihubungi di sini.

Mior Farid berkata,ibu mangsa terus menjerit dan memanggil suami yang sedang tidur di bilik sebelum terus membawa anak mereka ke Hospital Pulau Pinang.


beringatlah sesama kita lepas ni, jangan lah kita leka, apa apa pun,
biar lah anak sentiasa bersama kita. peringatan untuk aku jugak,
jgn leka, jangan ambil mudah, Malang mmg tidak berbau.
Al-Fatihah.

1 comment:

Anonymous said...

Nama baby dah salah, main copy paste ja
lain kali dapatkan berita yang sahih ye,

terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...